Guna enam bahan aje kalau nak buat bubur jagung lemak manis. Dahlah sedap sangat mudah dan cepat memasaknya.
Jom kita tengok resipi dari Suhaz Waniy ni. Jagung tu penting kena pilih yang segar dan manis barulah meletup rasa sedapnya. Lain -lain ramuan santan segar , gula nisan dan susu pekat pasti menambah kelazatannya
CARA MEMASAK : 1. Mula-mula buang kulit jagung, basuh, & hiris macam ni. Hiris agak2 jangan tebal sangat jangan halus sangat. 2. Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk & air tinggi dari paras jagung. 3. Ambil lebih kurang 2 senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak. 4. Lepas tu tuang dalam periuk tadi. 5. Dan rebuslah semua nya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit. 6. Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit. 7. Masukkan juga 3 sudu besar susu pekat. Kacau sedikit.
.
8. Untuk sagu, rebus air sampai gelegak lepas tu baru masukkan sagu. Air lebih sikit takpe senang sagu nak kembang. Kacau sikit2 jangan kerap sangat. 9. Ni tanda sagu dah masak elok. Biji putih dia hilang. Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi. 10.Tapis dan lalukan dengan air paip macam ni.
.
11. Sejatkan. Kemudian masukkan dalam bubur jagung tadi dan kacaukan.
.
Kredit:Suhaz Waniy
Ads
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERBARU, JOM BELI DI SINI
Ketika menyediakan pai ini, doh dibahagian atas perlu dilubangkan sedikit bagi memastikan pai masak dengan sempurna.
BAHAN-BAHAN:
100gm cendawan butang perang | dihiris
100gm cendawan Portobello | dihiris
3 ulas bawang putih dicincang halus
100ml krim masakan
1 kiub ayam
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit minyak untuk menumis
Kulit Pai:
150gm tepung gandum
6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
125ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau lalu masukkan cendawan yang sudah dihiris. Tumis sehingga sedikit layu.
Masukkan kiub ayam dan kacau seketika lalu masukkan krim dan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan tutup api. Ketepikan seketika.
Seterusnya, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sedikit dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Kepalkan doh dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan pai. Isikan dengan inti pai yang telah disejukkan tadi dan tutup permukaan pai dengan lebihan doh yang telah dilubangkan sedikit.
Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 180C sehingga masak keemasan.
Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka.
MAKARONI BAKAR
Bahan-bahan
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
Cara membuat
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
Tip:
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Anda peminat jeruk mangga asam boi? Kalau suka boleh saja buat sendiri, caranya pun mudah. Simpan dalam peti sejuk semalaman, hasilnya memang rangup. Boleh buat kudapan confirm habis sebalang.
JERUK MANGGA ASAM BOI
Bahan-bahan: 2 biji mangga 5 – 6 biji cili api (boleh dikurang/ ditambah) 3 – 4 sudu makan gula pasir 5 biji asam boi 1/4 cawan ais krim soda (nak letak lebih pun boleh)
Cara membuat:
1.Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2.Masukkan ke dalam balang. 3.Campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi dan ais krim soda.