Bila musim cuaca tak menentu ni, mulalah tekak nak makan macam-macam jenis dessert yang sejuk. Bila tengok ramai yang viralkan bubur biji Delima, ada buat menjadi, ada juga yang frust menonggeng sebab tak sama seperti yang diharapkan mulah lah nak salahkan resipi. Apa kata kita cuba dua jenis bubur biji Delima Versi Sengkuang dan bubur biji Delima Versi Tepung Ubi Kayu yang gerenti jadi dan sedap!


Mufidah Abdul Hadi Alyunusi Lama betul akak tak share resipi kat sini.. Kali ni nak share juadah pencuci mulut yang berasal dari negara Thai iaitu Tab Tim Grob atau Red Ruby Dessert.. Sekali pandang rupanya mirip Bubur Biji Delima cuma bezanya Red Rubies ni dibuat menggunakan sengkuang cina, manakala Bubur Biji Delima dibuat menggunakan tepung ubi.. Kat restaurant biasanya dijual agak mahal.. Buat sendiri memang berbaloi dan boleh makan sepuasnya.. Ada tak kawan2 yang pernah makan ni..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

BUBUR BIJI DELIMA VERSI SENGKUANG

Bahan-bahan:

  • Sengkuang cina
  • Pewarna
  • Tepung ubi
  • Susu cair n kalau guna santan msk la dgn air gula ye.kang sakit perut lak mkn sntan mentahBubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!😅
  • Air gula melaka/gula merah
  • Air secukupnya utk merebus

Cara penyediaan:

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Mula-mula kita sediakan dulu sirap untuk pemanis mulut ini.. Satukan 1 cawan gula bersama 1 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul. Masak sehingga mendidih dan kemudian kacau hingga gula larut. Angkat dan biar hingga sejuk.

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Antara bahan utama untuk membuat Red Ruby.. Sengkuang cina, pewarna merah dan tepung ubi kayu…

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Sengkuang cina dibuang kulitnya. Isinya didadu kecil-kecil…

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

IKLAN
  • Satukan sengkuang cina yang didadu dengan pewarna merah secukupnya. Gaul hingga rata dan ketepikan selama beberapa minit.

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Sementara itu, masukkan air yang banyak di dalam periuk dan jerang atas api sederhana..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Toskan sengkuang cina yang telah digaul dengan pewarna tadi dan gaul bersama tepung ubi ..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Masukkan sengkuang yang digaul bersama tepung ubi ke dalam penapis sayur atau penapis santan dan ayak untuk mengasingkan lebihan tepung ..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Beginilah rupa sengkuang yang disaluti tepung ubi setelah diasingkan dari lebihan tepung..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Bila air yang dijerang tadi telah mendidih, masukkan sengkuang yang bersalut tepung ke dalamnya.. Masak beberapa minit hingga adunan terapung pada permukaan air..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

IKLAN
  • Adunan yang terapung menunjukkan ianya telah masak.. Sama kaedahnya seperti membuat kuih buah melaka..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Sediakan bekas yang berisi air + air batu..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Cedok adunan Red Ruby yang telah masak menggunakan penapis besi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air bercampur air batu tadi.. Ketepikan sehingga sejuk..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam! Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Untuk membuat kuahnya campurkan santan atau susu cair bersama sirap dan air batu.. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapat kepekatan yang diingini.. Kalau kawan2 kurang gemar menggunakan santan fresh, boleh juga dimasak santan tu dahulu..
  • Cara menghidang Red Ruby.. Masukkan si delima merah ke dalam bekas hidangan.. Kemudian tuangkan kuah santan (atau susu) yang disediakan tadi..

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

  • Padan dengan namanya Red Ruby Dessert.. Merah seperti batu delima yer kawan2 hihi.. Enak dinikmati sebagai juadah pencuci mulut terutama bila dihidangkan ketika cuaca panas..

 

Kongsi resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi (HAHN)

IKLAN

 

Hasniza Tahar Untuk yang bertanya kenapa liat mcm getah kasut n mcm2 lagi… ok.. jadi liat sebab tak rendam lama benda ni dari tepung ubi kita pun tahu tepung ubi ni boleh jadi gam kan.. tu sebab kena rendam lama kan ada akak cakap nak makan siang malam dah boleh buat & rendam nanti dia jadi lembut.. kalau buat trus nak makan memang la keras liat ye.. lagi satu setiap apa yg direndam akan jadi kembang jadi, masa potong tu jangan la buat besaq gedabak maw tcekek.. klo makan.. buat apa pun cuba baca bagi paham.. jangan bila dah buat tak jadi bising2 plak.. harap maklum ye.. slama ni xde plak org2 kemboja makan mati tecekek..

 

Bubur Biji Delima Viral, Sedap Hidang Lepas Berbuka, Yang Penting Tak Liat Macam Gam!

BUBUR BIJI DELIMA VERSI TEPUNG UBI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 cawan air suam (agak2 sendiri ya sebab cawan memasing  tak samakan)
  • 5 helai tisu dapur
  • 1 sudu tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air dalam tepung ubi. Adunan jangan keras dan jangan cair, sedang2 saje.
  2. Tabur tepung jagung atas tisu.
  3. Kemudian tuang adunan atas tisu dan biarkan adunan tadi mengeras dalam 5 minit tak sampai.
  4. Lepas tu boleh sapu warna kegemaran masing-masing.
  5. Potong dadu dan buang tisu bawah adunan.
  6. Rebus dalam air menggelegak sampai biji delima timbul.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam air ais/ air sejuk
  8. Sedia untuk dimakan dengan susu cair dan air gula. Boleh letak ais sedap dimakan ketika sejuk.
  9. Rasa dia kenyal2 macam black pearl!

Kongsi resipi: Sufie Mikhail‎

Boleh juga cuba pelbagai jenis pencuci mulut lain yang tak jurang hebat sedap tau!

Koleksi Resipi Bubur Manis Tradisi Macam Yang Mak-Mak Kita Masak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI