Keenakan manisan sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi jika dinikmati di waktu-waktu petang begini. Manisan seperti aneka bubur sentiasa mendapat tempat di kalangan peminatnya. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur manis yang mudah yang boleh dicuba.
1. BUBUR BARLI DAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
6 biji pisang nangka
100gm barli|rebus sehingga empuk
600ml santan
150gm gula
100gm gula merah
2 helai daun pandan|disiat&simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.
2. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
2800gm gula
800ml santan pekat
2 helai daun pandan|disimpul
Secubit garam
4 pewarna makanan pilihan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
IKLAN
Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pastikan doh diuli sebati bagi mendapatkan tekstur bubur yang cantik.
3. BUBUR CANDIL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
200gm tepung gandum
250gm gula
250ml air perahan daun pandan
2 helai daun pandan|disiat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung
Petang-petang begini, kalau dapat makan Cucur Udang yang lembut, gebu dan garing dekat luar ni memang sedap. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Fuhhh…Menyandar la juga. Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba resipi Cucur Udang yang min kongsi ni. Resipi simple je. Tapi rasa dia memang best!
CUCUR UDANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
300gm udang kecil
2 biji bawang besar |dihiris
1 ikat kucai |dihiris
1/4 biji lobak merah |dihiris nipis
1 putih telur
1/4 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung dengan kesemua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
Balikkan cucur dan goreng hingga masak.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info Chef: Penambahan tepung beras menambah lagi kerangupan cucur udang sebenar.
Siapa suka asam Haw Flakes ini? Boleh cuba resipi kek kukus yang ada rasa masam manis sedap. Adunan kek gebu warna-warni yang dilapiskan asam masam yang menarik mata.yang memandang.
.
Sudahlah cantik berwarna warni, keenakan rasanya beri kepuasan kepada mereka yang menikmatinya.
KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS
.
BAHAN-BAHAN:
5 Biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
2 cawan tepung kek
1 1/2 cawan gula halus
100ml minyak masak
150ml susu cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovellate
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan
Asam Haw Flakes secukupnya
.
CARA MEMASAK:
Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang.
Selepas itu masukkan vanilla dan pukul seketika.
Masukkan minyak dan pukul sebati.
Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
Panaskn kukusan & sapukan loyang dengan minyak
Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.
.
Info: Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dapat hasil yang cantik bila dipotong.
Fresh baked bread ni memang best. Lembut, gebu memang layan. Nak-nak kalau makan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Eiyjarn Aziean AnGah.
ROTI BAKAR BERINTI BUTTERMILK
BAHAN A:
220ml air suam
11gm yis
1 biji telur
5 sudu besar gula
* Satukan air,gula dan yis. Rehatkan sampai kembang, baru masukkan telur. Gaul rata.
BAHAN B:
500gm tepung roti
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bun softener
75gm marjerin
* Ramas bahan B sampai jadi seperti serbuk roti.
BAHAN INTI BUTTERMILK:
100gm mentega bergaram ( salted butter )
120gm susu tepung
2 biji kuning telur
30ml susu pekat manis
3 sudu makan penuh tepung gandum
70gm gula ising
* Pukul gula dan mentega sampai kembang. Masukan kuning telur, putar lagi. Masukan susu pekat dan susu tepung. Putar sebati. Kemudian masukan tepung. Putar lagi. Siap.
CARA MEMBUAT:
1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit semi sedikit . Gaul rata sehingga menjadi doh.
2.Uli doh sampai licin dan elastik. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
3.Tumbuk doh yang dah kembang tadi untuk keluarkan angin. Timbang doh 30 gram setiap satu.
4.Isikan inti buttermilk ke dalam doh dan bulatkan. Susun di dalam tray,pastikan ada jarak diantara doh. Rehatkan lagi selama 30-40 minit sehingga doh kembang.
5.Bakar doh selama 20 minit menggunakan suhu 170C . Harus diingat, lain ketuhar lain suhunya. Anda perlu perhatikan agar roti anda tidak hangit.
6.Setelah roti masak, sapu mentega di atas permukaan roti yang masih panas supaya nampak licin dan berkilat.
7.Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kata chef:
Bread improver dan bun softener boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan bakeri.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...