Resipi Sos Spageti Cendawan yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Dahlia Kamaruza. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Bukan setakat pasta je, boleh juga dijadikan sos pizza, lasagna, baked macaroni dan macam-macam lagi. Lagi sedap dan tak ada pengawet pun. Jom cuba.
RESIPI SOS SPAGETI CENDAWAN HOMEMADE TANPA MSG
BAHAN-BAHAN:
10 kg ++ tomato
4 biji bawang holland – dadu halus
2 labu bawang putih – tumbuk
4 biji lada capsicum merah
1/2 bekas cendawan shiitake – potong dadu
2-3 tangkai sweet basil – ambil daun sahaja
2-3 helai daun Bay
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit Mixed herbs
2 sudu makan serbuk cili ( optional)
Serbuk pati ayam homemade (optional)
1-2 cawan minyak zaitun atau minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar secara bersilang.
2. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap. Angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir supaya tomato sejuk. 3. Kupas kulit tomato dan asingkan isinya. Belah dua, picit keluar bijinya dan kumpulkan.
4. Kisar biji dan kulit tomato tanpa air hingga halus. Tapis dan ambil airnya.
5. Masak isi tomato dan air tapisan tadi dalam periuk hingga kecut dan air berkurangan. Tidak perlu letak air biasa kerana tomato akan mengeluarkan air. Biar sejuk.
6. Ambil lada capsicum dan bakar sampai kulit hangus. Lalukan di bawah air paip, kupas kulit dan bijinya. Kemudian kisar halus.
Ads
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang holland, bawang putih dan cendawan sampai layu. Kemudian kisar halus.
8. Keluarkan separuh dari tomato dalam kuali yang disejukkan tadi dan kisar halus. Tuang kembali ke dalam kuali bersama kisaran lada benggala dan cendawan. Masak hingga kering. 9. Tambahkan serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, mixed herbs, daun sweet basil dan daun bay. Kacau rata dan bila sos mendidih ( kuah memercik) dan pekat, padamkan api dan sejukkan.
10. Bila sos telah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
11. Jika simpan dalam peti sejuk pada suhu biasa, sos ni boleh tahan selama 2-3 hari. Jika simpan dalam peti sejukbeku, boleh tahan hingga 6 bulan.
INFO: Ini adalah resipi sos pasta cendawan. Jika nak buat sos pasta tradisional, abaikan penggunaan cendawan.
Resipi ringkas sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan makana malam. Mi ban mian ni adalah mi tradisional yang cukup popular di kalangan orang Cina berbentuk ‘flat noodle’ ala rupa ramen. Biasanya mi ni ala homemade, yang halal pun ada dijual.Sedap dimasak sup atau pun digoreng.
Jom cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Mary Teo Lee Na ni. Senang aje buatnya, 15 minit dah siap.
CARA MEMASAK:
1. Bawang merah dihiris halus dan gorengkan sehingga jadi bawang goreng, angkat bawang goreng dan ketepikan.
2. Tumbuk lumat cili padi dengan bawang putih.
3. Rebuskan air yang mencukupi untuk merebus mi ban mian ini. Bila mendidih masukkan mi dan kacau. Biarkan masak dalam 2 minit dan toskan. Bilaskan dengan air bersih untuk membuang bau mee dan ketepikan.
4. Panaskan minyak yang mencukupi untuk tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan udang/ayam.
5, Masukkan sedikit serbuk pati ayam, kicap cair, sos tiram, gula dan secubit lada hitam kasar. Gaul rata dan matikan api.
6. Masukkan mi dan bawang goreng tadi kedalam kuali dan gaul rata. Sudah boleh hidangkan.
.
INFO:
Kepedasan mi bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan cili.
Boleh tambah bahan yang anda suka seperti bebola ikan, fishcake, telur dan sebagainya.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
ANDA INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERKINI, BELI ONLINE DI SINI
Hidangan spageti bolognese memang selalu kita sajikan kerana sajian ini boleh dimakan tak kira masa dari pagi sampai ke malam.
Oleh itu berbaloi sangat kalau kita sediakan stok sos bolognese secara frozen. Lebih memudahkan, bila terasa nak makan cuma defrost dan panaskan saja. Jika mahu menyediakan dalam kuantiti banyak boleh ikut cara yang dipraktikkan oleh Erni Abu Samah.
Cara beliau ini membolehkan kita menyediakan sos bolognese untuk 5 kali makan dan tahan hingga 6 bulan. Malah menurut beliau rasanya pun lagi sedap dari sos segera.
Buat sendiri sos spageti frozen, tahan 6 bulan boleh 5 kali makan
Sementara ada mood kita buatlah sos speghetti frozen, standby untuk Ramadan. Biasanya bila dah hujung puasa, tak lalu dah nak makan nasi.
Masukkan dalam paket kecil dan simpan dalam freezer, sos oni boleh tahan 6 bulan.
Bahan-bahan
7 kg tomato merah -buang kulit, biji dan kisar
5 biji bawang besar -didadu
15 ulas bawang putih – dipecahkan dan didadu
3 – 4 sudu besar garam
2 sudu besar – gula
Origano, parsley, basil (serbuk kering) – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) ( letak 1/2 jam terakhir)
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak jagung, tumis bawang besar, bawang putih. Jangan garing, cukup layu saja.
2. Masukkan tomato yg dikisar halus.
3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.
4. Reneh atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pun boleh.
5. Setengah jam terakhir masukkan cendawan yang dihiris.
6. Dah bila kuah dah sejuk masukkan dalam paket kecil sebelum simpan dalam freezer. Kuah spageti bolognese ini boleh tahan sehingga 6 bulan.
INFO: Sos ini lebih kurang 6 kg, boleh 5 kali makan. Rasanya lagi sedap berganda dari sos dalam botol.
Cara penggunaan sos
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas dan perisakan ikut citarasa. Boleh juga tambah beefball. Boleh jadi sos lasagna atau piza.
Tip buang kulit tomato
Kelar kulit tomato kemudian celur dalam air menggelegak hingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti lembik. Nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.
Selepas menyaksikan live Dato Seri Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris membuat laksa, wanita yang menggunakan akaun facebook Deyana Hatazad telah membuat sendiri laksa mengikut resipi yang diberikan.
Melalui facebook live, Deyana mengatakan memang sedap sungguh laksa yang dimasak ikut resipi usahawan kosmetik tersebut. Cuma ada sedikit yang diubah iaitu laksa digantikan dengan pasta angle hair. Jom try masak.
LAKSA STYLE ABANG TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN
5 ekor ikan kembung
4 ekor ikan selayang
7 keping asam keping
Sedikit garam
1 labu bawang besar
5 sudu cili kering
4 biji cili api merah
3 inci belacan
Sedikit air
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
2 batang serai
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam secukupnya
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil gula merah
BAHAN HIASAN
Bunga kantan (hiris)
Telur ayam (rebus)
Limau nipis (belah 2)
Bawang (hiris)
Salad (hiris)
Timun (hiris)
CARA MEMBUAT
1. Rebus ikan kembung dan ikan selayang bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian ambil isi ikan dan kisar kasar. Masukkan dalam periuk bersama air ikan rebus tadi
2. Masak kuah ikan dengan api pelahan. Kacau kuah ikan sentiasa.
3. Kisar bawang besar, cili kering, cili api merah dan belacan dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk berisi kuah ikan tadi.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan serai.
5. Kisar ikan bilis dan masukkan dalam periuk.
6. Apabila kuah mendidih, masukkan garam jika masih belum cukup masin, asam jawa dan gula merah.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...