Roti canai atau roti paratha bagaikan sudah sinomin dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Pagi-pagi, ramai cari roti canai terutamanya di kedai mamak. Dimakan dengan kuah kari ikan atau kuah dhal dan sambal tumis, memang mengasyikkan.
Kali ini RASA ingin berikan resipi buat sendiri roti canai di rumah. Tak perlu ditebar sebab itu memerlukan kepakaran sebagai penebar roti cana. Hanya perlu dileperkan sahaja. Tipnya, selepas roti canai masak, tepuk-tepukkan sahaja supaya rotinya menggebu.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI CANAI
Ads
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
3 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar yis
150 ml air suam
CARA MEMBUAT
1. Sebatikan tepung, gula, garam, minyak masak dan yis ke dalam satu bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli.
3. Apabila adunan semakin OK, teruskan menguli. Tidak perlu masukkan air lagi. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
3. Uli sehingga doh semakin sebati dan agak lembut.
4. Kemudian tutup bekas dengan tuala lembap. Perap selama 1 jam. Doh akan kembang.
5. Buka tuala dan tumbuk-tumbuk doh supaya anginnya keluar.
6. Ambil sejemput doh. Bulat-bulatkan ikut besar yang anda mahukan.
7. Biarkan seketika.
Ads
8. Ambil satu dan mula mencanai. Leperkan doh nipis-nipis.
9. Oleskan kuali leper dengan sedikit minyak masak. Letakkan roti canai yang telah dileperkan.
10. Biarkan masak, kemudian terbalikkan.
11. Angkat dan tepuk-tepukkan supaya gebu.
12. Siap!
Roti adalah salah satu hidangan sarapan yang senang nak disediakan. Malah turut mengenyangkan. Jom lihat 5 jenis hidangan roti yang boleh anda cuba buat untuk sarapan seisi keluarga.
.
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam gred A
3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (roti sandwic)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam. Masukkan susu dan garam. Kacau sehingga sebati.
2. Potong roti ikut suka.
3. Bila minyak masak sudah panas, celup roti dalam adunan tadi. Kemudian goreng sampai masak.
4. Angkat. Sedia untuk dinikmati.
Gambar & resipi: Ratna Sari Zain
.
BAHAN-BAHAN
• 250 gram tepung high protein
• 250 gram tepung gandum
• 80 gram majerin
• 80 gram gula
• 6 gram yis
• 2 gram garam
• 2 gram pelembut roti (Ikut sukatan untuk 500 gram tepung)
• 2 sudu besar susu pekat
• 250 gram air (tambah atau kurangkan sukatan ikut keperluan doh)
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan di atas dan uli sampai doh betul-betul elastik dan licin.
2. Kemudian bahagi-bahagi doh, rounding dan bentukkan.
3. Biarkan doh kembang.
4. Dah kembang bakar pada suhu 200°C selama 20 minit.
BAHAN ROTI BAWANG PUTIH
• Bawang putih
• Mentega
• Secubit garam (jika mahu)
• Daun parsley
• Roti Gardenia
CARA MEMBUAT ROTI BAWANG PUTIH
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dalam mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah.
BAHAN SUP CENDAWAN
• 300 ml air
• 500 ml susu segar
• 1 kiub ayam
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMBUAT SUP CENDAWAN
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.
Resipi oleh Bur Sakinah dari Telegram KakiMakan Channel
.
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1. Didihkan bahan A sampai menggelegak sehingga mentega betul-betul cair. 2. Masukkan bahan B. Kacau laju-laju ye takut tepung tu tak rata. Masak sampai seakan menjadi doh.
3. Masukkan dalam mangkuk, masukkan bahan C satu persatu. Putar sebati. 4. Paipkan atas tray, jarakkan sedikit puff. Jangan terlalu rapat. Spray dengan air untuk membantu puff naik. 5. Bakar suhu 200-220C dalam 30 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing. Sejukkan dan paipkan filling.
1. Masak bahan A sampai pekat likat. Sentiasa kacau ye kalau tak, berketul nant. Susah pula nak pipe. Sejukkan sampai betul-betul sejuk. Saya masukkan dalam chiller.
2. Dalam mangkuk lain, putar bahan B sampai kental (macam nak lepa kek tu). 3. Masukkan bahan A tadi. Putar sehingga sebati. Bolehlah pipekan ke dalam creampuff.
Kalau anak-anak suka makan roti, cubalah buat roti sosej seperti ini. Gerenti anak-anak suka makan. Boleh buat pelbagai bentuk yang menarik untuk menambat hati anak-anak.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
3/4 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum (boleh guna tepung roti)
Secubit garam
1 sudu besar mentega (boleh guna marjerin)
Kuning telur + sedikit air (untuk disapu pada roti)
Sosej (direbus dulu)
Mix vege (campurkan dengan mayones)
Sos cili
Mayones
CARA MEMBUAT
1. Satukan air suam, yis, gula dan susu pekat manis dalam satu bekas. Biarkan mengembang.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
3. Masukkan yis yang sudah kembang tadi. Uli sehingga sebati dan perap adunan selama satu jam.
4. Apabila adunan telah mengembang, tumbuk-tumbuk bagi keluar angin.
5. Ambil sejemput dan bentukkan roti seperti yang kita suka.
6. Sapukan kuning telur. Letak sosej, miz vege, sos cili dan mayones.
7. Biarkan roti dalam 20 minit supaya roti mengembang semula.
8. Panaskan oven pada suhu 170 dan bakar selama 25-30 minit.
9. Kalau roti kelihatan keperangan, maknanya roti telah masak.
10. Siap!