Bengkang roti Gardenia hampir tamat tempoh. Baik buat kuih bengkang. Roti antara makanan yang sering kali dibeli untuk bekalan di rumah. Kalau tak tahu nak makan apa, sapu planta/kaya dah boleh makan.
Roti juga boleh menjadi pelbagai masakan. Tapi, kadangkala roti tak habis juga dimakan sedangkan dah hampir tamat tempoh. Mulakan terfikir-fikir apa nak buat.
Ha..boleh cuba buat bengkang roti ni. Tak susah mana pun. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini ye (resipi asal daripada ahli MAHN). Sedap. Rasa lemak manis.
Kuih Kerbau Guling, mendengar namanya sudah cukup untuk membuatkan kita berasa pelik. Namun ia tidaklah seburuk yang disangka. Disebut sebagai kuih ‘Kuba Guling’ dalam dialek Kelantan, ia merupakan hidangan yang berasal dari Thailand. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan disalut dengan kelapa mudah parut. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
KUIH KERBAU GULING
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2 sudu makan kapur
3 sudu makan tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) – pastikan guna tempurung yang bersih
1 liter ( lebih) air (tengok atas kepekatan)
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.
Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Tempurung kelapa yang dibakar haruslah ditumbuk dan dicampur dengan air. Kemudian tapis menggunakan kain bagi mendapatkan airnya,
Sebagai ganti, boleh juga menggunakan serbuk arang yang boleh dibeli di kedai bakeri.
Cucur manis jagung, menu yang ringkas dan sesuai untuk minum petang. Rahsia nak buat cucur manis jagung yang lembut adalah dengan menggunakan air panas. Anda tentu berpuas hati dengan hasilnya. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita buat cucur manis jagung menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Julia ALeen Aireish.
Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
1 keping gua melaka
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Sementara itu, sediakan kuah santan.
Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
Apabila mendidih, tutup api.
Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan