Biasanya petang hari kita inginkan kudapan yang sedap. Selain pisang goreng boleh juga cuba kuih yang jarang dimasak ini iaitu Apam Sua. Kuih ni jarang juga dilihat orang menjualnya. Kalau rindu nak merasanya, boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Menurut Ismi Azwin, kuih ni dimakannya dari zaman kecil dahulu. Bondanya buat niaga kuih ni yang diletakkan inti kelapa manis +kacang tanah.
APAM SUA Bahan A: Inti kelapa manis: 1 biji kelapa parut (ambil putih saja) 1 cawan gula merah ATAU 1 ketul besar gula melaka-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar gula pasir suku cawan air daun pandan
Cara memasak: 1.Masak bahan-bahan di atas. 2.Agak-agak inti kelapa dah kering,masukkan 2 sudu makan tepung gandum.
3.Kacau hingga berkilat dan jangan kering sangat. Siap,ketepikan.
Bahan B: 3 sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI 1/2 sudu besar gula pasir suku cawan air suam
Cara buat: 1.Aduk bahan-bahan ini dan ketepikan. 2.Biar yis kembang
Ads
Bahan C: 3 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI sedikit garam
Cara membuat: 1.Aduk bahan-bahan C sekata. 2.Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan C. Bancuh adunan dengan masukkan air suam sehingga tidak berketul dan adunan sebati. Perap dalam 2 jam ke atas. 3.Akhir sekali,masukkan pewarna hijau dan sepeket eno biru.
4.Panaskan kuali non stick, tuangkan adunan bulat-bulat kecil. Letak atas pinggan dan isi inti +kacang tanah + picit (klip) hujung kuih dengan jari.
Sedapnya Rendang Kerang Pedas ni. Makan dengan pulut kuning, ketupat atau nasi panas memang terbaik. Istimewa buat anda, RASA kongsikan salah satu resipi Rendang Kerang terbaik yang tentunya buat anda terliur. Bagi anda yang teringin nak masak menu ni, resipi perkongsian saudara Aezach AR yang ni memang wajib cuba. Pasti tak menyesal!
RENDANG KERANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3kg kerang – gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10 minit, ambil isi.
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inchi halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampung
BAHAN LAIN:
10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan dari 1 biji kelapa
3 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit – hiris halus
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis sampai kering dan pecah minyak 2. Masukan santan. Biarkan merenih dengan api perlahan. 3. Masukan kerisik dan asam keping. Renih lagi sampai pekat. 4. Masukan isi kerang dan gaul rata. Keringkan rendang dengan api perlahan.
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan perasakan dengan garam secukupnya. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nanas Goreng Viral ni mula disebut-sebut bila ada peniaga dari Kelantan yang menjualnya. Unik dan tersendiri. Biasanya kalau petang-petang begini, ramai yang menjual pisang goreng, cempedak atau keropok goreng. Nak cuba? Saudari Hanita Muhamad ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA MASAK NANAS GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras (sukat guna cawan teh)
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh air bancuhan air kapur
1 biji telur
Sedikit gula
Sedikit garam
Air – jangan terlalu banyak
Sedikit pewarna kuning telur
Hirisan nanas secukupnya (INFO RASA: Sebaiknya guna nanas madu yang mengkal supaya gorengan tidak terlalu berair)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali nanas) dan adun sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair.
3. Panaskan minyak masak dengan banyak.
4. Celup hirisan nanas yang dipotong kecil ke dalam bancuhan tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak panas selama 2-3 minit atau sehingga tepung garing. (INFO RASA: Jangan goreng terlalu lama kerana gorengan nanas akan jadi berminyak dan kecut.)
Rasanya dah ada ke senarai menu nak masak bila ramai dah berkumpul nanti. Bolehlah buat kuih dangai ni, selalu guna acuan khas buat dangai. Kali ini kita mudahkan cara dengan membakarnya di dalam acaun muffin saja. Rasanya pun sama.Boleh ikut resipi yang dikongsi olehSarimah Kadiron
DANGAI Bahan-bahan: 2 cawan kelapa putih 1 cawan tepung pulut Sedikit garam. Gula- ikut cita rasa
Cara memasak: 1.Tepung, kelapa dan garam digaul rata. 2.Sapu loyang muffin dengan sedikit minyak. Letak separuh adunan dalam Loyang 3.Kemudian taburkan gula ikut cita rasa. Tutup gula dengan adunan.Jangan padatkan adunan, sekadar letak saja. 4.Bakar sehingga keperangan dengan suhu 160 darjah ikut oven masing-masing.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!