Masakan yang sinonim dengan Negeri Sembilan, pasti ramai yang terbayangkan kuah lemak berwarna kekuningan yang kaya dengan ramuan santan dan cili api.
Baik menggunakan ikan sungai salai, udang galah, ayam kampung mahupun daging yang disalai, masak lemak cili api ini sudah menjadi hidangan wajib bagi penduduk di negeri itu sejak beratus tahun dahulu. Namun, selain masak lemak cili api, negeri yang terkenal dengan budaya Minang itu turut popular dengan masakan tradisionalnya iaitu rendang daginglembu.
Lebih menarik, rendang Minang itu turut disenaraikan sebagai 50 hidangan terlazat di dunia oleh CNN International menerusi pencarian daftar makanan World’s 50 Most Delicious Foods pada tahun 2011.
Di pekan Gemencheh yang terletak di daerah Tampin, misalnya, ia sangat popular dengan masakan rendang maman.
Orang Johol
“Orang sini memang suko bonar rondang maman. Laie-laei bilo nak rayo.
“Kalau tak do maman, tak rayolah Monceh,” seloroh Meriam Pilus, 63, dalam loghat Negeri Sembilan.
Menurut anak jati Gemencheh itu, keakraban masyarakat tempatan dengan rendang maman memang tidak boleh dipertikaikan.
Katanya, masakan tersebut bukan sahaja diminati oleh orang Melayu malah orang Cina dan India. Juadah wajib ada semasa perayaan Aidilfitri itu turut menjadi hidangan pilihan keluarga semasa sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavali.
“Jangan pelik kalau masyarakat Cina dan India di sini pun sudah pandai masak rendang maman,” katanya yang berasal dari Kampung Geduk, satu-satunya kampung di Gemencheh yang mengusahakan tanaman sayuran maman secara komersial.
RENDANG maman dimasak menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Hanya santan, cili api, kunyit hidup, asam keping dan garam diperlukan.
Tidak lokek berkongsi resipi, menurut Che Som, kunci untuk mendapatkan rendang maman yang sedap adalah cara penyediaannya yang masih mengekalkan cara lama selain menggunakan bahan-bahan utama secukupnya.
“Bahan untuk memasak rendang maman cuma santan, kunyit hidup, cili api, asam keping dan garam secukup rasa.
“Daging yang telah disalai dimasukkan ke dalam kuali bersama cili dan kunyit yang ditumbuk halus.
“Selepas bahan-bahan tadi mesra, masukkan santan yang telah diperah. Santan jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
“Biasanya untuk sekilo maman, dua hingga tiga biji kelapa diperlukan,” kata Che Som sambil membetulkan kedudukan kayu api.
Memandangkan sayur maman ini pahit, asam keping perlu digunakan untuk menghilangkan rasa pahit tersebut.
“Untuk sekilogram maman, lebih kurang enam hingga tujuh keping asam diperlukan,” ujar Meriam sambil mengacau santan.
Selepas santan menggelegak dan mula mengering, barulah sayur maman dimasukkan.
Ia kemudian dimasak sehingga santan kering. Di tahap ini, ada syarat penting yang perlu dipatuhi, maman jangan dikacau selalu, jika tidak sekawah rendang akan pahit!
Sumber: Kosmo
IKLAN
RESIPI RENDANG MAMAN AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1ekor ayam kampung atau boleh juga (1 ekor itik/10 ekor puyuh/1kg daging)
2kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.
CARA MEMASAK:
1. Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal supaya daun maman tidak terlalu basah.
IKLAN
2. Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.
3. Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan ke dalam daging tadi.
4. Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan. (Kalau kelapa parut,perahlah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat). Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair. Kalau tiada santan cair, masukkan air cili kisar tadi lebih2.
5. Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh, dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.
6. Setelah pekat masukkan asam keping. Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.
7. Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan-lahan supaya daunnya semua layu dan tenggelam.
IKLAN
8. Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.
9. Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.
Keenakan dan keunikan rasa menu autentik, bukan terletak pada rupa ye, jadi jangan pandang rendah pada dua menu yang RASA kongsikan resipinya ini. Rendang Rebung dan Pajeri Kedondong. Ternyata nenek moyang begitu kreativi mengolah ramuan bahan masakan dari alam semulajadi sehingga menjadi masakan enak memang mengkagumkan.
Apa kata cuti Aidil Adha ini anda boleh cuba, sebagai sampingan menu utama daging korban.
RENDANG REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | rebus dan tos
150gm daging kisar
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah garing, angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan yang telah dikisar bersama dua batang serai yang telah diketuk sehingga betul-betul garing dan wangi.
Masukkan cili boh, kacau dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili. Gaul sebati.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul lagi sehingga rata. Masuk sedikit air jika nak ingin sedikit kuah. Akhir sekali, masuk asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Biar seketika. Siap! Boleh dihidangkan dan makan bersama nasi panas-panas.