Walaupun rasanya mungkin pahit tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Selain dimakan begitu sahaja, petai juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan yang enak. RASA kongsikan enam variasi resipi menarik berasaskan petai yang boleh anda cuba. 

1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan bilis | dikopek
  • 200gm cawan isi petai
  • 1 biji bawang besar | dihiris 
  • 1 sudu makan air asam jawa – beli online DISINI
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 6 ulas bawang merah – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
  4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
  6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
  8. Angkat dan hidangkan.

Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.

 

2. SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | bersih dan buang kulit arinya
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

 

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda – beli online DISINI
  • 2cm belacan | jika suka – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
  6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

3. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 200gm ikan bilis | dikopek
  • 200gm isi petai
  • 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu makan minyak masak

 

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
  5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.

 

4. SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

 

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan | jika suka

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.

 

5. GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
  • 500gm udang saiz XL | bersihkan
  • 2 batang serai | dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
  • 3 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR HALUS:

  • 15 biji cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. Tuangkan santan dan gaul rata.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
  8. Gulai sedia dihidangkan.

Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.

 

IKLAN

6. IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk ikan bilis | goreng garing
  • Bawang putih | dihiris
  • Bawang holand | dihiris
  • Petai | dibelah dua
  • Cili api | dihiris
  • Garam
  • Gula

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
  2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.

 

Kredit resipi & gambar: Marina Ismail

 

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Serunding Halia, Boleh Buang Angin Dalam Badan

Sambal Goreng Jawa, Cukup Rasa. Meratahnya Sahaja Pun Sedap

Resipi Peria Goreng Yang Rangup & Buat Anda Tak Berhenti Mengunyah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: