RASA dan MAGGI® sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan kempen KELAB RASA EMASKU Bersama MAGGI® bagi memberi peluang kepada para pembaca mengisi masa di waktu pandemik ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan pada masa yang sama berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah ganjaran wang tunai.
Kempen yang berlangsung dari Julai hingga Oktober tentunya harus menjadi salah satu aktiviti yang wajib anda sertai. Ini kerana pelbagai pengisian menarik telah dirangka dan memang rugi kalau anda tidak turut serta!
Antara aktiviti yang diadakan dalam kempen ini adalah perkongsian 6 VIDEO MINIT EKSPRESSistimewa buat anda yang suka memasak. Resipi-resipi yang dikongsi cukup mudah dan enak. Maklumlah, buntu juga bila asyik masak menu yang sama. Jadi, seleksi video Minit Ekspress ini pastinya membantu memberi idea dalam menyediakan sajian yang mudah, sedap dan berkhasiat buat keluarga tercinta.
Sepanjang Julai yang lalu, telah berjalan PERADUAN KONGSI TIP MASAKANyang mana dua pemenang bertuah telah dipilih dan berjaya memenangi hadiah berupa wang tunai RM500! Wow…Memang rezeki.
Ads
Ada yang tak sempat nak join? Jangan risau, ada lagi peraduan-peraduan menarik yang menanti anda.
Di bulan Ogos ini akan bermula PERADUAN CARI BUNGKUSAN EMAS dan juga PERADUAN SNAP MOMEN EMAS Bersama MAGGI® pada bulan September nanti. Mudah sangat peraduannya dan ganjarannya juga lumayan. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai peraduan-peraduan ini kerana seleksi hadiahnya sangat menarik dan berbaloi untuk anda menangi.
Bagi anda yang suka belajar memasak, kempen KELAB RASA EMASKU Bersama MAGGI® juga akan menganjurkan KELAS MASAKAN yang dibawakan khas oleh MAGGI®.
Ads
Bakal dijalankan sebanyak 3 siri bermula Ogos hingga Oktober, kelas masakan secara atas talian (online) ini menampilkan barisan chef tersohor tanah air iaitu Chef Imelda, Chef Zam Akmaldan Chef Suwarsi M Arukinyang akan berkongsi pelbagai menu-menu istimewa dengan anda. Memang rugi jika tidak sertai. Malah kelas masakan ini juga akan dikendalikan oleh pengacara terkenal yang bakal menceriakan lagi suasana.
Kelas masakan ni bukan biasa-biasa tau. Selain dapat ilmu dari chef terkemuka, para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa! Memang rugi kalau sertai.
Ads
Oh ya… RASA dan MAGGI® juga menyediakan 1000 sample HADIAH PERCUMA buat anda. Dapatkannya sementara stok masih ada.
Resipi Ayam Panggang Serai Cicah Air Asam, Gerenti Sedap!
Anda dan keluarga suka sangat nikmati sajian Ayam Panggang? Resipi di bawah ini tentunya terbaik dan sesuai untuk anda cuba. Lengkap dengan cara-cara membuat Air Asam yang sedap. Memang padu. Tak perlu beli lagi. Anda sendiri boleh buat di rumah. Pasti puas hati.
AYAM PANGGANG SERAI DAN AIR ASAM
BAHAN A (Ayam Panggang)
1 ekor ayam | belah dua
1 sudu makan sos tiram
5 ulas bawang putih | kisar lumat
3 sm halia (kisar lumat)
1 batang serai | kisar lumat
1 sudu makan MAGGI CUKUP RASA
Lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN B (Air Asam)
1 cawan air asam jawa
5 biji cili padi | tumbuk kasar
1 biji cili merah | tumbuk kasar
1 biji bawang besar | mayang halus
2 cm belacan bakar
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Sedikit gula
CARA MEMASAK
Bersihkan ayam dan perap dengan semua BAHAN A selama sejam atau lebih.
Kemudian panggang ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit atau hingga ayam masak. Ketepikan.
Untuk membuat Air Asam, satukan semua BAHAN B dan sesuaikan rasanya.
Hidangkan Ayam Panggang bersam Air Asam. Selamat mencuba!
Tidak lengkap rasanya sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa adanya hidangan sate. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga senang dan boleh disediakan lebih awal.
Mudah sahaja untuk menyediakan Sate Ayam homemade yang sangat lazat. Guna resipi dari MAGGI® ini tentunya lebih menjimatkan masa. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat sendiri sate di hari raya ni, berikut adalah resipi-resipi yang anda perlukan. Selamat mencuba!
CARA MASAK SATE AYAM
Waktu memasak: 155 mint
Saiz hidangan: 12 orang
BAHAN-BAHAN:
500gm dada ayam
500gm paha ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai
2 sudu besar biji ketumbar
0.25 cawan Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak
500gm timun
100gm bawang besar
CARA MEMASAK:
Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk. Tuangkan bahan kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas serai dan ketumbar biji.
Gaulkan Sos Tiram MAGGI®, MAGGI® CukupRasa™, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan gula sehingga sebati bersama ayam.
Perapkan selama 2-3 jam atau semalaman. Setelah diperap, cucuk ayam di batang lidi bersilang mengikut urutan, dada ayam dan peha ayam.
Asingkan lebihan perapan dan masukkan 2 sudu besar minyak.
Panaskan periuk leper atau pemanggang, sapukan minyak dan panggang sate sehingga masak.
Bila berbuka puasa, ibu-ibu tentunya suka menyediakan sajian yang digemari ramai tidak kira dewasa mahupun anak-anak. Selain memenuhi selera ramai, masa memasak juga boleh dijimatkan. Tidak perlulah memasak pelbagai jenis lauk pauk.
Salah satu menu terbaik yang boleh anda masak untuk berbuka hari ini ialah Nasi Ayam. Ada resipi dari MAGGI® ni, memasak jadi cukup mudah, sedap dan tentunya lebih jimat. Cubalah. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
CARA MASAK NASI AYAM HAINAN CITA RASA KELUARGA
Waktu memasak: 101 mint
Saiz hidangan: 6 orang
BAHAN-BAHAN:
2 sudu kecil minyak masak
300gm dada ayam
300gm peha ayam
1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 helai daun pandan
500gm beras
2 Kiub Pati Ayam MAGGI®
1 sudu kecil minyak bijan
700ml air
30gm mentega
200gm timun
300gm daun salad
100gm tomato
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ayam bersama kicap pekat, Sos Tiram MAGGI, bawang putih and halia yang ditumbuk lumat selama 1 jam atau semalaman.
2. Apabila ayam sedia dimasak, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan daun pandan hingga wangi.
3. Masukkan beras dan goreng seketika.
4. Pindahkan nasi ke dalam periuk nasi elektrik, tambahkan Kiub MAGGI Ayam dan masukkan air.
5. Masak nasi sehingga masak. Selepas wap nasi keluar,masukkan minyak bijan.
6. Panaskan periuk leper atau pemanggang. Masakkan ayam sehingga masak. Hidangkan bersama nasi dan sayuran.