Makan Nasi Ambeng tanpa sambal goreng bagai tidak lengkap. Di dalamnya lengkap dengan sayur pucuk, kacang Panjang, suhun dan sebagainya memang puas makan. Sukar nak dapat sambal goreng yang kena dengan cita rasa. Boleh saja membuatnya sendiri ikut resipi ini. Sambal goreng kalau kena rasa, meratahnya sahaja pun sedap.
Sambal Goreng Jawa Bahan-bahan: Sayur pucuk -direndam Ubi kentang Kacang Panjang- dihiris Tempe Suhun Ikan bilis Paru,hati ayam@pedal-terpulang Cili merah Bawang merah Air asam jawa Garam &gula secukupnya Sos tiram Kicap pekat &kicap manis
Cara memasak: 1.Ubi kentang,tempe,ikan bilis, digoreng terlebih dahulu. 2.Suhun digoreng macam soto. 3.Tumiskan bawang merah dan cili dihiris. 4.Masukkan sayur pucuk.masukkan air.masukkan air asam jawa,garam,gula . 5.Masukkan sos tiram.bila sayur pucuk dah empuk masukkan kacang panjang. 6.Akhir sekali masukkan bahan yang digoreng terlebih dahulu tadi.Gaul.masukkan kicap pekat & kicap manis.gaul sebati.siap.
Kek simple je guna 4 bahan je tapi masya-Allah sedapppp. Jangan risau tiada sebarang tepung digunakan. Jadi tak perlu pening kepala tepung itu ini tak ada dan sebagainya.
Sejukkan dulu pun sedap. Sagat cheddar cheese atasnya pun best juga. Kek ini juga sesuai untuk mereka yang menjaga diet tapi masih mahu menikmati kek keju yang sedap.
Menerusi perkongsian daripada Noorul Izzah Marzuki, dia menggunakan 1 sudu sahaja lakanto jadi tak manis, boleh lebihkan jika nak manis ya.
Oh ya, kecil je saiz kek ni, boleh gandakan adunan kalau nak saiz besar/tebal. Boleh dihidang untuk 8 potongan.
CHEESECAKE GEBU GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
125g cream cheese (saya guna Tatura je) ⅓ cawan (80ml) whipping cream 1 sudu besar lakanto/sweetener (kalau nak manis boleh lebihkan) 2 biji telur saiz A (atau 3 biji telur saiz B ) suhu bilik | asingkan kuning dan putih
1. Pukul cream cheese, whipping creamdan lakanto/sweetener sampai gebu dan tidak berketul menggunakan mixer. Boleh guna pengisar tetapi akan susah dikeluarkan nanti. – ( Dapatkan STANDMIXER berkualiti dengan harga berpatutan DISINI) 2. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese. Pukul dengan mixer sehingga sebati dan gebu. Ketepikan dan masukkan dalam mangkuk lain. 3. Pukul putih telur pula, dalam sehingga kembang, gebu dan terbentuk soft peak (terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh). Jangan overbeat sampai berketul. Masa pukul tu sentiasa tengok untuk elak overbeat.
4. Ambil 1 senduk adunan putih telur, masukkan ke dalam adunan cream cheese. Kaup balik sekejap. Kemudian masukkan semua adunan telur putih dan kaup balik sehingga sebati, adunan kena betul sebati, gebu, licin, tiada ketulan ya (yang ni penting). 5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan non stick paper. Saya guna loyang 6 inci. Bakar secara waterbath (letak loyang kek ke dalam bekas lain berisi air panas, rujuk gambar).
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 selama 50 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing. ( 7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam ketuhar, buka pintunya sedikit. Kemudian baru keluarkan.
8. Bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Saya sagat cheddar cheese je. Makan saja tanpa topping pun dah sedap. Sejukkan dulu dalam peti ais pun best juga. Selamat mencuba!
Bihun Sup Tulang Utara biasanya dihidangkan bersama sambal merah. Jika bihun sup biasa, bihunnya berwarna putih tapi bihun sup utara, bihunnya berwarna kuning. Jom kita cuba buat Bihun Sup Tulang Utara seperti yang dkongsikan oleh Zaini Talib Hidang pada tetamu yang datang bertandang memang sesuai sangat.
BAHAN-BAHAN:
1 paket bihun 1 sudu serbuk kunyit Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit. Kemudian basuh dan tapis. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN SUP TULANG:
1 kg tulang dicampur sedikit daging 2 batang serai ketuk 2 inci halia diketuk – BELI ONLINE 4 ulas bawang putih ditumbuk – BELI ONLINE 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk 1 batang kulit kayu manis 1/2 sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar – BELI ONLINE 3 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga Sedikit batang daun sup Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan-bahan di dalam periuk.
2. Rebus sehingga tulang empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
3. Selepas sup sudah masak, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup, jika suka.
BAHAN-BAHAN UNTUK CABAI MERAH/SAMBAL MERAH:
Cili kering yang telah dikisar atau cili boh atau cili yang siap dikisar Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk Asam keping atau air asam jawa atau cuka Garam Gula
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang kemudian masukkan cili.
2. masak sampai pecah minyak. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tidak mahu masukkan gula. Siap. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA BIHUN:
Cencaluk dibuat dari udang geragau yang cukup terkenal di negeri Melaka. Selalunya ia makan dengan cili padi potong dan perahan limau. Kali ini kita tambah bahan yang akan menambah kesedapan cencalok.