Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat. Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
PENGAT KELADI, PISANG DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang nangka (dibentuk bunga)
100 gram keladi (potong dadu sebesar lebih kurang 2cm x 2cm)
50 gram gula merah/melaka
100 gram keledek (potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm)
Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Ketepikan.
Untuk membentuk doh; gaulkan tepung ubi bersama 1/2 teh garam, air kapur dan sedikit air sehingga membentuk doh.
Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna uli sehingga warna sekata, bentukkan bulat-bulat.
Kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan. Tutupkan api. Ketepikan.
Untuk membuat kuah; Gaulkan gula merah/melaka, tepung ubi bersama 1 cawan air sehingga sekata, kemudian masukkan ke dalam periuk candil tadi. Masaklah sehingga kuah agak pekat.
Untuk menghidang, curahkan santan pekat yang telah digaulkan bersama garam.
Siapa sangka, hanya menggunakan nasi sejuk, boleh hasilkan keropok enak. Mudah disediakan & tidak membazir. Lepas ni, jika ada lebihan nasi putih, bolehlah hasilkan keropok ni. Sesuai dijadikan kudapan dan snek ringan buat anak-anak.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi suam
1 cawan tepung ubi kayu
3 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
Pewarna merah, hijau dan kuning
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih bersama garam hingga lumat.
2. Masukkan nasi. Tumbuk lagi hingga nasi hancur. Masukkan nasi yang ditumbuk tadi ke dalam bekas.
3. Uli campuran nasi dengan tepung ubi. Uli rata.
4. Ambil adunan nasi sebanyak 2 sudu makan, letak di atas plastik dan uli memanjang. Ulang langkah sehingga adunan habis.
5. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh nasi tadi. Masak sehingga doh terapung. Angkat, toskan air dan biar doh menjadi kering.
6. Sapu pewarna pada doh tadi hingga rata. Tidak perlu menambah air pada pewarna. Biarkan kering sekali lagi.
7. Ambil doh dan hiris nipis. Susun kepingan keropok di atas tampi. Jemur di bawah matahari sehingga kering. Jangka masa anggaran 1-2 hari bergantung kepada cuaca.
8. Setelah kepingan keropok kering, bolehlah digoreng dan dinikmati.
Tonton video penghasilan Keropok Nasi Bawang Putih:
Sedapnya Takoyakihomemade ni! Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tepi-tepi jalan pun ada gerai jual snek ni. Bagi anda yang gemar makan Takoyaki, saudari Norliza Razali bermurah hati berkongsi resipi Takoyaki yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Ini bukan sebarang resipi tau. Ini adalah resipi yang beliau guna sepanjang 9 tahun menjual snek enak ini. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan-bahan tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. 2. Panaskan acuan takoyaki (dapatkan ACUAN TAKOYAKI disini) dan sapukan minyak masak di setiap lubang. 3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh. 4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.
5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya. 6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak-agak nak melimpah. 7. Pusingkan bebola Takoyaki sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
8. Pusing dan teruskan pusing bebola Takoyaki sampai mendapat bentuk bulat. 9. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing 10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan. 11. Untuk sos, campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat. 12. Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. 13. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas Takoyaki nanti. 14. Picit sos, mayones di atas Takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya.
15. Takoyaki homemade paling sedap sedia untuk dinikmati.
Sebut sahaja pretzel, pasti ramai terbayang aneka roti lembut berpilin tu kan? Ada macam-macam perisa. Kalau sesekali ada sale, 5km beratur pun ramai yang sanggup. Bagi yang belum pernah rasa atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Lalola Lilo ni boleh anda cuba. Jimat, sedap dan bolehlah makan puas-puas.
PRETZEL
BAHAN-BAHAN( untuk 8 hidangan)
1 1/2 cawan air suam
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
1 paket yis kering
4 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu makan minyak (boleh guna minyak zaitun)
2/3 cawan baking soda
2 biji telur
Garam kasar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 230°c.
2. Dalam mangkuk, satukan air suam,sedikit garam dan gula. Kacau sampai larut. Kemudian masukkan yis. Rehatkan selama 5 minit (sehingga berbuih).
3. Masukkan tepung gandum dan 2 sudu makan minyak. Uli sehingga jadi doh.
4. Angkat sementara doh, sapukan lebihan minyak tadi pada mangkuk yang sama dan letakkan doh semula (tujuan supaya doh tak melekat pada mangkuk bila mengembang)
5. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan rehatkan sejam.
6. Selepas sejam, bahagikan doh kepada8 bahagian. Gelekkan setiap bahagian jadi bentuk tali panjang dan buat bentuk pretzel.
7. Dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan baking soda. Rebuskan doh pretzel tadi dalam 30 saat setiap belah.
8. Pindahkan pretzel ke baking sheet, sapukan telur di permukaan atas pretzel dan taburkan garam kasar.
9. Bakar dalam 10-15 minit atau sehingga kuning keemasan. (Boleh tukar perisa apa kita nak buat ikut citarasa) selamat mencuba!
Nota RASA: Resipi diatas adalah yang telah ditranslate dari resipi asal ( resipi luar negara). Bahan-bahan seperti garam kasar mungkin berbeza dengan garam kasar di Malaysia ( dari segi kemasinannya). Oleh itu, anda boleh sesuaikan perasa pretzel anda mengikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada.