Sebelum ni viral pasal tauhu sumbat bergedel, kali ini RASA ingin perkenalkan pula Tauhu Sumbat Bakso, penggemar bakso mesti suka. Rasa memang osem sedap ye, pendek kata memang tak rugi korang cuba. Sangat sedap dan sesuai kalau dijadikan hidangan pembuka selera atau kudapan berkhasiat pergi berkelah atau bekal anak ke sekolah ye..

Tauhu Sumbat Bakso Pedas Sedap & Boleh Buat Sendiri.

TAUHU SUMBAT BAKSO PEDAS
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 25 biji tauhu goreng bulat
  • 250gm daging kisar
  • 2 batang lobak merah | parut & cincang halus
  • 3 pokok daun bawang | hiris halus
  • 3 ulas bawang merah | hiris & goreng
  • 3 ulas bawang putih | hiris & goreng
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk sulah
  • 80gm tepung ubi
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh garam

BAHAN SAMBAL (DIKISAR KASAR):

IKLAN
IKLAN
  • 30 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Semua bahan sambal digoreng kecuali garam dan gula.
2. Kemudian, kemudian tumbuk atau kisar kasar dengan garam dan gula secukup.Ketepikan.
3. Seterusnya campurkan semua bahan aduanan bakso kecuali tauhu goreng bulat.
4. Kacau rata dan ketepikan.
5. Belah tak putus tauhu, masukkan sedikit sambal cili tadi kedalamnya dan tambah pula adunan bakso secukupnya.
6. Kukus selama 20-25 minit.
7. Panaskan minyak dan goreng Tauhu Sumbat Bakso, hingga perang.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
9. Boleh saja terus hidang Tauhu Sumbat Bakso Pedas ini selepas kukus, terpulang cita rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI