Sedapnya jika dapat berbuka puasa dengan Air Bandung Laici Cincau sejuk. Terasa segar setelah seharian berpuasa. Maklumlah bila tiba waktu berbuka puasa, aneka minuman sejuk tentunya jadi pilihan ramai lebih-lebih lagi jika cuaca panas seharian. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, resipi perkongsian Ben Safwan antara yang menarik perhatian dan nampak membuka selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW
BAHAN-BAHAN:
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60gm cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang.
Ads
2. Ambil cincau dan sagat. Ketepikan.
3. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati.
4. Tambahkan semua bahan-bahan lain. Air laici dalam tin pun masukkan sekali. Tambah ais.
Ads
5. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati masa berbuka.
INFO:
Ads
1. Tak perlu tambah air masak. Hanya guna air laici dan ais yang mencair. Jika suka air soda, boleh tambah ikut cita rasa.
2. Sukatan campuran air ini untuk 2 jug seperti dalam gambar. Jika perlu, boleh bahagi dua bahan-bahan di atas.
3. Tip untuk dapatkan potongan cincau yang cantik ialah, sagat guna penyagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang. Mereka yang mengamalkan diet juga sudah semestinya tidak boleh meninggalkan kegemaran untuk minum kopi. Senang cakap, ngopi sudah jadi gaya hidup masyarakat kita sejak dulu lagi. Mana boleh tinggal!
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi membancuh kopi bagi individu yang mengamalkan intermittent fasting (IF). Maksud IF adalah berpuasa bagi tempoh tertentu. Tempoh biasa bagi IF adalah 16 jam waktu puasa dan lapan jam tempoh untuk makan.
Resipi ini, RASA dapatkan daripada seorang pengamal IF yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaila. Individu ini memulakan IF selama tempoh 12 jam terlebih dahulu bagi membiasakan diri.
“Selepas buat IF selama 12 jam, kemudian bolehlah tingkatkan kepada 14 jam dan seterusnya 16 jam. IF bantu perut berehat daripada sebarang aktiviti cerna makanan. Badan belajar untuk terima makanan pada waktu tertentu saja. Lagi satu, IF juga bantu kita kurang ambil gula,” kata Suhaila.
Bagi pengamal IF, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu waktu puasa (fasting window) dan waktu makan (eating window). Ketika fasting window, pengamal IF tidak boleh ambil sebarang makanan namun masih boleh minum. Pun begitu, minuman yang dibenarkan hanyalah minuman kosong tanpa gula.
“Pengamal IF masih boleh minum sewaktu fasting window tetapi terhad kepada minuman tanpa sebarang campuran gula yang akan menggagalkan misi. Pengamal boleh makan pada eating window dan perlu berhenti sebelum masuk fasting window berikutnya. Jadi, badan masih punya tenaga. Yang menariknya sewaktu IF, kita masih boleh minum sebarang air tanpa gula seperti kopi o kosong, teh hijau dan teh o kosong. Makanan sahaja yang akan membatalkan IF,” tambah Suhaila.
Lazimnya, kita membancuh kopi menggunakan susu pekat manis. Namun, bagi pengamal IF, susu digantikan dengan santan. Menurut Suhaila, susu segar atau susu pekat manis ada kandungan gula yang tinggi. Dalam diet IF, pengamal memang cuba elakkan gula kerana tanpa pengambilan gula sekalipun, tenaga dijana menggunakan lemak dalam badan.
Santan mengandungi vitamin C, B dan E. Gabungan kopi dan santan juga merupakan antioksidan yang baik selain kaya dengan zat besi dan magnesium. Sesuai sebagai booster harian dan meningkatkan metabolisme tubuh.
“Saya menggunakan Nescafe Gold dalam rutin pengambilan kopi. Sekiranya ingin menggunakan kopi lain, kena lihat kepada kandungannya juga sama ada mengandungi gula atau marjerin. Sekiranya ada kandungan dua bahan tersebut, ia kurang sesuai. Bagi pengamal IF dan Lazy Keto, kebanyakannya akan memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah lulus Keto,” ujarnya.
Sekadar berkongsi pengalaman, Suhaila pernah turun sebagai 12 kilogram iaitu dari 84 kilogram kepada 72 kilogram selepas mengamalkan IF. Mula amalkan IF pada Disember 2019. Namun Suhaila akui dia sendiri agak sukar untuk berpantang makan ikut saranan IF seperti menjauhi gula, makanan manis dan minuman manis. Alasannya, suka makan sedap. Pun begitu, ketika betul-betul patuh pada peraturan IF, Suhaila dapat merasai manfaatnya.
“Perubahan ketara adalah seperti pergerakan solat lebih mudah dan tak cepat penat. Saya dah mula boleh beraktiviti seperti hiking yang menjadi aktiviti kegemaran. Saya mula join group IF apabila susah nak duduk antara dua sujud. Kaki tak boleh nak lipat sebab berat badan berlebihan. Kemudian, nak kurangkan pengambilan ubat sebab tekanan darah tinggi. Doktor sarankan untuk turunkan berat badan atas faktor kesihatan. Sihat itu target pertama. Kurus dan cantik itu bonus. Sebab lain adalah berjaga-jaga dengan kadar gula dalam darah sebab ada keturunan yang mempunyai penyakit kencing manis,” ujar Suhaila lagi menutup bicara.
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil Nescafe Gold
4 sudu besar santan (santan kotak)
250 ml air panas
Secubit garam
CARA MEMBUAT
1. Dalam cawan, masukkan Nescafe Gold
2. Masukkan santan. Kacau seketika.
3. Tuangkan air panas. Kacau lagi.
4. Masukkan garam. Kacau.
5. Sedia dinikmati.
Tip: Jika mahu lebih lemak, tambah 1 sudu besar santan lagi. Kalau suka manis, tambah stevia.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sudah adakah menu air untuk berbuka nanti? Kalau belum ada, bolehlah cuba buat air Cha Bang Ang atau Aroikah. Dulu air ini pernah viral dan menjadi kegilaan ramai. Jika tak pernah cuba buat air Cha Bang Ang waktu air ini tular dulu, apa kata kita cuba buat. Jom kita ikut resipi air Cha Bang Ang seperti yang dikongsikan oleh Wani Sukarno. Mmmph sedapnya la pekena untuk berbuka nanti.
RESIPI MINUMAN CHA BANG ANG
BAHAN-BAHAN:
300 gram cincau manis (potong kiub kasar) 200 gram gula perang –BELI ONLINE 250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan air gula perang) 10 gram @ 1 sudu biji selasih – BELI ONLINE 250 gram air panas 400 ml susu segar penuh krim (full cream milk) – BELI ONLINE 400 ml @ 1 tin susu cair – BELI ONLINE 5 sudu susu pekat manis –BELI ONLINE Secubit garam halus 1 sudu teh esen vanilla – BELI ONLINE 500 gram ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut seluruhnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
2. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
3. Di dalam satu bekas/jug, satukan semua bahan kecuali ais.
4. Kacau rata semuanya dan sedia dihidangkan.
5. Jika suka ais, masukkan ais batu ke dalam gelas berasingan sewaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair/tawar.
Sumber: Wani Sukarno
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.