Bila tiba waktu berbuka puasa, aneka minuman sejuk tentunya jadi pilihan ramai lebih-lebih lagi jika cuaca panas seharian. Biasanya kalau ke bazar, banyak pilihan minuman yang boleh dibeli.  Tapi tahun ni, bazar ramadan pun tiada. Jadi bolehlah cuba hasilkan sendiri seleksi minuman sejuk sedap ni di rumah. Kos pun tidak mahal. Jom lihat resipi-resipinya.

 

KOLEKSI RESIPI MINUMAN SEJUK UNTUK BERBUKA PUASA

 

1. SODA SERAI BERMADU

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan madu
  • 1 cawan soda
  • 1 batang serai (diketuk)

CARA MEMBUAT:
1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.
2.Masukkan soda.
3.Masukkan serai. Biarkan seketika.
4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.

Info Chef: Harum serai memberikan rasa segar pada minuman.

 

2. BANDUNG STRAWBERI LAICI

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan sirap
  • 5 sudu makan susu cair
  • 1 biji strawberi ] dibelah 4
  • 5 biji laici dalam tin
  • Air secukupnya
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.

INFO: Masam strawberi membantu mengurangkan muak sirap bandung

 

3. AIR KATIRA

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan sirap hijau
  • 2 helai daun pandan
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 250 ml soda
  • Sedikit katira ] getah anggur
  • Sedikit sagu
  • 1 sudu makan cendol
  • 1 sudu makan cincau
  • 1 sudu makan gajus
  • 1 sudu makan badam
  • 1 sudu makan kacang tanah ] digoreng
  • 1 sudu makan kurma
  • 3 biji buah kabung
  • 1 sudu makan kismis
  • 1 csudu teh biji selasih
  • Sedikit buah semangkuk
  • Gula batu secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Jerang sirap hijau, gula batu dan daun pandan dalam 1 liter air.
2.Kemudian masukkan semua bahan. Biarkan 30 minit supaya semua bahan sebati.
3.Sejukkan dalam peti sejuk atau tambah ais. Sedia diminum.

INFO CHEF: Selain gula batu, boleh juga gunakan gula pasir.

 

 

4. JUS MANGGA PUDINA

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji mangga
  • 2 sudu besar yogurt
  • 2 gelas air
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit daun pudina

CARA MEMBUAT:
1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.

INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.

 

5. PEPPERMINT LEMONADE

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam
  • 3 tangkai pudina
  • 500ml air
  • 2 biji lemon ] di perah jus dan tapis
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
2.Masukkan jus lemon.
3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.

INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.

 

6. JUS STRAWBERI LAICI

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji strawberi
  • 1 cawan air
  • 4 sudu makan gula
  • 5 biji laici
  • Air secukupnya
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
2.Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
3.Tambah air jika perlu.
4.Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.

INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.

 

7. AIR KELAUT

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan gula
  • 2 gelas air
  • 1 sudu teh pewarna biru
  • 50gm tembikai ] potong dadu
  • 1/2 biji epal hijau ] potong dadu
  • 1/2 biji belimbing ] potong dadu
  • 1/2 biji oren ] dipotong dadu
  • 2 keping nanas dalam tin
  • 1 sudu makan biji selasih ] direndam
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga larut. Masukkan pewarna.
2.Masukkan semua buah yang dipotong dadu, nanas dan biji selasih. Kacau sebati.
3.Masukkan ais. Sedia diminum.

INFO CHEF: Boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut kegemaran anda.

 

8. JUS LIMAU ASAM BOI

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan gula
  • 3 biji asam boi
  • 3 biji limau kasturi
  • Air secukupnya
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
5.Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.

INFO: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.

 

9. CINCAU MILO TABUR

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu makan serbuk Milo
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 3 sudu makan cincau
  • Ais secukupnya
  • 3 sudu makan Milo ] untuk tabur

CARA MEMBUAT:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3.Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4.Tambahkan ais. Sedia diminum.

INFO: Tidak perlu masukkan gula kerana Milo sudah sedia manis.

 

10. SIRAP LONGAN MASAM MANIS

Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sirap
  • 2 gelas air
  • 6 biji longan dalam tin
  • 1 biji lemon
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUAT:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
4.Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
5.Tambah ais. Sedia diminum.

INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Kuih Lopes Pulut Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan.

Resipi Chicken Wing Sweet & Spicy Panggang Guna Kuali Je.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI