Tak sempat nak tonton Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 4? Atau akak-akak tak sempat nak salin resipi? Tak mengapa..Ini dia Rasa kongsikan 3 resipi yang dikongsikan oleh Adam Didam dan Aunty Aini dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 4, iaitu Pâté Hati Ayam (Pai)Kari Udang dan Biskut Cheesecake.

Adam & Aunty Aini Kongsi 3 Lagi Resipi Istimewa Dalam Episod 4 Rasa: Ketuhar Kuali

Disini kami kongsikan resipi-resipinya. Selamat mencuba!

1. PATE HATI AYAM 

Adam & Aunty Aini Kongsi 3 Lagi Resipi Istimewa Dalam Episod 4 Rasa: Ketuhar Kuali

BAHAN-BAHAN:

  • ½Kg Hati Ayam
  • 3 Biji Bawang Besar
  • 6 Biji Bawang Kecil
  • 1 Labu Bawang Putih
  • Daun Salam
  • 1 ½ Buku Mentega
  • Minyak Zaitun
  • Roti Perancis
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Daun Rosemary
  • Daun Basil

CARA PENYEDIAAN: 

IKLAN
  1. Kisarkan hati ayam.
  2. Dalam periuk, tumis minyak zaitun bersama mentega.
  3. Tumis bawang besar dan bawang merah yang dipotong dadu sehingga wangi.
  4. Masukkan bawang putih dna daun salam.
  5. Dalam masa yang sama, potong serong roti Perancis untuk dibakar.
  6. Dalam periuk yang menumis bawang, masukkan hati ayam yang telah dikisar.
  7. Tambah daun rosemary dan daun basil yang diracik halus.
  8. Tambah garam dan serbuk lada hitam.
  9. Masak hati ayam.
  10. Hidang hati ayam yang telah dimasak kedalam mangkuk.
  11. Cairkan mentega di dalam periuk berasingan.
  12. Kemudian, curahkan keatas hati ayam yang telah siap.
  13. Keraskan hati ayam agar menjadi seperti mentega.
  14. Bakar roti sehingga keras dan kekuningan.
  15. Letak roti yang telah siap dibakar ketepi.
  16. Siap untuk dihidang.

2. KARI UDANG 

Adam & Aunty Aini Kongsi 3 Lagi Resipi Istimewa Dalam Episod 4 Rasa: Ketuhar Kuali

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Udang
  • 1 Biji Nenas
  • 4 Batang Kacang Panjang
  • 2 Biji Kentang
  • 6 Biji Bende
  • 1 Batang Lobak Merah
  • 2 Pek Kecil Rempah Kari Ikan
  • 1 Pek Kecil Rempah Halba Campur
  • 1 Inci Halia
  • 10 Biji Bawang Merah
  • 1 Labu Bawang Putih
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • 1/2kg Santan
  • Asam Jawa
  • Garam
  • Daun kari

CARA PENYEDIAAN: 

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan daun kari dan herba campur.
  3. Tumiskan halia dan bawang merah, kemudian masukkan bawang putih.
  4. Setelah wangi dan kekuningan, masukkan serbuk kari.
  5. Kacau hingga rata, kemudian masukkan sedikit air.
  6. Dalam masa yang sama, kisarkan kepala parut, dan tapis serdak kelapa.
  7. Masukkan lobak merah dan kentang kedalam periuk.
  8. Tambahkan sedikit air jika perlu dan tumis hingga masak.
  9. Setelah lobak dan kentang lembut, masukkan santan.
  10. Setelah menggelegak, masukkan nenas, tomato dan air asam jawa.
  11. Tambahkan garam kedalam masakkan.
  12. Masukkan udang, kacang panjang dan bende.Tutup periuk sehingga hidangan masak.
  13. Siap untuk dihidang.

3. BISKUT CHEESECAKE 

Adam & Aunty Aini Kongsi 3 Lagi Resipi Istimewa Dalam Episod 4 Rasa: Ketuhar Kuali

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 120g Biskut Digestive
  • 140g Tepung Serbaguna
  • 1 ½ Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 115g Mentega
  • 100g Gula Perang
  • 1 Biji Putih Telur
  • 85g Krim Keju
  • 1 Biji Kuning Telur
  • ½ Sudu Kecil Jus Lemon
  • 55g Gula
  • Beri Biru Segar
  • Gula Aising

CARA PENYEDIAAN: 

  1. Mesinkan mentega, gula perang dan telur putih sehingga sebati.
  2. Kisar biskut sehingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk mentega yang telah dipukul.
  3. Tambahkan tepung dan serbuk penaik. Mesin rata.
  4. Gentel adunan bersaiz kecil ke atas dulang pembakar yang beralas kertas pembakar.
  5. Buat lekuk pada adunan dengan menggunakan sudu yang disapu sedikit tepung.
  6. Mesin krim keju sehingga lembut, dan tambahkan jus lemon bersama kuning telur.
  7. Masukkan gula dan mesin rata.
  8. Sudukan acuan ke atas adunan yang telah dilekuk.
  9. Bakar pada suhu 180’C selama 12minit.
  10. Letakkan beri biru di atas biskut dan taburkan sedikit gula aising.
  11. Siap untuk dihidang.

Adam & Aunty Aini Kongsi 3 Lagi Resipi Istimewa Dalam Episod 4 Rasa: Ketuhar Kuali

Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke lima minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

Adam & Aunty Aini Kongsi 3 Lagi Resipi Istimewa Dalam Episod 4 Rasa: Ketuhar Kuali

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI