Majalah masakan Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali yang pastinya menyajikan pelbagai resipi menarik kepada penonton. Berbeza dengan program masakan Rasa: Instafamous, kali ini Aunty Aini akan memasak serta berkongsi dapur bersama selebriti dan instafamous terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam dikalangan peminat di Instagramnya. 

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

Norzaini Abdul Hamid, atau lebih mesra dengan panggilan Aunty Aini; tentunya sudah ramai yang mengenali wanita hebat ini. Kehebatannya dalam bidang masakan pastinya bukan biasa-biasa. Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yap adalah antara chef-chef tersohor yang pernah berkunjung ke restoran miliknya; Aunty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Dalam program mereka, Aunty Aini begitu bersahaja memasak sambal berkongsi pelbagai petua memasak masakan Melayu. Malah dia langsung tidak ‘canggung’ berkongsi dapur dengan chef-chef hebat yang punya program memasak sendiri yang sememangnya popular serata dunia.

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

Manakala, Adam yang merupakan finalis rancangan realiti masakan, kini mempunyai 361,000 pengikut di laman Instagramnya, yang dipenuhi dengan gastronomi menyelerakan sehingga membuatkan ramai tertunggu-tunggu menu baharu yang akan dimuat naik ke akaun miliknya itu.  Siapa sangka Adam yang pada mulanya tidak pandai memasak sebelum ini, menemukan cinta dalam bidang kulinari kira-kira lima tahun lalu selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga. 

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

Menurut jejaka kelahiran Kelantan berusia 28 tahun ini, minatnya yang mendalam dalam bidang masakan turut mendorongnya untuk mengikuti kursus intensif pendek selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar dunia, Le Cordon Bleu di London, UK. Adam juga merupakan bapa saudara kepada trio yang pernah tular kerana bertutur dalam dialek Kelantan biarpun menetap di Birmingham, UK.

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

 

IKLAN

Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan bermula 29 Oktober 2018, setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

Disini kami kongsikan resipi-resipi yang disediakan oleh Aunty Aini dan Adam dalam episod pertama program masakan Rasa: Ketuhar Kuali..Selamat mencuba!

 

1. JEJARI AYAM BERSAMA SOS MASAM MANIS

 

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • ¾ cawan tepung sebaguna
  • ¼ cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar pes cili thai
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 ½ sudu besar cuka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar chillie flakes
  • 3 helai daun limau purut (diracik)
  • Sagatan limau
  • 1 ½ sudu besar jus limau
  • Daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Potong ayam secara memanjang dan letakkan didalam satu bekas.
  2. Pukul telur, masukkan kedalam ayam.
  3. Gaul bersama tepung jagung dan garam.
  4. Rehatkan ayam untuk memerap.
  5. Campur bersama pes cili Thai, sos tiram, gula, bawang putih, chilli flakes, cuka dan sos ikan. Gaul bersama kesemua bahan.
  6. Tuang sos kedalam kuali leper, masak sehingga sos mendidih, tutup api dan taburkan daun limau purut. Sejukkan sos.
  7. Dalam mangkuk kering, campurkan tepung jagung dan tepung serbaguna dan gaul.
  8. Salut jejari ayam bersama tepung.
  9. Goreng ayam satu per satu dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.
  10. Masukkan ayam kedalam bekas, dan tuang sos yang telah disejukkan.
  11. Siap untuk dihidang.

 

2. MAC & CHEESE

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 buku keju cheddar
  • 1 buku keju mozzarella
  • 3 biji bawang besar
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 2 kotak besar susu segar
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Daun bawang
  • Daun parsley
  • 1 sudu tepung gandum
  • ½ sudu kecil serbuk buah pala
  • 1 ½ buku mentega
  • Minyak zaitun
  • Pasta makaroni

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun bersama mentega.
  2. Masukkan tepung gandum dan cairkan.
  3. Tumis bawang besar, kemudian bawang putih sehingga wangi.
  4. Tuangkan susu kedalam bahan tumisan.
  5. Apabila mendidih, masukkan serbuk lada hitam, garam dan juga serbuk buah pala.
  6. Curahkan pasta yang telah siap direbus selama 8 minit terlebih dahulu bersama sedikit garam.
  7. Masukkan keju cheddar dan keju mozzarella.
  8. Lapiskan pasta yang telah dimasak bersama keju secara bergilir dalam tray pembakar.
  9. Taburkan sedikit daun bawang dan parsley dan keju dipermukaan atas macaroni.
  10. Bakar selama 25 minit pada suhu 200-250’C didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  11. Siap untuk dihidang.

 

3. SANDWICH TAT TELUR

Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa: Ketuhar Kuali

BAHAN-BAHAN:

  • Roti
  • Mentega masin
  • 350ml susu krimer sejat
  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur
  • 75gm gula pasir
  • 2 sudu besar esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Buang kulit pada roti.
  2. Gelek roti dengan menggunakan penggelek.
  3. Tekap roti yang telah digelek dengan pemotong acuan bulat.
  4. Sapu mentega pada kedua-dua belah roti.
  5. Masukkan kulit pastry kedalam acuan muffin.
  6. Dalam satu periuk, panaskan susu krimer sejat.
  7. Pukul 3 biji kuning telur dan 3 biji telur bersama esen vanila dalam satu bekas.
  8. Masukkan sedikit demi sedikit susu suam kedalam acuan telur sambil kacau.
  9. Tapiskan bancuhan.
  10. Cucuk kulit pastry untuk memberi ruang udara, dan tuangkan bancuhan keatas kulit pastry sebanyak 85% penuh.
  11. Bakar selama 45 minit pada suhu 160’C didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  12.  Sejukkan sandwich tat telur, tabur gula pasir diatas tat, dan bakar dengan menggunakan torch.
  13. Siap untuk dihidang.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI