Kek Sarang Semut Berongga antara kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman. Ada yang memanggilnya Kek Gula Hangus. Kedua-duanya kek yang sama. Kek Sarang Semut Berongga ini mudah sangat nak buat. Bahan-bahan pun mudah disediakan. Untuk lebih sedap, gunakan ‘pure butter’ supaya cukup rasa lemak dan tak jemu makan. Ini resipi Kek Sarang Semut Berongga yang dikongsikan oleh Lina Abd Ghappar Marilah kita cuba buat!
RESIPI KEK SARANG SEMUT BERONGGA
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur 2 sudu kecil esen vanilla – BELI ONLINE 1 cawan susu pekat manis – BELI ONLINE 250g mentega – BELI ONLINE 2 cawan gula – BELI ONLINE 2 cawan air panas 2 cawan tepung gandum – BELI ONLINE 2 sudu kecil soda bikabonat – BELI ONLINE 1 sudu kecil garam halus (tak letak pun tidak apa)
CARA MEMBUAT:
1. Untuk karamel, gula 2 cawan hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit. Apabila sudah jadi karamel, tuang air panas 2 cawan, kacau sebati. Suamkan. Ketepikan.
2. Cairkan mentega 250 gm. Ketepikan.
IKLAN
3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
4. Ambil besen yang kering dan bersih. Pecahkan 6 biji telur. Kacau-kacau guna whisk kemudian masukkan esen vanilla. Masukkan 1 cawan susu pekat manis. Kacau lagi bagi sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sampai rata.
5. Kemudian masukkan gula hangus tadi dan garam, kacau sampai tidak ada ketulan tepung. Tuangkan ke dalam loyang.
IKLAN
6. Bakar dalam oven dengan api bawah dahulu selama 25 minit dengan suhu 140C, kemudian tukar api atas dan bawah untuk 25 minit lagi pada suhu 170C.
Nak buat biskut tapi malas nak menguli. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR
BAHAN-BAHAN:
300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
250g butter
300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
Masak ats dapur ye api kena kecik.
Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
Sebenarnya ada cara senang nak buat piza. Jadi lepas ni sesiapa yang suka makan piza, boleh cuba buat sendiri tau. Tak perlu kelengkapan macam chef pun. RASA kongsikan cara buat piza dengan mudah. Tak perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
DOH PIZA TANPA ULI
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Untuk anda yang sedang berdiet dan tidak ada selera makan, jom cuba menu Thai yang sihat dan sedap ni iaitu Bihun Celup dan Nasi Air. Sudahlah sedap senang pulak nak masak. Sangat sesuai untuk hidangan makanan malam sekeluarga
BIHUN CELUP THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumba
r | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Celup sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
NASI AIR THAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air rebusan tulang/daging
3 hirisan halia | titik
2 ulas bawang putih | titik
1 batang serai | titik
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN SUP:
5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia | titik
2 ulas bawang putih | mayang halus
3 ulas bawang merah | mayang halus
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
6 ekor udang | dicelur
2 ekor sotong | dicelur
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawnag
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Tuangkan sup dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.