Macam mana dengan episod pertama Rasa: Ketuhar Kuali? Akak-akak dah cuba resipi-resipi yang dikongsikan? Dalam episod kedua Rasa: Ketuhar Kuali kali ini, Aunty Aini dan Adamdidam akan berkongsi 3 lagi menu iaitu Bruschetta, Ayam Masak Lemak dan Kek Keju. Boleh lah ya cuba nanti untuk variasikan lagi menu masakan di rumah.
Panaskan sedikit minyak dan mentega, kemudian tumis beef bacon.
Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang kedalam bahan tumisan sehingga layu keemasan.
Masukkan tomato ceri, sedikit daun thyme dan daun basil.
Tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam ke dalam masakan.
Masukkan cendawan Portobello yang telah dihiris nipis.
Dalam satu magkuk yang berisi baby spinach, masukkan tomato besar yang didadu kecil.
Kemudian, masuk bahan masakkan kedalam mangkuk yang sama dan gaul rata.
Titiskan sedikit minyak zaitun keatas roti Perancis yang telah dipotong, kemudian letakkan bahan masak keatas roti.
Siap untuk dihidang.
2. AYAM MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 Ekor Ayam – Potong 12
30 Biji Cili Padi
2 Inci Kunyit
2 Inci Lengkuas
6 Batang Serai
Daun Kunyit
4 Keping Asam Keping
1kg Santan
Garam
4biji Kentang
CARA MEMASAK:
Basuh ayam dengan limau dan garam.
Masukkan ayam kedalam periuk.
Kisar kunyit, cili padi, dan sedikit air. Curahkan kedalam periuk yang berisi ayam.
Kecutkan ayam dalam periuk.
Bahagi serai kepada 2 bahagian, ketuk satu bahagian dan masukkan kedalam periuk.
Hiris lengkuas dan masukkan kedalam periuk. Tutup periuk untuk didihkan masakkan.
Masukkan kentang yang dipotong empat setiap satu, dan tutup kembali periuk.
Apabila mendidih, masukkan baki serai yang telah diketuk, dan juga santan.
Masukkan asam keping dan garam. Kacau, kemudian masukkan daun kunyit.
Biarkan menggelegak, dan tutup api.
Siap untuk dihidang.
3. KEK KEJU
Ads
BAHAN-BAHAN:
4 Sudu Besar Mentega
45g Krim Keju
100g Gula Halus
1 Sudu Besar Susu Segar
1 Biji Telur
½ Sudu Kecil Esen Vanila
60g Tepung Kek
½ Susu Kecil Garam
2 Sudu Besar Krim
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega, krim keju dan gula halus kedalam mangkuk dan pukul sehingga mentega lembut.
Masukkan susu, telur, esen vanila dan pukul hingga sebati.
Masukkan sedikit garam kedalam tepung, dan curahkan sedikit demi sedikit kedalam acuan yang telah dipukul. Kacau rata.
Letak kertas minyak dalam dulang pembakar, dan curahkan adunan kedalam bekas.
Bakar selama 50 minit pada suhu 160’C.
Siap untuk dihidang.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke tiga minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.
Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.
Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
BAHAN-BAHAN :
Bahan sos:
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata. 3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli. 5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sayur-sayuran Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF :Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
BAHAN-BAHAN :
Bahan dikisar : 100 gm bawang putih 150 gm bawang merah 50 gm halia
CARA MEMASAK : 1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. 2. Kemudian goreng ayam separuh masak 3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing. 4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati. 5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi ayam percik sedap. Buat untuk jualan pun laku keras. Siapa yang gemar ayam percik bolehlah cuba resipi yang ini pula.
Ia telah dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha. Menurutnya, ini adalah resipi yang dia sendiri buat untuk jual. So, gerenti sedaplah ni. Rugi tak cuba masak.
Untuk memasak ayam; tumis bahan-bahan kisar tanpa minyak dalam kuali. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan ayam biarkan ia masak setengah masak.
Setelah itu, letak ayam di atas stand dan renjis sedikit minyak Zaitun. Tapi guna minyak masak pun boleh.
Bakar dalam air fryer pada suhu 200C selama 15 minit (brgantung air fryer masing-masing)
Yang penting kena cukup masak. Tak cukup masak, tambah masa). Kalau nak bakar dalam oven, gunakan suhu oven 180C, selama 20 minit.
Untuk kuah; Panaskan kuali atau periuk, masukkan cili kering kisar, bawang putih dan sedikit air. Kacau-kacau sehingga cili masak.
Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Jika ada bijan, campur je ke dalam kuah tu. Bila nak makan, tuang je kuah di atas ayam tadi. Selamat mencuba semua!
Hujung minggu adalah waktu bagi kaum ibu untuk masak pelbagai hidangan istimewa buat keluarga. Maklulah pada hari biasa masing-masing sibuk dengan tugasan serta kerjaya. Jadi bila tiba hari cuti, haruslah dimanfaatkan sepenuhnya. Khas buat anda, RASA kongsikan idea masakan yang anda boleh hasilkan di hujung minggu ini. Selamat mencuba!
1. SAMBAL SOTONG BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong segar ] bersihkan dan potong mengikut kegemaran saiz kegemaran anda
3 sudu makan santan pekat
6 ulas bawang merah ] tumbuk halus
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
1cm halia ] tumbuk halus
5 sudu makan cili giling
1 labu bawang besar ] dihiris
1 sudu teh pes asam jawa ] larutkan dengan 100ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan satu sudu makan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus dan cili giling hingga garing. Gunakan api yang sederhana. Kacau selalu sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sotong yang telah dihiris dan garam. Kecilkan api dan gaul lagi. Biar sambal mereneh. Kacau dan masukkan bawang besar dan santan pekat.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Gaul dan reneh sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Gula nipah atau gula apung lebih sedap untuk sambal ini. Sotong boleh direndam dalam air halia yang ditumbuk sebelum menumis bagi mereka yang ada alahan kepada sotong.
2. UDANG MASAK GULAI KERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm udang segar bersaiz sederhana
30gm nanas mengkal separuh masak dipotong kecil
1 biji bawang besar dihiris kasar
4 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
8 ulas cili padi | ditumbuk
2 biji cili masak | ditumbuk
2 cm halia | ditumbuk
250ml santan pekat
150ml air
1 sudu teh serbuk kunyit
50gm kerisik
Sehelai daun kunyit disiat kasar
Garam dan gula mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk kunyit, daun kunyit, separuh daripada santan dan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
2. Kemudian tuangkan baki santan dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga kuah mendidih. Pastikan santan tidak berketul.
3. Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
4. Kecilkan api dan reneh seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
3. SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
2 kg Tulang lembu Gear-Box
5cm halia ] dititik
1 biji bawang besar ] dihiris
3 ulas bawang putih ]ketuk
1 bungkus sup bunjut
2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
2 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1kuntum bunga lawang
5 biji cili padi ] ketuk
Sedikit bawang goreng ] hiasan
Daun sup secukupnya ] hiasan
Air limau nipis secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
2. Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
3. Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik. Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
4. Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
5. Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
6. Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.
Info Chef: Untuk cepat empuk tulang,rebus menggunakan periuk tekanan.
4. KERANG MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg kerang segar ] cuci hingga bersih
100gm cili giling
6 ulas bawang putih ]cincang halus
5cm halia muda ]cincang halus
50gm sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
15 biji cili padi ] dihiris
150ml kicap pekat manis
2 sudu makan tepung jagung ] larutkan dengan 80ml air
Sedikit hirisan daun bawang dan lada sulah
Garam, gula dan cuka secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili giling, bawang putih serta halia hingga garing.
2. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan kicap pekat manis dan gaul rata. Setelah itu perasakan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
3. Kemudian masukkan kerang dan gaul selama lima minit.
4. Curahkan bancuhan tepung dan gaul hingga kuah pekat. Masukkan hirisan cili padi dan daun bawang.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Elakkan menabur bawang goreng dan daun sup kerana masakan ini adalah ala cina dan jika mahu, lebih sesuai ditabur daun ketumbar.
5. AYAM GORENG DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
Dua keping isi ayam | dipotong saiz 4cm sebanyak 8 keping
4 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
1.25cm lengkuas | dikisar
2 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm kunyit hidup | dikisar b
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
Daun pandan secukupnya
Lidi pencucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan bahan kisar dengan kepingan ayam. Perasakan dengan sos ikan dan gula. Perapkan semalaman di dalam peti sejuk ( chiller ). Ketepikan.
2. Ambil sehelai daun pandan dan balutkan seketul ayam yang diperap dan sematkan lidi supaya daun tidak tertanggal semasa menggoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dalam masa 15 minit hingga garing.
4. Angkat dan tos.
5. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan daun pandan dilayurkan dahulu supaya mudah membalut ayam.
6. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |belah lapan, digaram sedikit dan digoreng
1 sudu makan serbuk ketumbar | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan putih | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan manis | dijadikan pes rempah
4 ulas bunga cengkih | rempah penumis
4 ulas buah pelaga | rempah penumis
1cm kulit kayu manis | rempah penumis
2 ulas bawang putih | dihiris
5 ulas bawang merah | dihiris
10 cili kering direndam | dikisar
2 biji buah keras | dikisar
2.5cm kunyit hidup | dikisar
3 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm lengkuas dihiris | dikisar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Lumur ayam dengan sedikit garam dan goreng garing. Ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak baki menggoreng ayam dan tumislah bahan penumis, pes rempah, hirisan bawang tadi. Tumis hingga naik bau wangi.
3. Masukkan pula bahan kisar dan gaul rata. Goreng di atas api yang sederhana. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam dan reneh di atas api kecil sehingga kering dan garing.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: juadah ini memerlukan anda bijak dalam mengawal asam garamnya untuk mendapatkan rasa yang sesuai sekali.
7. UDANG MASAK TOMATO
BAHAN-BAHAN:
500gm udang segar|bersihkan
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
5cm halia muda | dikisar halus
3 batang serai dihiris | dikisar halus
2 sudu makan cili boh
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1cm kayu manis
50ml sos tomato
50ml sos tiram
80gm bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang yang telah dilumur sedikit garam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan kira-kira dua sudu makan minyak baki menggoreng udang tadi dan tumis buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau wangi. Masukkan pula cili boh dan gaul hingga garing.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram , kecilkan api dan teruskan menumis. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan udang goreng bersama bawang goreng dan gaulkan sebati.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak suka, tidak perlu masukkan bawang goreng.
8. SOTONG BAKAR SUMBAT SAMBAL
BAHAN PES SUMBAT SAMBAL:
800gm sotong
5 biji cili masak | dikisar kering
3 biji cili padi | dikisar kering
5cm lengkuas | dikisar kering
3 ulas cili padi | dikisar kering
3 batang serai dihiris | dikisar kering
8 biji bawang kecil | dikisar kering
2 biji bawang putih | dikisar kering
5cm halia | dikisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jus limau nipis
½ biji kelapa parut
1 helai daun kunyit diracik halus
Garam dan gula secukupnya
Lidi untuk menyemat sotong
Foil aluminium secukupnya untuk membungkus sotong
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong dan tos. Ketepikan.
2. Di dalam satu mangkuk, bahan yang telah dikisar kering digaulkan dengan serbuk kunyit, jus limau nipis, kelapa parut dan daun kunyit sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ini menjadi bahan inti kepada sotong tadi. Ketepikan.
3. Ambil sotong, sumbat bahan inti ke dalam sotong sepenuh mungkin dan sematkan lidi. Pastikan inti tidak terkeluar. Ulangi langkah hingga selesai.
4. Ambil selembar kertas aluminium dan letakkan sotong di tengahnya serta taburkan baki inti di atas sotong-sotong tadi. Bungkus sotong dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 25 minit atau dibakar hingga masak.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada ketuhar, boleh bakar menggunakan kuali pemanggang ajaib.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.