Sedar tak sedar, Rasa Ketuhar Kuali sudah di episod ke 3, pelbagai resipi dah di masak dan kesemuanya sangat mudah dan sedap. Untuk episod ke 3 ni, Adam Didam dan Aunty Aini akan kongsikan 3 resipi istimewa seperti Gambas Bersama Roti, Stew Daging & pencuci mulut Puding Epal Pir. Menarik kan? Ingat pesanan Aunty Aini “jangan lupa cuba tau!”

3 Resipi Istimewa Dari Adam & Aunty Aini Dalam Episod 3 Rasa: Ketuhar Kuali.

Disini kami kongsikan resipi-resipinya. Selamat mencuba!

1. GAMBAS BERSAMA ROTI

3 Resipi Istimewa Dari Adam & Aunty Aini Dalam Episod 3 Rasa: Ketuhar Kuali.

BAHAN-BAHAN:

  • Udang
  • Minyak Zaitun
  • Bawang Putih (Dicincang)
  • Cili Merah (Dicincang)
  • Daun Parsley (Diracik Halus)
  • 1 Biji Jus Lemon
  • 1 Roti Sourdough

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan dengan menggunakan minyak zaitun.
  2. Masukan cili dan kacau rata.
  3. Masukkan udang kedalam kuali tanah liat.
  4. Tambah daun parsley dan jus lemon kedalam masakan apabila udang hampir masak.
  5. Potong roti untuk dimakan bersama Gambas.
  6. Siap untuk dihidang.

 

2. STEW DAGING

3 Resipi Istimewa Dari Adam & Aunty Aini Dalam Episod 3 Rasa: Ketuhar Kuali.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg Daging Tulang Rusuk
  • 4 Biji Kentang
  • 4 Batang Lobak Merah
  • 15 Batang Kacang Buncis
  • 3 Batang Saderi
  • 2 Biji Bawang Besar
  • 1 Labu Bawang Putih
  • 1 Pek Herba Campur
  • 5 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 1 Biji Kiub Pati Lembu
  • 4 Biji Tomato
  • 6 Ulas Bawang Merah
  • Minyak Masak
  • Mentega
  • Garam
  • Daun Basil
  • Rosemary
  • Daun Parsley

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Salut daging dengan campuran tepung, serbuk lada hitam, herba campur dan sedikit garam.
  2. Tumis minyak bersama mentega dan goreng daging hingga separa masak.
  3. Toskan daging dan letak ketepi.
  4. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih bersama tomato, kentang dan lobak merah.
  5. Masukkan batang saderi.
  6. Masukkan kiub pati lembu, serbuk lada hitam, garam, herba campur, sedikit basil dan rosemary.
  7. Masukkan daging dan tambah 5 cawan air kedalam masakan.
  8. Masak daging selama 1 hingga 1 jam setengah. Kacau masakan bagi elak hangus.
  9. Masukkan kacang buncis dan padamkan api.
  10. Tambah sedikit daun parsley kedalam masakan.
  11. Siap untuk dihidang.

 

3. PUDING PIR EPAL

3 Resipi Istimewa Dari Adam & Aunty Aini Dalam Episod 3 Rasa: Ketuhar Kuali.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Roti
  • 3 Sudu Besar Mentega Cair
  • 3 Biji Buah Pir
  • 3 Biji Buah Epal Merah (Potong Nipis)
  • 3 Biji Epal Hijau (Potong Nipis)
  • 3 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 110g Gula
  • 375ml Susu Segar
  • ¼ Sudu Kecil Garam
  • Gula Untuk Ditabur

CARA MEMASAK:

  1. Sapukan roti dengan mentega cair.
  2. Susun roti bersama buah epal merah, epal hijau dan buah pir secara berselang-seli.
  3. Pukul telur bersama gula dan esen vanila.
  4. Tambahkan susu kedalam telur.
  5. Tambahkan sedikit garam dan kemudian curahkan adunan kedalam bekas roti.
  6. Rehatkan selama 10minit untuk roti meresap cecair.
  7. Sapukan mentega cair pada roti dan taburkan sedikit gula.
  8. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180’C selama 45 minit.
  9. Setelah siap, sejukkan makanan sebelum dipotong.
  10. Siap untuk dihidang.

 

3 Resipi Istimewa Dari Adam & Aunty Aini Dalam Episod 3 Rasa: Ketuhar Kuali.

3 Resipi Istimewa Dari Adam & Aunty Aini Dalam Episod 3 Rasa: Ketuhar Kuali.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI