Siapa di sini peminat acar? Selain daripada acar buah, sebenarnya acar boleh dipelbagaikan termasuklah acar ikan masin talang ni.
Resipi yang dikongsi WaNi TuHit ini, tidak menggunakan rempah dan halia hiris.
Wani turut berkongsi petua untuk buat acar yang sedap dan tahan lama iaitu minyak kena banyak dan guna air sikit je masa kisar bahan. Tumis betul-betul kering. Barulah acar tahan lama.
ACAR IKAN MASIN TALANG
BAHAN A:
Ads
150g cili kering | basuh & kisar halus. Gunakan air yang sedikit masa kisar – beli online di sini
400gm bawang merah kecil (anggaran saja, kalau suka lebihkan) 5 labu bawang putih 100-150ml cuka (jangan banyak nanti bau cuka kuat) *rendam bawang merah & putih dengan cuka lebih kurang 30-45 minit. Gaul-gaulkan biar sekata sebab cuka sikit, bawang banyak
BAHAN D:
300g kismis golden raisin 200gm lobak masin | potong kecil-kecil 200gm buahan kering (saya guna 1 jenis je, buah prune. Basuh & tos) 50gm bijan 300gm gula (kalau suka manis, boleh lebihkan lagi) – beli online di sini 1 sudu kecil garam (tak letak pun tak apa sebab ikan masin dah masin) 300gm isi ikan masin talang/kurau/malong (potong ikut suka, basuh, goreng & ketepikan)
BAHAN E:
Ads
Cili api merah & hijau ½ peket minyak masak untuk menumis (minyak goreng ikan masin kalau masih elok, boleh juga tapis & guna)
1. Tumis Bahan B sehingga naik bau. 2. Masukkan bahan A dan tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan rendaman bawang merah dan bawang putih berserta cuka sekali. Biarkan seketika.
4. Masukkan bahan D dan kacau rata. 5. Biarkan sehingga agak kering tapi jangan terlalu kering. Ini bagi memastikan acar tahan lama. 6. Rasa sesuaikan masin manis acar. 7. Masukkan bahan E dan biarkan sebentar. Jangan sampai layu sangat. Nanti cili akan layu sendiri.
Nampak mudah nak buat pizza roti burger ni, amat sesuai untuk dijadikan sebagai menu sahur atau berbuka nanti, mesti anaka-anak suka. Boleh berjimat, mudah nak buat dan cepat disediakan. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA ROTI BURGER Bahan-Bahan:
Roti burger rm4.50 (10biji belah 2)
Bahan sos:
Tomato puree (kecil) jenama Tesco rm2.80
Lobak merah 2btg potong dadu rm1.50
Bawang besar potong dadu
Bawang putih 3 ulas dadu
3 sudu sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun sup 3btg hiris
Garam secukup rasa
Sosej ayamas sebungkos kecil potong nipis boleh letak byk2 rm3
Rasa penuh bercoklat mampu menjadi terapi minda setelah penat dengan urusan kerja dan rutin seharian. Manis dengan rasa Milo yang enak.
Resipi ini tidak menggunakan tepung gandum dan bahan-bahan pun ringkas sahaja. Selain Milo boleh aje menggunakan minuman koko yang lai seperti Ovaltine atau Vico.
Nasi Goreng Tomyam adalah salah satu menu kedai makan yang menjadi pilihan ramai dek kerana rasanya yang sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, menu ini sebenarnya tidak sukar untuk disediakan. Jika tahu rencah serta bahan yang diperlukan, anda sendiri boleh memasaknya secara ‘homemade’ dan tidak perlu lagi makan di kedai. Terasa nak masak menu ni buat keluarga? Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG TOMYAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi sejuk 3-4 ulas bawang putih cincang – beli online disini 1 sudu makan pes tomyam – beli online disini 1 sudu makan cili kisar – beli online disini 1 biji telur Sedikit gula & perasa secukupnya Hirisan daun limau purut secukupnya Hirisan cili padi secukupnya Hirisan daun ketumbar secukupnya 1 sudu makan sos ikan /nampla – beli online disini Sotong – dicelur dalam air panas seketika & toskan
CARA MEMASAK: 1.Tumis bawang putih sehingga garing. Udang tu saja empunya resipi saja campak sebab ada lebih.
2. Kemudian masukkan pes tomyam. Kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan cili kisar untuk bagi warna sedikit kemerahan paad nasi goreng.
4. Pecahkan telur.
5. Tambahkan juga gula dan penambah perisa dengan secukupnya. Gaul rata.
6. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Jangan guna nasi panas kerana tidak sesuai untuk membuat nasi goreng. 7. Masukkan hirisan daun limau, cili padi dan daun ketumbar dengan secukupnya.
8. Gaul nasi goreng supaya rencah bergaul rata.
9. Kemudian masukkan sos nampak / sos ikan.
10. Akhir sekali masukan sotong yang telah dicelur dengan air panas dan ditoskan. Gaul lagi bersama nasi hingga sebati.
11. Angkat dan Nasi Goreng Tomyam sedia untuk dinikmati.