Mi Goreng Basah memang sangat enak dan imbau nostalgia zaman dulu-dulu. Biasanya menu ini berkait rapat dengan hidangan yang suka dimakan diwaktu kecil. Sama seperti resipi Mi Goreng ni. Jika mi yang dibeli di kedai atau pasar malam, kemudian dibungkus pula dengan kertas, aromanya memang lebih enak. Saudara Emee Sham ada kongsikan satu resipi Mi Goreng Basah yang sedap yang boleh kita semua cuba. Dinikmati pula dengan hirisan cili jeruk dan perahan jus limau nipis, lagi bertambah sedapnya. Jom cuba! Anda pasti suka.
Demi kegemaran Ummie Aida, Datuk Chef Wan sanggup menyediakan kuih Keria yang sudah hampir 40 tahun dibuat oleh beliau tidak membuat kuih tradisi ini. Namun pengalaman sebagai chef dan dibantu oleh Ummie Aida, kuih Keria yang dihasilkan tetap menjadi dan sungguh sedap. Semua ini hanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan yang dihoskan oleh Chef Wan.
“Saya suka kuih keria dan pernah cuba buat beberapa kali, bab menguli dan membantuk kuih keria, memang tip top tapi bila menyira tu yang selalu gagal walaupun tengok mak buat banyak kali, gula tetap tak melekat cantik pada kuih. Beruntung bila Chef Wan jemput saya memasak bersamanya dalam program ni. Sambil masak, bolehlah saya ambil kesempatan belajar menyira kuih Keria,” cerita Ummie yang begitu seronok menjadi selebriti tamu Chef Wan.
Menyentuh masakan berbuka puasa yang menjadi nostalgia Ummie adalah Bihun Goreng yang dibuat oleh ibunya. Kata Ummie kalau tak ada Bihun Goreng, macam tak lengkap berbuka. Ada sikit pun jadilah, janji ada.
“Dari kecil hingga sekarang bihun goreng tetapi menjadi menu wajib ada Ummie. Tapi air tangan mak memang tak boleh lawan sedapnya dan tak reti jemu, sebab saya tak suka sangat berbuka dengan nasi dan kurang dengan lauk pauk.
“Bagi saya asal ada bihun goreng dan kuih yang manis dan sempurnalah berbuka puasa. Kuih Keria, paling suka. Seronok sangat bila Chef Wan masak Bihun Goreng Tomyam, nampak sedap, meriah dengan isiannya,” ujar Ummie Aida akan masuk dapur menyediakan juadah berbuka suami dan anak-anak bila ada kesempatan.
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm bihun | celur seketika dan tos
200gm udang | buang kulit
2 keping fish cake
3 keping tauhu | goreng dan hiris
200gm tauge | buang ekor, cuci dan tos
100gm daun kucai |potong 2cm
250gm air rebusan kulit udang
3 sudu makan udang kering | cuci dan kisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tauchu
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
6 ulas bawang putih | cincang kasar
2 sudu makan perencah tomyam
1 batang serai | hiris halus
1batang bunga kantan | hiris
3 helai daun limau purut | hiris halus
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN UNTUK HIASAN
2 biji cili merah | hiris
Daun bawang | hiris
Daun ketumbar | hiris
Telur dadar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan serai, diikuti pes cili kering, daun limau purut dan udang kering, tumis hingga sebati.
Masukkan pula, udang, fisih cake, kacau rata dan masukkan pes tomyam, tauchu dan sedikit air rebusan kulit udang.
Masukkan bihun, kacau rata dan perasakan dengan sos tiram dan sos ikan, kacau rata.
Jika bihun masih keras tambah lagi air rebusan kulit udang tadi.
Setelah lembut masukkan hirisan tauhu, tauge, kucai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Gaul rata lagi.
Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya.
Tutup api, Masukkan bihun dalam pinggan dan hias dengan bahan-bahan hirisannya dan sedia dihidangkan.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit
1cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
BAHAN SIRA:
1 cawan gula pasir
1/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Keledek dipotong dadu besar, rebus hingga empuk, kemudian tos dan sejukkan.
Lenyekkan ubi keledek hingga lembut.
Ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik di dalam mangkuk berisi keledek.
Campurkan gula dan secubit garam, adun hingga menjadi doh lembut.
Sapukan sedikit tepung pada tangan, bentuk doh seperti kuih donat (berlubang di tengah).
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kuih keria hingga kuning keemas an.
Angkat dan toskan di dalam penapis, goreng hingga habis.
Dalam kuali berasingan, masak gula dengan air dengan api perlahan hingga mendidih.
Setelah air gula pekat dan berbuih.
Tutup api, masukkan kuih keria dan gaul rata hingga gula melekat sepenuh pada kuih keria.
Kuih keria sedia dihidangkan.
Jangan lupa tonton episod seterusnya program Rasa Nostalgia Ramadan di Astro Prima HD, jam 5 petang setiap hari (Isnin-Jumaat) dengan selebriti jemputan yang lainnya dan resipi-resipi yang lebih menarik.
Biasa bila kita makan di restoran Thai, makan Mee CelupThai sangatlah sedap rasanya. Hidangan mee celup, bihun celup dan maggi celup cukup popular di Pantai Timur dan menggunakan kuah yang sama. Kuah Mee Celup Thai biasanya berwarna gelap dan pekat menjadikan ia cukup sempurna untuk dinikmati. Ayuh kita buat Mee Celup Thai mengikut resipi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Faziela Lala
RESIPI MEE CELUP THAI
BAHAN UNTUK KUAH:
Tulang/daging/ayam 1 paket rempah sup Thai (pek oren) – beli online Bawang putih *diketuk – beli online Serai *diketuk Akar ketumbar Daun ketumbar *diblender Halia – beli online Lengkuas – beli online Kicap sotong/ sos ikan – beli online Kicap Mountain Thai Serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap Mountain Thai.
3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.
Lada jeruk Limau nipis Bawang goreng Bawang putih goreng Kacang tumbuk Serbuk lada sulah Minyak cili
*Bahan penambah rasa boleh juga beli yang sudah siap.
CARA HIDANG:
Masukkan bahan celur dan bahan penambah rasa. Tuangkan sup. Susun juga hirisan daging di atasnya. Boleh juga letak telur separuh goreng separuh masak jika suka.
Tidak semua orang berniaga kalau jualannya laku dan sudah mempunyai pelanggan tetap ingin berkongsi rahsia resipinya pada orang lain tetapi tidak pada Puan Zahidah Adibah, yang sangat pemurah ilmu berkongsi dengan netizen resipi Cheezy Baked Meatball yang di sukai ramai ini. Rugi kalu tak cuba, simpan elok-elok resipi ni ya.. Jangan peram pulak, Selamat mencuba.
Saya nak kongsi resipi jualan COD Cheezy Baked Meatball ..InsyaAllah sedap dan mudah untuk disediakan. Resipi ini telah di ubahsuai mengikut selera tekak orang melayu… Sebekas saya jual rm6 mgandungi 7 biji meatball stiap box. Semoga dapat memberi inspirasi kepada sesiapa untuk mencuba berniaga…
RESIPI CHEEZY BAKED MEATBALL
BAHAN-BAHAN:
Meatball (jenama apa2 pun)
Sos PREGO (Carbonara mushroom cream) – tin kaler biru
Fresh milk
Capsicum chili (warna hijau & merah)
Bawang besar holland
Mozarella cheese
Oregano
Lada hitam (yang tumbuk tau, bukan yang serbuk)
CARA MEMASAK:
(1) Potong bawang and chili saiz sederhana..goreng tanpa minyak..jgn sampai layu
(2) Goreng meatball dengan sedikit minyak .
(3) Masak carbonara sos dgn sedikit lada hitam + oregano + sedikit fresh milk.
(4) Masukkan bahan2 yang telah digoreng kedalam bekas .
(5) tuangkan kuah yg telah dimasak sbentar td.
(6)taburkn mozarella cheese dbhgian atas .
(7)bakar api atas bawah dgn suhu 180° selama 20/30minit…*bergantung pada oven masing2..utk percubaan pertama kali kerap buka untuk dapatkan hasil keperangan seperti didalam gambar☺️
(8)Siap utk dhidangkn.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.