Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu ‘fail’ nak masak. Ada je bihun keras la, bihun lembik macam bubur lah. Tawar lah. Memang macam-macam. Jom lihat panduan basic untuk memasak bihun agar elok sempurna.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
Ads
foto: theindigokitchen.com
2. Rendam Dengan Air Biasa
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
3. Jangan Banjirkan Kuali
Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur.
Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
foto: finecooking.com
4. Gaul Dengan Lemah Lembut
Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
Ads
5. Tambah Garam Gula. Jangan Biar Tawar Heber
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
Ads
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
foto: pxhere.com
7. Guna Sudip Bersesuaian
Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
foto: cilantroandcitronella.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hari ini kita nak buat kue teow sup Terengganu. Alang-alang dah membeli daging, bolehlah beli sekali tulang dan juga perut untuk kelengkapan sup yang akan dimakan bersama kue teow ni nanti. Boleh letak lobak masin kalau suka.
KUE TEOW SUP TERENGGANU Bahan-bahan: 300g daging pejal campur daging cincang(rebus dalam ketulan besar,kemudian hiris nipis.) 200g perut lembu (kena bersih) 2-3 ketul tulang (rebus bersama daging, kita nak ambil rasa manis tulang tu tinggal dalam kuah sup) * daging dan tulang direbus sekali.Daging empuk keluarkan.Potong nipis,ketepikan. Perut pun potong nipis, ketepikan. Semasa rebus daging masukkan halia sebesar ibu jari,3 keping asam keping, 3 ulas bawang putih -diketuk dan dua batang serai diketuk. Masuk sedikit garam.
Bahan tumisan: ½ biji bawang Holland 3 biji bawang putih Rempah 4 sekawan Minyak masak
Bahan kisar halus: 1/2 biji bawang Holland 8 biji bawang putih 1 pokok akar daun ketumbar 1 sudu kecil lada hitam 7 biji cili thai (suka pedas letak lebih)
Bahan lain: 1 Sup bunjut 1 kiub pati lembu(kalau tak ada pati ayam boleh) 1 sudu besar kicap cair 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah) 1 sudu besar kicap masin Taugeh( wajib ada) Daun sup dan bawang Garam dan gula secukup rasa Perasa Rempah 4 sekawan 1 sudu besar sos ikan 1 paket Kue teow Limau nipis ( yang suka masam )
Cara memasak: 1.Masukkan minyak, kemudian tumis bahan tumisan. 2.Bawang dah wangi masukkan 4 sekawan,tumis sampai naik bau. 3.Masukkan bahan kisar halus,tumis lagi. 4.Masukkan sedikit air, kacau. 5.Masukkan sup bunjut,kacau. 6.Bila mendidih masukkan air rebusan daging.Tapis(buang semua bahan dalam rebusan daging. Masukkan tulang tadi sekali dalam kuah sup.Tambah air dalam 3 cawan. 7.Kacau, masukkan pati lembu,sedikit daun sup ,cili, semua jenis kicap,sos ikan,garam,gula, perasa secukup rasa.Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
Resipi air lada Bhan-bahan: 2 biji cili besar 8 biji cili padi atau cili thai 1 inci gula Melaka 3 biji bawang putih Garam Perasa 2 sudu besar cuka mkn
Cara memasak: 1.Kisar halus bahan 1 hingga 6 dengan sedikit sahaja air. 2.Masukkan dalam kuali,panaskan. 3.Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat,tambah sedikit air jika perlu.
Cara makan kue teow sup 1.Makan ketika ia panas. Caranya celur kue teow dan toskan. Masuk dalam mangkuk. 2.Celur sekali taugeh dan perut daging.Toskan..masuk mangkuk. 3.Masukkan daun sup,masukkan kuah sup. 4.Masukkan air lada.Siap untuk dimakan.
Sepanjang musim PKP ni, asyik masak je. Pasti ramai ibu-ibu yang sudah buntu memikirkan menu untuk dihidangkan buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi MiRebus perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.
CARA MASAK MI REBUS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – rebus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang
1kg ubi keledek oren – rebus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat.
Mi kuning secukupnya
5 sudu makan rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air
1 paket kecil serbuk cili – bancuh dengan sedikit air
5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah
1 sudu makan garam
3 sudu makan sos cili
Sedikit bahan perasa
Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair.
2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
5 sudu makan udang geragau
1 paket kecil taucu – boleh abaikan jika tiada
BAHAN SAMPINGAN ( terpulang ikut cita rasa):
Sawi – celur
Tauge
Te;ur rebus
Cili besar & cili padi
Bawang goreng
Tauhu – goreng dan hiris nipis
Cucur
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air ( air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.)
4. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan.
CARA BUAT CUCUR UNTUK MI REBUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu teh yis
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kucai
1 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat.
2. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
Rindu dengan masakan Sarawak antaranya mi kolok. Ia cukup popular di negeri Sarawak. Hidangan ini enak dinikmati bersama kicap manis. Namun jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula.
MI KOLOK DAGING
BAHAN-BAHAN:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI:
1. Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
3. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
5. Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:
1.Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
INGIN MENCARI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.