Ads

Lengkong Sirap, Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa

Lengkong sirap atau agar agar sirap begini sangatlah sesuai sebagai hidangan pembuka mahu pencuci mulut sewaktu berbuka puasa.

Sejuk tekak dan terasa segar bila dimakan terutama ketika cuaca panas.

Selain boleh dimakan terus agar-agar merah ini lagi sedap dan berlemak rasanya bila dimakan bersama susu cair, susu penuh krim atau pun santan. Lebih terasa keenakannya.

Nak buat petang ini pun boleh, sebab cara membuatnya tersangatlah senang.

Lengkong sirap penyejuk tekak

Lengkong siap tuang susu cair, nak makan begitu saja pun boleh

Bahan bahan

10 gram serbuk agar agar
1/2 cawan gula
2 sdb sirap
5 cawan air
Susu cair atau susu penuh krim

Ads

Agar-agar sirap biarkan sejuk dulu baru dipotong

Cara membuat

1. Campurkan ke semua bahan kecuali susu dalam periuk. Sukatan air lima cawan ini menjadikan lengkong ini lembut dan senang hancur. Jika mahu lengkong yang agak keras boleh kurangkan air kepada empat cawan.

2. Biarkan semua bahan mereneh lebih kurang 20 minit sampai serbuk agar-agar hancur. Kena selalu kacau ya.

3. Tutup api bila agar-agar larut sepenuhnya. Kemudian boleh terus tuang dalam Loyang.

Ads

4. Apabila agar-agar suam baru masukkam dalam peti sejuk.

5. Selepas lengkong sirap ini keras boleh dipotong mengikut cita rasa.

4. Kemudian, bubuh dalam bekas kegemaran. Tuangkan susu cair, atau susu penuh krim. Nak guna santan pun boleh. Tapi penggunaan susu cair lebih sedap, rasa lemak susu kena sangat dengan lengkong sirap yang manis.

Ads

Siap lengkong sirap

Anda mungkin berminat dengan

5. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa sebelum atau selepas akan nasi.

Kredit resipi & foto: Umi Watie

Baca Lagi: Agar-Agar Permata 5 Bahan, Resipi Istimewa Dari Bonda Di Kampung

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Begini Cara Buat Bancuhan Roti Jala Cantik, Pekat Likat, Gerenti Jadi

Bancuhan roti jala cantik, pekat dan likat rupanya perlu dibiarkan 15 minit. Ikut sukatan dan tip mudah ini supaya Roti Jala gerenti jadi.