Butuahnya, bila Chef Imelda Haris  yang terkenal dengan menu fusion untuk share 10 resipi pelbagai jenis pasta yang boleh mak-mak cuba sebab sekarang ni ramai anak-anak lebih suka makan pasta dari nasi.  Jadi boleh cuba salah satu menu yang Chef kongsikan untuk hidangan keluarga  mengantikan makan tengahari atau malam. RASA yakin percubaan anda tidak akan sia-sia kerana kesemua menu ini gerenti sedap, rasa pedas memang sesuai dengan tekak orang Malaysia.

PASTA AYAM KICAP PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm Linguine yang sudah direbus separuh masak
  • 300gm isi ayam dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih | tumbuk halus
  • 1 biji bawang besar | tumbuk halus
  • 2 biji cili padi hiris halus
  • 3 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • Garam dan minyak jagung untuk menumis
  • Herba basil secukup rasa
  • Sedikit air jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak sehingga garingatau kekuningan
  2. Masukkan isi ayam dan gaul rata.
  3. Tuangkan kicap masin dan manis.
  4. Campurkan Linguine dan cili padi.
  5. Tambahkan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
  6. Tambah air jika anda ingin sedikit berkuah.
  7. Pasta sedia dihidangkan.

MIX BEANS PASTA

BAHAN-BAHAN:

  • 200g spageti | rebus separuh masak
  • 1/2 tin kacang panggang  dalam sos tomato
  • 5 batang kacang buncis | potong
  • 2 biji bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Bawang putih ditumis sehingga naik bau dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan kacang buncis kacau sehingga separuh masak.
  3. Tuangkan kacang panggang bersama sos ke dalamnya dan gaul sehingga mesra.
  4. Biarkan seketika dan masukkan pasta dan kesemua bahan lain.
  5. Tutup api dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa
  6. Sedia untuk dihidang.

PASTA SALAD BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 180gm pasta sayuran pelbagai bentuk | rebus Al dente
  • 1/2 biji cili  bengala hijau | dipotong dadu
  • 3 sudu makan  minyak jagung
  • 1/2 sudu serbuk paprika
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu madu
  • 1/2 biji lemon
  • Sedikit daun ketumbar | dihiris halus
  • sedikit garam dan lada hitam
  • 1 botol kosong

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan minyak dan rempah paprika, jintan manis, ketumbar berserta madu ke dalam botol kosong
  2. Goncang sehingga bahan sebati.
  3. Masukkan pasta dan minyak berempah lalu gaul sehingga semua bahan mesra.
  4. Tambahkan lada benggala dan daun ketumbar.
  5. Perasakan dengan garam dan lada.
  6. Perahkan jus lemon sebelum dihidang.

SPAGETI AYAM CILI BENGGALA

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm spageti | rebus al dente
  • 200gm isi dada ayam | hiris
  • 1 biji cili benggala hijau | potong panjang
  • 1 sudu makan bijan hitam
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan air
  • 1 biji bawang bombay | mayang
  • 1 kiub ayam
  • 1 helai daun bay kering
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Sedikit herba parsley kering
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sehingga sedikit kuning lalu masukkan capsicum.
  2. Tumis sehingga campsicum masak. Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak
  3. Kemudian masukkan kiub ayam, daun bay, sedikit herba parsley kering dan air lalu direneh sehingga masak.
  4. Masukkan spageti sudah direbus ke dalam sos dan reneh sehingga masak.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.

MIX VEGETABLE PASTA OLIO WITH CHILI FLAKES

BAHAN-BAHAN:

  • 250g pasta sayuran campuran yang direbus  al  dente
  • 3 biji bawang putih | cincang
  • 2 biji cili padi | hiris halus
  • 1 sudu teh stok ayam
  • 1 sudu makan  jus lemon
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • Garam dan minyak jagung untuk menumis
  • Herba parsley secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili padi, stokayam dan tumis sehingga garing.
  3. Campurkan pasta dan jus lemon.
  4. Tambahkan garam dan herba parsley mengikut cita rasa anda.
  5. Segera hidangkan panas-panas.

FUSSILI GORENG PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm pasta fussili yang sudah direbus separuh masak
  • 1 sudu makan  bawang putih kisar
  • 1 sudu makan bawang merah kisar
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1/2  sudu besar stok ayam
  • 30gm ikan bilis kisar halus
  • Sedikit hirisan  cili benggala merah
  • Garam dan minyak jagung untuk menumis
  • Sedikit Herba ketumbar cincang

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili benggala dan tumis sehingga garing.
  3. Campurkan fussily.
  4. Perasakan dengan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
  5. Fussili sedia dihidangkan.

MACARONI SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm macaroni yang sudah direbus separuh masak
  • 70gm ikan bilis | goreng garing
  • 10 tangkai cili kering | buang biji, rebus & kisar
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 keping asam gelugor
  • Secubit ikan bilis mentah
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula apong
  • Minyak untuk mengoreng

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang besar, bawang merah, ikan bilis, belacan sehingga halus.
  2. Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit.
  4. Bila cili masak garing dan pecah minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.
  5. Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam gelugor, gula apong dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak.
  7. Tambahkan macaroni dan masak sehingga semua sebati.

LINGUINE AYAM LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm linguine yang sudah direbus separuh masak
  • 2 keping peha ayam | potong sederhana
  • 3 cm kunyit hidup | kisar
  • 5 bijicili padi | kisar
  • 2  batang serai | titik
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan stok ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk mengoreng

 CARA MEMASAK:

  1. Kunyit, serai dan cili padi kisar di tumis dengan sedikit minyak sehingga agak garing.
  2. Masukkan air dan stok ayam masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak.
  4. 4.Kecilkan api lalu di masukkan santan berserta pasta.
  5. Pekatkan sos dan ubah suai rasa mengikut cita rasa anda.
  6. Pasta sedia dihidangan

PASTA IKAN BILIS TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm linguine direbus al dente
  • 50gm ikan bilis goreng
  • 5 biji tomato besar masak ranum potong kecil
  • 1 biji bawang Bombay di mayang
  • 1 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 helai daun bay kering
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Sedikit herba parsley kering
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sehingga sedikit kuning lalu masukkan tomato.
  2. Tumis sehingga separuh garing. Masukkan air dan reneh sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan ikan bilis kiub ayam, daun bay dan sedikit herba parsley kering dan biarkan seketika.
  4. Tambahkan linguine yang sudah direbus kedalam sos dan reneh sehingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan lada sulah mengikut cita rasa anda.
  6. Pasta sedia dihidangkan.

MAKARONI AND CELERY OLIO

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm macaroni yang sudah | rebus separuh masak
  • 100g batang celery | cincang halus
  • 2 biji bawang putih | cincang halus
  • 2 biji cili padi |  hiris halus
  • Garam dan minyak jagung untuk menumis
  • Herba basil secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
  2. Masukkan celery dan tumis sehingga garing.
  3. Campurkan macaroni dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
  4. Kacau rata, angkat dan sedia dihidangkan.