Nasi Pandan Kismis Mentega ni sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang ke rumah pada Hari Raya ini. Aroma pandan serta mentega yang memikat selera pasti buat anda tak jemu menikmatinya. Tambahan pula makan bersama Ayam Masak Merah, memang ngam! Untuk nasi lebih sedap, gunakan Anchor Unsalted Butter. Mentega ini merupakan 100% mentega tulen New Zealand. Wajib guna dalam nasi kita. Cubalah nanti. Confirm anak-anak pun suka.
NASI PANDAN KISMIS MENTEGA
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi – cuci bersih
2 cawan air perahan daun pandan
200ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
30gram kismis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh garam
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bunga lawang dan hirisan bawang hingga wangi.
Tuang bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Masukkan air perahan pandan, Anchor Cooking Cream, beras dan garam. Kacau rata lalu didihkan hingga nasi masak.
Apabila bahan cecair telah sejat, masukkan kismis lalu gaul rata.
Tabur lebihan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk pilihan.
Kalau dulu-dulu, tak pekena nasi kandar sekali dalam seminggu memang tak sah. Memang padu la nasi kandar mamak kan.
Namun memandangkan kita dinasihatkan untuk duduk di rumah, maka kena buat sendiri sajalah.
Jom kita cuba buat mengikut resipi yang dikongsi saudari Ella Hussain ini. Memang nampak sedap.
RESIPI MACAM MANA NAK BUAT NASI KANDAR PADU
Tips: *Saya guna serbuk kari jenama Babas naaaa. *Masak kari guna belanga tau, jangan guna periuk. Nanti rasa dia tak ‘kaw’. *Kari yang sedap kena bagi likat dan masak kena 3-4 kali kering air (maksud bila kering, tambah air, kering tambah air), 100% serbuk kari tak guna santan *Untuk kicap, saya guna kicap Mudim Merah
1.Kisar bawang putih, halia, kiub pati ayam dan telur sehingga halus. Ketepikan. 2. Kemudian, ayam dicuci bersih dan toskan. Jangan berair. Kelar sikit isi-isi ayam , untuk bagi masuk bahan perap dalam isi ayam. 3. Dah kisar semua, masukkan dalam ayam yang diletakkan dalam besen.
4. Masukkan juga serbuk kari daging, serbuk kari ikan, serbuk lada, tepung jagung, serbuk lada putih, serbuk kunyit, garam, gula, ajinomoto dan serbuk pasti sedap (yang ni agak-agak la ye. Saya pakai letak saja. Tiada sukatan. Garam jangan banyak sebab serbuk kari dah masin dan daun kari.)
5. Gaul semua dan sebatikan. Perap dulu 4-5 jam. Kemudian, goreng. Api kena panas dan ayam kena tenggelam. Dah masuk ayam, perlahankan semula api. Jangan kecil sangat, sedang-sedang saja.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Ketepikan. 2. Kemudian, masuk minyak masak dalam belanga. Tumis 3 sekawan dan dan halia yang diketuk hingga naik bau. 3. Kemudian, masuk bahan kisar tadi. Kacau sekejap kemudian, tuang terus serbuk kari daging dan serbuk kari ikan. (saya tak bancuh dah, terus tuang dan saya tak reti agak-agak tapi saya bagi sukatan tu, nanti adjust sendiri ye)
4. Tuang air dan tunggu kering dan tambah air lagi. Lepas tu, masuk garam, ajinomoto, gulad dan kiub ayam maggi. (adjust sendiri, tiada sukatan tertentu. Sesedap mulut sendiri naaa)
5. Masak guna api sedang saja. Nanti dia naik minyak tu, rasakan sama ada perlu tambah apa yang patut. Kemudian, tutup api.
6. Nak masuk ayam atau daging, masukkan masa bubuh air tadi supaya empuk dan masak elok. Nak masuk kacang, kentang atau terung ke, boleh saja kalau kari yang ni.
1. Ricik halus bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bawang dengan halba campur dan daun kari. 2. Tuang serbuk kari daging, kari ikan, serbuk cili dan air. Kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto serta serbuk pasti sedap maggi. (tiada sukatan, agak-agak saja) 3. Masak macam kari versi 1. Kering air, masuk air lagi. Ulang 2,3 kali. Kemudian, dekat nak masak, letak sotong. Kacau sekejap dan dah siap. (boleh juga nak letak udang, tak kisah apa).
RESIPI DAGING MASAK HITAM@KICAP SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah 1 biji bawang putih 3 sekawan ½ inci halia | diketuk Daun kari 1 sudu besar serbuk cili Kicap
CARA-CARA:
1.Kisar bawang merah dan bawang putih. 2. Kemudian, tumis 3 sekawan bersama dengan halia dan daun kari. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata. 3. Masukkan serbuk cili. Kacau sekejap, kemudian masukkan kicap (bagi banyak sikit). 4. Kemudian, masukkan daging dan air. Masak sehingga daging empuk. Selepas tu, baru perasakan dengan gula, ajinomoto dan pasti sedap maggi. Tak perlu garam kerana kicap dah masin. Siap.
RESIPI KOBIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kobis | ricik halus memanjang Bawang putih | ricik halus Bawang merah | ricik halus Secubit halba campur Daun kari Secubit serbuk kunyit
CARA-CARA:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau. 2. Kemudian, masukkan kobis, serbuk kunyit, garam, aajinomoto dan pasti sedap. Kacau-kacau. Siap.
CARA HIDANGAN:
*Untuk nasi, saya buat nasi minyak saja. Dalam nasi, letak kas-kas sikit. Dalam hujung sudu je, jangan banyak. (kalau tak suka, jangan letak) *Boleh rebus telur asin dan bendi. *Nak lagi sedap, bungkus dalam kertas surat khabar dan perap semua kuah dalam 5 ke 1o minit. Cubalah, insya-Allah sedap macam dekat kedai mamak.
Kadangkala teringin nak makan nasi minyak tapi tiada pula jemputan ke kenduri kahwin. Bukan semua kedai ada jual nasi minyak, kan? Jadi apa kata kita buat sendiri nasi minyak di rumah.
Tak pernah buat nasi minyak? Jangan bimbang. Ikut sahaja resipi ini. Insya-Allah anda boleh buat nasi minyak umpama nasi minyak di kenduri kahwin.
BAHAN-BAHAN
3 cawan beras basmathi
2 sudu besar mentega/minyak sapi
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 3 sekawan (1 kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga)
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, hijau dan merah
Kismis
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Basuh beras. Kemudian beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya. Masukkan beras dalam periuk nasi. Ketepikan sebentar.
2. Dalam kuali, panaskan mentega. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama-sama.
3. Masukkan pula rempah 3 sekawan dan daun pandan. Tumis lagi.
4. Apabila bawang sudah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam. Kacau seketika.
5. Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Hidupkan api atau tekan suis periuk nasi elektrik.
6. Biarkan nasi masak. Apabila nasi sudah agak kering, titikkan pewarna.
7. Tabur kismis dan bawang goreng.
8. Biarkan 5 minit kemudian baru gembur-gemburkan nasi dengan menggunakan garpu supaya nasi tidak patah-patah.
Anda suka makan Mi Sanggul tak? Mesti pernah jumpa mi ini di kedai tapi buntu memikirkan menu apa yang sesuai untuk dimasak menggunakan Mi Sanggul. Kebiasaannya Mi Sanggul ni sedap dijadikan Mi Sanggul Goreng. Memang sedap dan mudah saja caranya.
Tetapi kali ini, kita olah dan cuba masak Mi Sanggul Kari Berkeju. Tak sangka, sebenarnya mudah saja cara nak membuatnya. Bila dimakan panas-panas, memang sedap tak terkata. Pasti makan bertambah-tambah.
Nak lagi sedap, gunakan Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Cubalah, pasti menjadi. Kami kongsikan resipi untuk anda. Selamat mencuba!