Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya.
Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1.Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2.Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana
Ads
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3.Keringkan Sepenuhnya
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4.Guna Cuka
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
5.Guna Minyak Panas
Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
Ads
6.Goreng Guna Api Sederhana
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7.Tos Minyak Sepenuhnya
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
Ads
8.Simpan Dalam Balang Kedap Udara
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
9.Goreng Secara Berperingkat
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung
Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.
Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.
Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.
Garlic Parmesan Carrot Fries
Lobak Merah
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.
Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.
Kacang Buncis
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Sup daging, sup tulang, sup perut dan sebagainya memang sedap. Makan panas-panas, kuah semangkuk pun habis. Namun dalam sedap kita menikmati hidangan, tak sedar banyak rupanya lemak-lemak yang menyebabkan kolesterol tu dah kita telan. Aduhhh…
Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan nak nikmati sup secara lebih ‘tenang’, boleh cuba kaedah ni. Agak melambatkan kerja-kerja memasak tetapi berbaloi demi kesihatan yang baik.
Selalunya sebelum memasak sup, anda akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu supaya empuk. Sup yang terhasil bukan sahaja mengandungi pati-pati daging malah lemak juga. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
CARA ASINGKAN LEMAK DARI SUP
1. Mula-mula rebus daging atau tulang dengan air biasa hingga empuk.
2. Kemudian asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
3. Ambil ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel . Celup mangkuk berisi ais tadi di permukaan sup (sila rujuk gambar) selama beberapa minit.
4. Hasilnya, lemak-lemak yang ada dalam sup akan melekat pada mangkuk. Ulang beberapa kali hingga anda puas hati.
5. Cara lain untuk asingkan lemak dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Selepas menggoreng makanan seperti ikan dan ayam , bila dah tukar warna hitam biasanya kita akan buang aje. Bila buang ke dalam parit memang mencemarkan alam sekitar. Mulai pada hari ini jangan buat lagi, simpan dan kumpul panggil ejen datang ambil.
.
Kalau nak tahu minyak masak terpakai ini sebenarnya boleh dijual semula. Biasanya restoran makanan menjual balik sisa minyak yang sudah digunakan ini.
.
Kita pengguna biasa pun boleh buat perkara yang sama, ada banyak ejen yang bersedia membeli minyak masak ini. Cikgu Zahran adalah antara orang yang dah menjual minyak masak terpakai dari rumahnya.
Harga Berbaloi
Bagi setiap 1 kg minyak masak terpakai boleh dapat RM1.50. Simpan banyak-banyak dulu baru panggil ejen, barulah berbaloi ejen datang kutip di rumah kita. Paling tidak 50 kg dah dapat RM75 . Boleh beli minyak masak baru nanti.
Cikgu Zahran pernah memperolehi lebih RM 100 selepas menjual minyak terpakai yang dikumpul.
Nak Buat Apa Minyak Tu
Minyak masak tu boleh digunakan untuk menghasil biodiesel untuk kenderaan berat seperti bas.
Di antara ejen yang membeli minyak masak terpakai adalah :