Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? RASA kongsikan beberapa resipi kuih yang mudah, sedap dan membuka selera yang boleh dicuba untuk seisi keluarga. Bukan saja enak, resipi-resipi ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom lihat senarai juadah minum petang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Selamat mencuba.
Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik.
Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
Siapa kata buat karipap ni sukar, kalau ikut langkahnya pasti menjadi. Jika anda peminat karipap, elok buat sendiri puas hati makan. Boleh letak isi penuh tak seperti yang dijual, rupa elok isi pula kurang. Kalau suka inti ayam atau sardin pun enak juga.
Karipap kentang
Bahan-bahan: Bahan Inti:
3 biji kentang (saiz besar.Potong dadu kecil)
300 gm daging kisar
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 sudu besar lada kering *
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
2 pokok daun sup (hiris)
Bahan Kulit Karipap:
500 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 cawan air sejuk ais
1/2 sudu kecil garam
Bahan lain:
500gm minyak (untuk menggoreng karipap)
Cara memasak:
1. Mula mula buat inti.
Kisar bahan *.
Panaskan kuali. Goreng daging cincang hingga mengeluarkan minyak.Tumis bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit. Tambah 1/2 cawan air. Kacau hingga garing dan pecah minyak.Ulang langkah ni 3 kali.
2. Masukkan kentang. Kacau rata.Tambah air secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati dan biar sehingga kentang empuk.
3. Bila kentang hampir empuk, kuah agak kering, tabur hirisan daun sup. Kacau sebati. Bila semua dah masak, tutup api. Sejukkan inti.
4. Panaskan minyak dan marjerin. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Kacau sebati.
5. Tuang minyak panas sikit demi sikit ke dalam tepung sambil digaul dengan spatula. Gaul sebati. Bila dah agak suam, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul sehingga mendapat tekstur macam serbuk roti.
6. Tuang air sejuk sikit demi sikit sambil uli doh. Uli sampai dapat doh yang licin. Perap doh 1/2 jam.
7. Uli lagi doh, buat bulat bulat kecil. Ambil sebiji bebola doh, leperkan dan gelek sampai nipis.
8. Letak doh nipis di atas acuan karipap, letak inti,tutupkan. Kelim semula karipap supaya lebih kemas.
9. Ulang sampai habis karipap.
10. Panaskan minyak. Guna api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas, goreng
karipap. Bila dah garing keperangan, angkat dan toskan minyak. Siap.
Hari ni teringin pula nak makan kuih yang berasaskan pisang. Kebetulan ada beli pisang , ingin nak buat cekodok pisang tapi sementara bekerja dari rumah ni kita rajinkan diri buat talam pisang.Kalau dengan resipi pisang ni pasti sekeluarga suka, pasti habis seloyang nanti.
Talam pisang
BAHAN-BAHAN BAHAGIAN BAWAH
1 cawan pisang dilenyek(saya guna pisang awak)
1 cawan tepung beras
2 cawan santan(saya guna santan segar)
¾ cawan gula(saya kurangkan sebab pisang dah manis) -BELI ONLINE DI SINI
pewarna kuning(ikut suka nak letak ke tidak)
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua ke dalam blender kecuali pisang..blend sehingga sebati.
2.Tuang ke dalam bekas kemudian masukkan pisang..kacau sebati.
3.Tuang ke dalam loyang yang d sapu sikit minyak..kukus lebih kurang 20-25 minit.
4.Pastikan air kukusan mendidih dulu ok dan jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain.
BAHAN-BAHAN BAHAGIAN ATAS:
½ cawan tepung beras -BELI ONLINE DI SINI
1½ cawan santan pekat
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ke dalam blender jugak.. blend sebati.
2.Tuang ke dalam periuk..Kacau sekejap atas api..guna api perlahan.
3.Sebelum nak tuang ambik garfu garis-garis sikit atas permukaan adunan pisang kemudian tuang adunan putih tadi.
4.Kukus selama 20 minit.
5.Kena tunggu betul-betul sejuk baru boleh potong.
Teringin makan murtabak mi segera? Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah, senang sesangat rupanya. Orang-orang bujang mesti suka ni, bahan asasnya hanya mi segera, telur. Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je.. Kalaua nak tahu macam mana masak ini DIY yang Rasa kongsikan dengan korang semua.
MURTABAK MI SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera kari | celur dan toskan
2-3 biji telur | ikut suka
1 biji bawang besar | potong dadu
Sedikit kubis | hiris halus
Sedikit lobak merah | hiris halus
Sedikit isi ayam | rebus dan carik-carik
2 bijicili padi | hiris halus
Sedikit garam | jika kurang masin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan mi segera di dalam mangkuk bersama hirisan sayur-sayuran dan cili.
LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan bawang besar dan dan ayam isi yang telah direbus.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk lain kemudian campurkan dengan serbuk kari mi segera dan kacau sebati.
LANGAKAH 4: Tuangkan di dalam mangkuk campuran mi segera dan sayur-sayuran. Kacau rata.
LANGKAH 5: Kacau sebati supaya telur sekata.
LANGKAH 6: Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran mi segera. Goreng hingga masak.