Teringin nak merasa makanan kampung. Masak lemak kuning sayur ini memang enak di nikmati, cara memasaknya mudah dan menjadi lauk kegemaran tak kira muda atau pun tua.

5 Jenis Masak Lemak Kuning Paling Popular. Menu Wajib Berbuka Puasa!

MASAK LEMAK KULAT SISIR DAN PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk kulat sisir (direndam terlebih dahulu)
  • 1 ikat pucuk paku
  • 1 kotak santan
  • 2 batang serai – diketuk
  • Sehelai daun kunyit – dihiris halus
  • Sekeping asam gelugor/keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air jika perlu

BAHAN KISAR:

  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama santan, serai, asam keping dan daun kunyit.
  2. Masak dan kacau perlahan. Pastikan selalu dikacau untuk mengelak pecah minyak
  3. Kemudian, setelah mendidih masukkan kulat dan pucuk paku. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah kuah pekat tutup api dan hidangkan.

 

5 Jenis Masak Lemak Kuning Paling Popular. Menu Wajib Berbuka Puasa!

REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300 gram rebung
  • 250 gram udang
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 helai daun kunyit – disiat
  • 1 keping asam keping
  • 1 liter santan cair segar
  • 1 biji santan
  • Garam dan gula secukupnya
  • Bahan yang perlu dikisar
  • 20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
  • setengah inci kunyit hidup
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan.
  2. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan segar serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati. Teruskan mengacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul/berbiji2.
  3. Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak.
  4. Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
  5. Siap untuk dihidangkan.

5 Jenis Masak Lemak Kuning Paling Popular. Menu Wajib Berbuka Puasa!

PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg tempoyak
  • bahan perasa secukupnya(garam)

BAHAN DITUMBUK/DIKISAR:

IKLAN
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 biji cili api(ikiut kepedasan masing2)

BAHAN DIHIRIS HALUS:

  • 1 cekak pucuk ubi kayu
  • 1 ikat daun mengkudu
  • 1 ikat daun kaduk
  • 5 helai daun kunyit
  • 4 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kunyit,cili api(ditumbuk @dikisar) ,tempoyak serta santan pekat ke dalam periuk berisi air
  2. Didihkan dan kacau perlahan lahan
  3. Kemudian,masukkan bahan yang dihiris halus tadi lalu kacau hingga mendidih
  4. Masukkan bahan perasa secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidang

5 Jenis Masak Lemak Kuning Paling Popular. Menu Wajib Berbuka Puasa!

PUCUK PAKU MASAK LEMAK

BAHAN_BAHAN:

IKLAN
  • 2 ikat pucuk paku
  • 2 biji keledek oren- dipotong sederhana
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 batang serai – diketuk
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • 2 ulas bawang merah- dikisar
  • 5 tangkai cili padi hijau- dikisar
  • 1 inci kunyit hidup- dikisar
  • sedikit garam, gula, ajinomoto

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih.
  2. Masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
  3. Seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar.
  4. Akhir sekali masukkan pucuk paku.
  5. Masak sehingga pucuk paku empuk.
  6. Sedia untuk dihidang.

 

5 Jenis Masak Lemak Kuning Paling Popular. Menu Wajib Berbuka Puasa!

NANGKA MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg nangka muda yang telah siang disiang
  • 5 – 6 ketul tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
  • 3 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1.5 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 25 biji cili padi kampung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMASAK:

  1. Nangka mudah dicelur hingga 1/2 empuk, toskan. Tulang ikan kurau dicuci, kemudian rendam selama 1 jam. Ketepikan.
  2. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan) dan asam gelugor, kacau dan terus memasak hingga nangka empuk.
  3. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau jika anda ingin rasa yang lebih mantap, biar 1 -2 jam sebelum dihidangkan..