Hidangan Nasi 3 Budak Gemuk ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia. Ada pula sambal padu dan telur dadar goreng, waduh…Kecur liur dibuatnya. Menerusi perkongsian saudari Siti Noor Hidayah Samah, beliau telah berkongsi resipi Ayam Kicap Pedas dan Sambal Gesek ala 3 Budak Gemuk yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK NASI ALA 3 BUDAK GEMUK
AYAM KICAP PEDAS ALA 3 BUDAK GEMUK
BAHAN-BAHAN: Ayam secukupnya- potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam 2 tangkai daun kari 2 batang serai – ketuk 3 sudu makan sos tiram – beli online disini Kicap manis secukupnya – beli online disini Garam secukup rasa Air asam jawa – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Ketepikan. 2. Panaskan minyak sekali lagi dan tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata. 4. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis dengan secukupnya. 5. Seterusnya masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam. 6. Kacau sekejap dan biar rencah mesra dengan ayam. 7. Tutup api dapur dan sedia dihidang.
SAMBAL GESEK
IKLAN
BAHAN-BAHAN: Cili padi merah – kisar halus Cili padi hijau – kisar halus Cili besar merah – kisar halus 1 biji bawang besar – kisar halus 2 ulas bawang putih – kisar halus Jus limau nipis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering. Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing. 2. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap. 4. Tutup api dapur dan sedia dihidang bersama Ayam Kicap Pedas.
Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
1kg santan
½ kg kacang hijau
½ kg kacang kuda
½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
1kg ubi keledek merah
5 tongkol jagung
1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
3 sikat pisang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.
2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih. 3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak. 4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat. 5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau biasa kita melihat onde onde berwarna hijau. Tapi onde onde buah naga nampak cantik dengan warna semulajadi berwarna ungu. Keenakan kuih onde onde menjadi lebih mantap dengan ramuan buah naga di dalamnya.
Resipi dan foto yang dikongsikan Farisha Sofea ini memang menarik sekali. Bukan sekadar sedap tapi buah naga atau dragon fruit juga terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan. Jom lah cuba…
ONDE ONDE BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN :
.
3/4 paket tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 biji buah naga ( dilenyek )
1/2 cawan air
Bahan Lain :
gula melaka ( dipotong kecil )
kelapa parut ( dicampur sedikit garam )
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air di dalam periuk . 2. Satukan kedua dua tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati .
3. Masukkan buah naga dan uli rata .
.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
.
5. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan .
.
6. Masukkan gula melaka dan tutupkan semula doh menjadi bulat dengan kemas .
.
7. Masukkan doh ke dalam periuk dan rebus sehingga doh terapung di permukaan .
.
8. Angkat doh tersebut dan golekkan ke dalam kelapa parut . 9. Ulang proses sehingga selesai .
Sebelum ni viral pasal tauhu sumbat bergedel, kali ini RASA ingin perkenalkan pula Tauhu Sumbat Bakso, penggemar bakso mesti suka. Rasa memang osem sedap ye, pendek kata memang tak rugi korang cuba. Sangat sedap dan sesuai kalau dijadikan hidangan pembuka selera atau kudapan berkhasiat pergi berkelah atau bekal anak ke sekolah ye..
TAUHU SUMBAT BAKSO PEDAS BAHAN-BAHAN:
25 biji tauhu goreng bulat
250gm daging kisar
2 batang lobak merah | parut & cincang halus
3 pokok daun bawang | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris & goreng
3 ulas bawang putih | hiris & goreng
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk sulah
80gm tepung ubi
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1 sudu teh garam
BAHAN SAMBAL (DIKISAR KASAR):
30 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Semua bahan sambal digoreng kecuali garam dan gula. 2. Kemudian, kemudian tumbuk atau kisar kasar dengan garam dan gula secukup.Ketepikan. 3. Seterusnya campurkan semua bahan aduanan bakso kecuali tauhu goreng bulat. 4. Kacau rata dan ketepikan. 5. Belah tak putus tauhu, masukkan sedikit sambal cili tadi kedalamnya dan tambah pula adunan bakso secukupnya.
6. Kukus selama 20-25 minit.
7. Panaskan minyak dan goreng Tauhu Sumbat Bakso, hingga perang.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
9. Boleh saja terus hidang Tauhu Sumbat Bakso Pedas ini selepas kukus, terpulang cita rasa.