Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Kupas keledek kemudian kukus hingga empuk. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan 2. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung ubi dan secubit garam. 3. Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh keria. Bulat-bulatkan doh keria, kemudian leperkan dan buat lubang di tengah-tengahnya.
4. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak 5. Sementara itu, campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati. 6. Tutup api, dan terus gaul hingga gula melekat dan menyaluti semua bahagian kuih keria. Kuih keria sedia dihidangkan.
100gm tepung beras 3 sudu makan tepung jagung – beli online di sini 1 liter santan dari sebiji kelapa 2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur. Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata. 2. Tapiskan ke dalam periuk. Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api. 3. Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
4. Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati. 5. Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garfu. 6. Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi. Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus. Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
Ads
ONDE-ONDE KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 cawan keledek (yang telah direbus) 2 cawan tepung pulut 1 ketul gula melaka | potong dadu kecil 2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut. Tambah sedikit air jika perlu. 2. Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula. Kembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis. 3. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde. 4. Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang. 5. Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi. Sedia dihidangkan.
Ads
BUBUR KELEDEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil 1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil 2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau ½ cawan gula pasir Secubit garam 500 ml santan 150ml susu cair 1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan. 2. Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk. 3. Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air. 4. Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana. 5. Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu. 6. Sebelum angkat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api. Bubur sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi ayam lemon rangup ini kalau dimasak dan dihidangkan di rumah confirm akan jadi kesukaan anak-anak.
Rasanya yang masam manis dan sedikit pedas bersama ayam rangup cukup sedap sekali. Ayam lemon ini boleh dijadikan lauk atau diratah begitu saja pun boleh.
Resipi ayam lemon yang sedap dan rangup
Bahan-bahan untuk ayam goreng
Ayam – dibersihkan dan dipotong
Tepung ayam goreng Bestari
Bahan-bahan sos lemon
Bawang putih
Sos lemon
Cili flakes
Garam
Gula
Bijan (sagai dulu)
Cara membuat ayam lemon
1. Masukkan ayam dalam bekas, kemudian tuang tepung ayam goreng. Gaul hingga semua ayam disaluti tepung.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup dan masak. Sekiranya menggunakan ayam saiz besar, pastikan api tidak terlalu kuat agar bahagian dalam ayam masak sekata.
Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya boleh buat sos lemon, kupas bawang putih dan cincang halus.
4. Kemudian, sangai bijan sehingga kekuningan dan ketepikan.
5. Di dalam kuali, tumis bawang putih menggunakan mentega. Pastikan api perlahan supaya tidak cepat hangus.
6.Masukkan cili flakes dan kacau sehingga sebati.
7. Tuangkan sos lemon. Sekiranya kuantiti ayam banyak, boleh tuang semua sos. Sos akan rasa masam, manis dan sedikit pedas.
8. Masukkan ayam goreng rangup dalam kuali dan gaul sebati.
9. Akhir sekali taburkan bijan di atas ayam. Sedia untuk dihidangkan.
Menu Ayam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis.
AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN A:
Ayam – dipotong
1 batang serai – kisar
1 hiris halia – kisar
1 ulas bawang putih – kisar
3/4 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh perencah Hilal
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
1/2 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
BAHAN C:
2 biji cili merah – kisar
1 1/2 sudip cili kisar
3/4 sudu makan gula melaka hancur
1 1/2 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa
Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
1/4 cawan air
3/4 sudip sos cili
BAHAN D:
1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)
2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili merah kisar.
5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.
7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.
8. Masukkan sos cili. Kacau rata.
9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.
10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.
Bagi para peminat K-pop, boleh pakat cuba resipi Kimbap ni. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Maklumlah, jika beli di restoran makanan Korea, segulung Kimbap sudah berapa harganya. Memang mahal. Jadi jom cuba buat secara homemade guna resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Makan pula dengan Kimchi. Aduhai. Sedapnya….Pasti puas hati.
CARA BUAT KIMBAP KOREA SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 2 cawan beras sushi 1 sudu teh minyak bijan Secubit garam halus Kepingan rumpai laut – boleh beli pasar raya Tikar penggulung
BAHAN INTI: 1 ikat bayam hijau 1 batang timun 1 batang lobak merah 3 biji telur Hirisan daging secukupnya Sos tiram secukupnya Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK NASI: 1. Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari. ( info RASA: Boleh ikut sukatan pada pek beras) 2. Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk. Kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.
INFO: Kalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.
CARA MEMASAK INTI: 1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan. 2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yang berjus. 3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang. Kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam. 4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan sedcubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang. 5. Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej.
CARA GULUNG KIMBAP: 1. Tebar tikar penggulung. 2. Alas sekeping rumpai laut. 3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut. ( Pastikan ada ruang).
4. Letak inti satu persatu. Jangan kedekut. Lagi banyak inti, lagi sedap.
5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.
6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu. ( info RASA: Boleh dilakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan Kimbap hingga rata)
7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayones jenama Kewpie diatas Kimbap. Memang sedap.