Snek ringan tentunya menjadi pilihan ramai. Makan sambal tonton televisyen, memang ralit dibuatnya. Buat sebalang, sekejap je boleh habis. Malah, kudapan snek ringan sebegini juga boleh dijadikan punca rezeki bagi mendapatkan pendapatan sampaingan. Kos pun tak banyak. Nak cuba? Puan Shida Yasin ada kongsikan resipinya.

 

4 IDEA SNEK RINGAN BOLEH TAMBAH PENDAPATAN

 

1. BEPANG KACANG TANAH

BAHAN -BAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian tumbuk kasar. Ketepikan.
2. Bijan digoreng tanpa minyak. Taburkan atas loyang aluminium yang akan diletak kuih Bepang Kacang nanti. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan letakkan gula. Biarkan sedikit cair. Kemudian masukkan minyak masak.
4. Masak lagi sehingga gula cair dan menjadi warna karamel.
5. Masukkan kacang yang telah ditumbuk. Gaul sebati dan tuang dalam loyang yang ditabur dengan bijan tadi.
6. Balut senduk kayu dengan plastik yang disapu minyak kemudian ratakan ke seluruh loyang.
7. Potong masa tengah panas untuk bentuk Bepang Kacang yang cantik. Sejukkan dan boleh masuk dalam bekas kedap udara.

 

2. KACANG TANAH SALUT TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm kacang tanah – kupas, sangai, biarkan dingin dulu
  • 2 biji telur
  • 4 sudu makan margerin yang dicairkan (beli online disini)
  • 150gm gula halus
  • 6 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 400gm tepung gandum (beli online disini)
  • 100gm tepung ubi (beli online disini)
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Campurkan telur, margerin, bawang putih, gula halus dan garam. kacau rata.
2. Tuangkan 2 sudu makan adunan telur ke dalam kacang, gaul hingga rata.
3. Tuangkan ke dalam bekas campuran tepung gandum dan tepung ubi. gaul gunakan rata dan pastikan ia tidak melekat.
4. Tuang pula dalam bekas jarang dan ayak supaya lebihan tepung jatuh ke bawah. Lakukan proses yang sama hingga kacang habis.
5. Goreng dalam minyak panas di atas api sderhana hingga warna kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyak, setelah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.

IKLAN

 

3. REMPEYEK KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket tepung beras (beli online disini)
  • 200ml santan kotak campur dengan 1 cawan air
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh kapur makan (beli online disini)
  • 100gm ikan bilis – dibelah dua dan
  • 500gm kacang tanah – goreng separuh masak
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng yang secukupnya.

BAHAN KISAR:

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum dan garam.Masukkan telur satu demi satu. Sebatikan.
2. Masukkan bahan kisar dalam bekas adunan tepung.
3. Kemudian tuang santan yang telah dicampur air sedikit demi sedikit. Adun hingga mendapat adunan yang cair.
4. Tambahkan kapur makan. Kacau lagi sehingga sebati.
5. Masukkan kacang dan ikan bilis ke dalam bancuhan tepung. Sebatikan.
6. Panaskan kuali dengan minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
7. Sendukkan adunan rempeyek perlahan-lahan ke dalam kuali. Masak hingga rempeyek kekuningan.
8. Angkat dan toskan minyaknya.
9. Bila rempeyek telah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

 

4. KACANG BAWANG PUTIH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kacang kopek/ shandung – belah dua
  • 20 ulas bawang putih – kisar menjadi pes
  • 20 ulas bawang putih – hiris halus
  • Daun kari secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan kacang yang telah dibelah dua hingga bersih.

2. Didihkan air bersama pes bawang putih (simpan sedikit pes untuk digaul nanti), garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.

3. Masukkan kacang yang telah dibersihkan tadi. Kacau dan biar selama 3 minit. Padamkan api.

4. Biarkan kacang terendam dalam air rebusan selama 10 minit. Kemudian toskan.

5. Gaulkan kacang bersama pes bawang putih, garam dan sedikit perasa hingga rata. Letak dalam dulang dan biarkan semalaman supaya kacang menjadi kering.

6. Panaskan minyak masak dalam jumlah yang banyak. Masukkan sedikit kacang ke dalam kuali dan goreng hingga separuh masak.

IKLAN

7. Masukkan sedikit hirisan bawang putih dan daun kari. Goreng lagi hingga kacang masak sepenuhya. Ulang proses hingga kacang habis digoreng.

8. Angkat, toskan minyak dan biar kacang sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Burger Prosperity Homemade. Lengkap Dengan Cara Buat Patty Daging & Sos Padu

“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam

Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!

Resipi Kuih Tepung Bungkus Sedap Untuk Minum Petang

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official