Biasanya bila sebut menu sardin ni, mesti asyik masak sardin tumis, gulai dan goreng.
Apa kata kali ini, kita cuba menu baru dengan menggunakan sardin ala-ala fusion. Mudah dan sedap tau!
IKAN SARDIN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya
Ads
BAHAN KUAH PERCIK:
500ml santan kotak – beli online di sini 1 batang serai | titik 1 keping asam gelugor ½ helai daun kunyit | carik dan simpul 5 tangkai cili kering | kisar – beli online di sini 4 ulas bawang merah | kisar – beli online di sini 2 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini 2 cm halia | kisar 2 biji buah keras | kisar Garam dan gula secukup rasa
1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan. 2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan. 3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. 4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit. 5. Kacau hingga kuah pekat. 6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah Sedikit cili benggala | dadu halus 1 pokok daun bawang | hiris halus ½ biji buah tomato | dadu halus ½ biji bawang Holland | dadu halus 1 biji bawang putih | cincang halus 1 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan minyak masak
1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu. 3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak. 4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata. 5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Setelah kuah kering, tutup api. 7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk. 8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata. 9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. 10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi. 11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama. 12. Angkat dan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Anda pernah cuba buat sendiri keropok lekor di rumah? Jika tidak pernah, anda harus cuba resipi perkongsian saudari Nurul Suraya Mohd Khazali ni. Sedap sangat! Malah hasilnya juga sangat lembut, segar dan yang paling penting, terjamin kebersihannya. Bila buat sendiri, anda boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa ragu. Bahan yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas. Jadi, selamat mencuba!
RESIPI KEROPOK LEKOR HOMEMADE 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan sardin segar/selayang – dikisar halus
2 cawan tepung ubi/sagu
1 sudu garam halus
1 sudu kfc soda bikabonat (tak letak pun tak apa)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan buang tulangnya. Kisar hingga halus.
2. Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bentukkan menjadi saiz keropok lekor yang biasa dijual di kedai.
4. Panaskan air hingga mendidih dan rebus keropok lekor hingga masak. Angkat dan toskan airnya.
5. Setelah keropok sejuk, potong kecil dan goreng. Sedia untuk dinikmati.
Sambal bilis garing memang dah sedap, tapi kena rasa sambal bilis garing salted egg pula. Yang ini memang lagi sedap. Makan sambal ini saja dengan nasi putih pun dah enak.
Sambal bilis garing salted egg ini sesuai dibuat stok di rumah, kalau rasa malas masak boleh goreng telur mata. Rasanya masin, manis, pedas ini memang secukup rasa. Cara membuatnya dikongsi oleh Zainor Shima Ihsan
Resipi sambal bilis garing salted egg
Bahan-bahan:
500 gram cili kering
500 gram ikan bilis dibela
Bawang goreng segera
Gula halus/gula pasir ( dikisar)
Garam bukit
Serbuk cheese (jika suka)
2 ketul kuib ayam
Serbuk perasa
Serbuk salted egg – Bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam
Cara membuat:
1. Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Kemudian goreng dalam minyak panas seketika, jangan sampai hangus.
2. Kemudian guna pengirang kering, kisar cili kering tadi bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.
3. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada dua bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
4. Panaskan minyak, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.
5. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
6. Kemudian, masukkan cili kering dikisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese.
7. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus. Kemudian tutup api. Siap! Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
Memang lain dari yang lain resipi aiskrim bluemint ni. Senang je nak buat aiskrim bluemint ni yang penting ada bahan utama dia iaitu gula-gula Dynamite yang dalam dia coklat dan salutan luar dia rasa bluemint. Resipi asal telah dikongsikan oleh Che Marlyah Ina Saad di Facebook melalui Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official dan kebanyakan komen telah mencuba resipi aiskrim bluemint dan sangat berpuas hati!
Ibu di rumah tu bolehlah cuba resipi aiskrim bluemint ini untuk anak-anak di rumah yang suka makan aiskrim batu Malaysia. Sekali sekala buat perisa lain dari yang lain apa salahnya kan?
Jom kita cuba!
AISKRIM BLUEMINT
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair.*
1 tin susu pekat manis.*
4 tin air.*
1/2 sudu kecil garam.*
5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Di bancuh dengan air dahulu.)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
Kacau bagi sebati dan mendidih jap.
Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...