Kalau di Malaysia sebut sahaja ‘burger special’ akan teringat stall kecil yang banyak berniaga di tepi-tepi jalan di kawasan rumah dan mesti kita ada stall kegemaran. Mesti antara kita pernah memesan burger special daging atau ayam iaitu burger yang dibalut dengan telur.

“Bang saya nak burger daging…special ye”

“Ok! siap… satu burger daging special”

Tahukah anda? ‘burger special’ Malaysia sudah viral dan menjadi kegilaan penduduk New York. Burger yang hanya dijual tepi jalan sama seperti di Malaysia sudah menjadi sensasi kerana mereka sanggup beratur panjang untuk merasa sendiri kesedapannya. Hasil perkongsian INSIDER food menjadi viral di faceboon mendapat 31 000 likes setakat artikel ini ditulis.

Ini adalah usaha The Malaysian Project dalam mempromosi makanan ala Malaysia di New York. Burger special yang dijual menggunakan daging buatan sendiri dengan ramuan istimewa tapi mengekalkan ciri istimewa malaysia. Mungkin ia adalah perkara baru bagi orang di sana makan burger yang berbungkus dengan telur. Selain itu ada pelbagai hidangan lain yang turut dijual. Untuk pengetahuan semua makanan yang dijual The Malaysian Project tidak halal bagi yang beragama islam. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia memang berbanga atas pencapaian mereka dalam mempromosi makanan Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI ARTIKEL INI:

Tahniah! Dato’ Fazley Yaakob Terima Anugerah Alumni Paling Cemerlang Le Cordon Bleu