
Bawang goreng memang enak diletak dalam pelbagai hidangan masakan. Jika buat sendiri secara homemade, rasanya memang lebih sedap berbanding bawang goreng yang dibeli. Cuma kadang-kala, kita tak tahu cara betul untuk pastikan bawang goreng ni kekal rangup dalam tempoh masa yang lama. Jom cuba cara ni. Boleh buat stok untuk puasa.
DIY BAWANG GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 5 paket bawang merah rose
- 2 labu bawang putih
- 1 sudu makan garam
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rendam bawang rose dan bawang putih dalam air selama 1/2 jam. Kemudian toskan bawang dan kupas kulit.
2. Basuh bawang tadi hingga bersih dan keringkan. Boleh letak atas tuala bersih supaya betul-betul kering.
3. Hiris bawang nipis-nipis kemudian gaulkan dengan garam. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak masak dengan secukupnya. Bila dah betul-betul panas, sederhanakan api dan masukkan bawang. Kacau selama 4 minit.
5. Kemudian kuatkan api selama 60 saat. Pada waktu ni, pastikan bawang sentiasa dikacau. Kemudian kecilkan api. Teruskan mengacau bawang sehingga masak sekata.
6. Angkat bawang goreng dan toskan minyaknya. Letak dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum ditutup.
7. Untuk kekal rangup, letak bawang goreng dalam bekas dedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya bawang goreng memang tahan lama.
Kredit resipi & foto: Parmiati Binti Suyudi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Overnight Oat Mudah Buat Untuk Sahur

Isi Kandungan
ToggleBijirin oat yang diolah menjadi Overnight Oat sangat bagus untuk diambil di sepanjang bulan puasa ini. Jika anda kurang menggemari sajian berat, menu ini antara yang terbaik. Selain enak dan berkhasiat, ia juga mudah disediakan dan mampu membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Hanya tambah beberapa bahan pilihan, nah… menu sahur terbaik sudah tersedia.
Menerusi perkongsian saudari Cuckoo Izz, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Overnight Oats. Ia adalah salah satu cara yang boleh membantu anda menikmati bijirin ini dalam cara lebih sedap. Ada 6 resipi yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
1. OVERNIGHT OATS WITH APPLES
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats – beli online disini
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu makan madu – beli online disini
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
Separuh biji epal hijau – potong kecil
CARA-CARA:
- Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bekas. ( INFO RASA: sebaiknya bekas kaca berpenutup).
- Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman atau paling minimum 4 jam sebelum dinikmati.
2. OVERNIGHT OATS WITH GRAPES
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu madu
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil) – beli online disini
5-6 biji anggur hijau
1 sudu besar greek yogurt
CARA-CARA:
- Campur kesemua bahan-bahan diatas.
- Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.
3. OVERNIGHT OATS WITH NUTS
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil hershey choc syrup
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
1 sudu besar hazelnut
1 sudu besar greek yogurt
CARA-CARA:
- Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
- Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau paling minimum 4 jam.
INFO: Yang ni sedap sebab ada kacang. Nak lagi rangup, letak kacang sewaktu nak makan.
4. OVERNIGHT OATS WITH NUTS, GREEN GRAPES AND APPLE
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil hershey choc syrup
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar pumpkin seeds / kuaci biji labu
1 sudu besar hazelnut
1 sudu besar greek yogurt
Suku biji epal hijau
3 biji green grapes / anggur hijau
CARA-CARA:
- Masukkan semua bahan dalam bekas bersesuaian.
- Sejukkan dalam peti sejuk minimum 4 jam. Lebih sedap jika dibiarkan semalaman.
5. OVERNIGHT OATS WITH BLACK GRAPES
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar greek yogurt
5-6 biji black grapes/ anggur hitam
CARA-CARA:
- Campurkan sahaja bahan-bahan diatas dalam bekas bersesuaian.
- Biarkan dalam peti sejuk semalaman atau minimum 4 jam.
- Boleh dijadikan on the go breakfast. Mudah!
6. OVERNIGHT OATS WITH POMEGRANATE AND KIWI
BAHAN-BAHAN:
4-5 sudu besar rolled oats
100ml fresh milk/low fat milk ( susu segar dalam kotak)
1 sudu kecil chia seeds
7-9 biji kismis (sunnah nombor ganjil)
1 sudu besar greek yogurt
1 sudu besar delima
Sebiji kiwi – kupas kulit dan potong kecil
CARA MEMASAK:
- Campur sahaja bahan-bahan diatas ni.
- Kemudian biar dalam peti sejuk semalaman atau paling cepat 4 jam sebelum dinikmati.
Yang ni memang sedap sangat!
Selamat mencuba!
INFO DARI RASA:
- Greek yogurt boleh diperolehi di pasaraya.
- Selain bahan-bahan yang dinyatakan diatas, boleh tambah aneka buah-buahan, kekacang atau bijirin mengikut citarasa masing-masing.
- Sesuai dinikmati sewaktu sarapan. Boleh juga makan pada waktu-waktu lain.
- Overnight oats yang dibuat, sebaiknya dihabiskan. Jika baki disimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama, dikhuatiri tidak enak.
Kredit resipi & foto: Cuckoo Izz
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
2 Idea Buat Bekal Ke Pejabat, Tak Payah Keluar Beli Lunch

Isi Kandungan
Toggle
Waktu masih lagi PKPB ni, elok juga kita rajin-rajinkan diri buat bekal makanan ke pejabat. Tak perlulah kita kerap keluar membeli makanan untuk dimakan pada waktu rehat.
RASA berikan dua idea untuk dimasak sebagai hidangan makan tengah hari di pejabat. Resipi ini ringkas je. Bukannya kita nak makan beria-ia makan lunch di pejabat kan?
BEBOLA MI
BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1 biji telur ayam
1/2 cawan isi ayam (rebus dan carik-carik)
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1/2 cawan serbuk roti
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
2. Keluarkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk adunan. Kemudian campurkan dengan daun bayam, cili benggala dan lobak merah.
3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
5. Bulat-bulatkan doh hingga habis.
6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
SOSEJ MI GULUNG
BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu makan tepung ubi
5-6 biji sosej ayam (potong dua)
Lidi sate secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata.
2. Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
3. Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi sate. Lakukannya hingga habis.
4. Panaskan minyak. Goreng koktel yang telah bersalut mi sehingga garing.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.
Selamat mencuba!
Wrap Nuget Ayam Untuk Anak-Anak Sempena Cuti Sekolah

Isi Kandungan
ToggleMenu ni kalau buat gerenti anak-anak suka.Ia mudah, cepat dan anak-anak pasti akan makan.Nutrisi pun boleh kata seimbang. Kalau nak sihat lagi, gunakan ayam tidak terproses.Bila makan rangup nugget bersatu dengan timun dan kulit wrap pun sedikit rangup, memang puas hati makan. Dalam tetap juicy.Wrap ni tak mudah terburai.
Syaratnya isi jangan basah sangat dan ikuti tip yang dikongsi.Ini tip macam mana nak elak wrap terburai.
Wrap Nuget Ayam
Bahan-bahan: 2 orang makan
- 2 keping kulit wrap
- 4 biji nugget Ayam
- 1 batang timun kecil
- 4 biji tomato ceri
- 2 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar mentega kacang
Cara membuat:
1.Nugget ni kita masak dalam airfryer sahaja. 5-10 minit suhu 180-200°C,
terbalikkan, dan ulang satu pusingan lagi. Agak-agak sampai nugget tu benar-benar masak.
2.Sementara nak tunggu nugget masak, kita potong sayur-sayuran.Sayur yang lazimnya saya letak adalah timun, tomato, romaine lettuce, kerana sayuran ni tak pahit.Anak-anak akan makan.
3.Nugget ayam yang dah masak perlu di potong dadu atau jejari macam ni. Kalau tak potong sukar nak balut wrap kita nanti.
4.Sapukan mentega kacang. Saya letak mentega kacang agar nanti sayur dan nugget tu tak mudah jatuh semasa hendak dimakan.Isi akan melekat pada wrap. Itu trik agar makan dan berkecah.
5.Susun cebisan nugget dan sayur-sayuran di atas mentega kacang.InsyaAllah masa balut pun nanti, isi wrap ni akan duduk diam, tak menggelongsor ke sana ke mari.
6.Letak mayonis dan sos cili. Kalau ada sos keju, boleh letak.Kalau nak letak gajah pun pun dipersilakan. Kalian yang nak makan,kan? Letaklah apa yang kalian suka.
7.OK balut. Calit sedikit hujung wrap tu dengan mentega kacang sebagai pelekat.
8.OK, belum siap. Ada lagi langkah yang kita belum buat. Kalau makan sekarang,
kulit wrap ni masih mudah terburai keluar isi perut dia. Jadi kita lakukan langkah kontigensi.
9.Masukkan semula dalam airfryer. Pastikan bahagian yang bertindih tu, menghadap ke bawah.Kalau hadap atas, masa kita airfry, dia akan ternganga. Airfry 200°C untuk 3-4 minit.
10.Terbalikkan. Ulang lagi 3-4 minit atau sampai ada kerangupan sedikit pada kulit wrap.
Bila dah rangup sikit, maka ia tak akan terbuka dah. Bentuk dia dah tetap.
11.Dah siap. Saya ada tambah sedikit lagi sayur dan sos itu atas bukaan wrap tadi supaya lebih penuh,meriah dan menyelerakan. Hidanglah dengan apa-apa sos kesukaan kalian. (Jangan sos tiram)
Kredit:Kamarul Ariffin Nor Sadan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official