Dengarnya di Ipoh nama  ‘Cendol Abang Kacak’ sudah viral di laman sosial. Dengan menggunakan motosikal roda tiga, Abang sado yang bernama M. Kelvinraj baru sahaja berumu 18 tahun menyimpan ini bercita-cita untuk membantu bapanya membuka kedai menjual condol suatu hari nanti, anak kedua daripada empat beradik itu berharap bukan hanya wajahnya menjadi bualan ramai, malah keenakan cendol hasil air tangan ibunya itu turut meniti dari bibir ke bibir.

 

Viral! ‘Cendol Abang Kacak’ Ipoh Mali Jadi Tumpuan Sebab Kesedapannya Tau!

 

“Pada hujung minggu sahaja saya akan berniaga di Jalan Bandar Timah di sini berhampiran Plan B Ipoh, pada hari bekerja saya akan berniaga di Jalan Yang Kalsom kerana lebih ramai pelanggan.

“Saya sudah membantu keluarga menjual cendol ini sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka akan menjadi viral dan terkenal seperti baru-baru ini,” katanya

 

Viral! ‘Cendol Abang Kacak’ Ipoh Mali Jadi Tumpuan Sebab Kesedapannya Tau!

Memilih Jalan Yang Kalsom sebagai lokasi utama menjalankan perniagaan Wawasan Cendol milik keluarganya sejak setahun lalu. Kelvinraj berkata kebanyakan pelanggan setianya memberitahu keistimewaan cendolnya itu terletak pada rasa gula melaka serta santan asli. Pada hari biasa, dia mampu menjual kira-kira 150 mangkuk dan bungkus cendol manakala pada hujung minggu pula angka itu bertambah kepada 300. Wow! hebat betul..

 

Viral! ‘Cendol Abang Kacak’ Ipoh Mali Jadi Tumpuan Sebab Kesedapannya Tau!

IKLAN

 

“Mungkin ramai penjual cendol lain mencampurkan gula melaka dengan gula pasir selain mencampurkan santan dengan air kerana mahu jimat, namun resepi yang digunakan emak saya ini menggunakan seratus peratus gula melaka dan santan asli,” katanya.

 

Perniagaan Wawasan Cendol yang dimulakan sejak setahun lalu menawarkan pelbagai pilihan cendol seperti cendol jagung, kacang dan pulut dengan harga lingkungan RM3 hingga RM4.50. “Selalunya saya akan berniaga sekitar tiga hingga empat jam sehari iaitu dari 12 tengah hari hingga 4.30 petang bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang,” katanya.

Jadi jika kamu bercuti ke Ipoh, Perak boleh singgah sebentar untuk menikmati Cendol Abang Kacak kita ni, mesti hilang haus dibuatnya!

 

IKLAN

Viral! ‘Cendol Abang Kacak’ Ipoh Mali Jadi Tumpuan Sebab Kesedapannya Tau!

Cara Mudah Buat Cendol Yang Sedap dan Simple! Paling sedap nak minum cendol kalau dapat buat sendiri, apa kata korang cuba resepi cendol yang pasti sedap dan mudah nak dapat bahannya. Cara buat cendol sendiri sangatlah simple!

Sumber: Mstar / Gambar: Natrah MJ

 

IKLAN
Viral! ‘Cendol Abang Kacak’ Ipoh Mali Jadi Tumpuan Sebab Kesedapannya Tau!
Gambar: Vkeong.com

Resepi Cendol Mamak Sedap & Simple

BAHAN-BAHAN CENDOL:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • 1 sudu tepung jagung
  • Garam
  • Pewarna hijau
  • 1 sudu kecil air kapur

 

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula masukkan semua bahan tu dalam priuk dan masak di atas api sederhana hingga kental dan mengkilat.
  2. Kacau terus supaya tidak hangus.
  3. Lepas tu dah masak, masukkan adunan cendol dari kuali tu  dalam acunan murukuyang bawahnya dah siap air sejuk.
  4. Tekan kedalam air sejuk tu, kan hasil bulat panjang tu cendol.
  5. Lepas tu simpan sekali dengan airnya tu dalam peti sejuk.

 

CARA BUAT AIR CENDOL:

  1. Mula-mula masukkan 1/2 kilo pati santan segar dalam periuk bersama garam sikit.
  2. Tak perlu korang masak cukup tambahkan ketul ais je supaya tahan lebih lama.
  3. Masak diatas api sederhana air gula malaka bersama gula merah dan daun pandan, masak lebih kurang 1 jam saja.
  4. Tambahkan bancuhan tepung jagung tuk melikatkan tu.
  5. Hidangkan bersama jagung manis, kacang merah dan lainnya kut citarasa korang.

Kongsi resipi: resepimasakanlengkap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI