Buah Naga kaya dengan  manfaat kecantikan dan kesihatan. Kandungan antioksidan dan vitamin C nya dikatakan mampu mengekalkan keremajaan kulit  serta menentang radikal bebas dalam tubuh yang boleh menghalang pertumbuhan sel kanser.Kandungan karotena turut dikaitkan dengan antikarsinogenik yang membantu menjauhi pertumbuhan tumor. Sementara  warna merah pada buah naga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser prostat.Paling  penting, buah Naga membantu mengurangkan kolestrol dan mengurangkan masalah berkaitan jantung.

Kandungan serat dalam buah naga pula membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Oleh itu, pengambilan buah naga secara rutin membantu menjauhi penyakit diabetes dan melancarkan proses penghadaman, mengurangkan masalah sembelit dan segala masalah berkaitan usus.

Bagi mendapatkan manfaat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan, selain dimakan begitu sahaja, buah Naga juga boleh dijadikan jus, puding ataupun kek. Berikut tiga menu berasaskan buah naga RASA kongsikan bersama pembaca semua.

PUDING BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  2. Tutupkan api.
  3. Masukkan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  5. Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk.

Ini 3 Menu Buah Naga Yang Sedap & Berkhasiat, Nak Cantik & Sihat  Boleh Cuba Ye!

KEK BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung kek/superfine
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 1/2 cawan buah naga lecek
  • sedikit buah naga didadu
  • 1 biji telur A
  • Esen vanila

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
  4. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
  5. Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
  6. Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
  7. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.

Ini 3 Menu Buah Naga Yang Sedap & Berkhasiat, Nak Cantik & Sihat  Boleh Cuba Ye!

JUS BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah naga
  • 1 tin aiskrim soda
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 gelas ketulan ais secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kupas buah naga dan potong kiub.
  2. Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
  3. Kisar hingga hancur.
  4. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI