Paling mudah buat ialah menu ni. Sambal Lado Telur Goyang. Lauk ni satu pun untuk makan tengah hari dah memadai, sehari satu resepi.Makan dengan nasi panas,goreng ikan masin gelama, renjis kicap. Aduhai selera makan menjadi-jadi.
Sambal Lado Telur Goyang
Bahan-bahan:
3 biji telur-pecahkan dekat mangkuk
1 senduk minyak
1 sudu besar gula
Sedikit air asam jawa
Garam & perasa secukupnya
Bahan-bahan tumbuk:
15 biji cili padi
2 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-tumbuk halus
½ labu bawang besar-hiriskan
Cara memasak:
1.Tumis dalam 1 senduk minyak bahan-bahan tumbuk tadi.
2.Tambah gula.
3.Biar sampai garing sikit.
4.Air asam jawa sikit bancuh masuk dalam lesung.
5.Tuangkan telur di 3 bahagian kuali, ketepikan sikit bumbu tu, tuang air dari dalam lesung tadi.
6.Tutup pakai tutup periuk kira 1-10 minit.
7.Buka dan letak garam dan perasa.
8.Siap untuk dihidang.
Kredit: Azlina Ina Fans
Nampak Sedap & Berlumut Cantik Je Agar-agar Pandan Santan Ni, Jom Cuba Buat
Cara Masak Sambal Taucu Ikan Bawal. Resipi Mudah & Merecik Sedap
Buat Sendiri Botok-Botok Johor Yang Sedap, Ini Cara Paling Senang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Telur Bungkus Homemade Yang Sedap, Lembut & Tak Pedas. Sesuai Untuk Pikat Selera Anak.
Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak masak menu telur Bungkus hari ni atau hujung minggu nanti? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang boleh dicuba.
TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
- Isi ayam – dipotong kecil
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
- 1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
- 1/2 biji tomato – dipotong dadu
- Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
- 2 biji telur
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos Thai
- 1 sudu makan sos tiram
- Secubit garam
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
11. Siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nor Shakinah Md Zainal
Telur Cili Kering Berempah Yang Mudah Dan Jimat Masa Di Dapur!
Resipi Telur Cili Kering Berempah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook ni memang sangat membantu lagi-lagi bila kita nak cepat siap masak ataupun nak makanan yang ringkas tapi sedap! Sebelum masak lauk ni, jangan lupa masak nasi dulu tau nanti bila lauk dah siap tinggal cedok nasi makan masa masih hangat lagi gerenti menambah nasi ni lupa terus diet. Jom kita cuba resipi ini.
TELUR CILI KERING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur(direbus Dan dibuang kulit)
2 batang daun kari – BELI DI SINI
Cili kering 10-15 batang (Direndam air panas, dan dikisar kasar@tumbuk – BELI DI SINI
Serbuk Kari daging 2 sudu besar
Serbuk Belacan 1½ sudu kecil
1 biji tomato (dibelah 4@6)
Bawang putih 2 ulas(dihiris)
½ biji bawang besar dihiris
Ikan bilis 2 sudu besar (jika suka)
Gula 1 sudu besar
Garam
Serbuk perasa (knorr@maggi)
Air asam jawa 1 sudu besar
2@3 sudu besar santan kotak(jika suka) – BELI DI SINI
Minyak masak (untuk menumis)
CARA PENYEDIAAN:
1)Panaskan minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, dan daun kari..tumis sehingga naik bau dan keperangan
2)Masukkan cili kering yang dikisar tadi,masak sehingga pecah minyak.
3)Masukkan serbuk kari dan masakkan rempah dengan sempurna dan pecah minyak
4)Masukkan air asam jawa, serbuk belacan, gula, garam, dan serbuk perasa…perasakan dengan secukup rasa yang dimahukan (MASUKKAN IKAN BILIS JIKA MAHU)
5)Masukkan telur dan tomato, gaul sehingga rata dan sebati..
6)Siap dihidang.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Anek Masakan Berasaskan Telur Sedap Dan Mudah
Aneka masakan berasaskan telur ini mudah disediakan dan sedap pula. Telur wajib ada dalam setiap rumah kerana terlalu berguna saat terdesak. Macam-macam masakan sedap boleh dimasak dengan menggunakan telur.
Dikongsikan tiga lagi masakan berasaskan telur yang sedap. Cubalah ye.
ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR
ACAR TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
½ biji timun (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
Separuh batang lobak merah (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
5 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
½ inci halia (hiris) – boleh beli online di sini
1 inci kulit kayu manis – boleh beli online di sini
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
3 sudu makan sos cili
½ sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.
- Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.
- Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
10 ulas petai (buang kulit) – boleh beli online di sini
5 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
2 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini
4 sudu makan santan pekat
Sedikit asam jawa – boleh beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
- Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.
TELUR KUKUS GORENG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair – boleh beli online di sini
Sedikit daun ketumbar (racik)
4-5 ekor udang hidup (buang kulit dan potong kecil)
Sedikit daging ayam (potong kecil)
Cili benggala merah (potong dadu)
Sedikit cili benggala hijau (potong dadu)
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
- Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
- Kukus dalam 5 hingga 10 minit.
- Keluarkan dari bekas kukusan, potong mengikuti cita rasa anda dan goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan.
- Sedia dihidangkan bersama sos dan mayones.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official