Aneka masakan berasaskan telur ini mudah disediakan dan sedap pula. Telur wajib ada dalam setiap rumah kerana terlalu berguna saat terdesak. Macam-macam masakan sedap boleh dimasak dengan menggunakan telur.
Dikongsikan tiga lagi masakan berasaskan telur yang sedap. Cubalah ye.
ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR
ACAR TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
½ biji timun (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
Separuh batang lobak merah (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.
Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.
Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
10 ulas petai (buang kulit) – boleh beli online di sini
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
Telur masin adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Selain direbus, ia juga digunakan untuk menghasilkan hidangan enak lain seperti udang telur masin, asam pedas dan sebagainya. Jom belajar cara-cara membuat telur itik masin secara homemade. Memangsedap dan kebersihan juga lebih terjaga. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur itik | cuci bersih & keringkan
1 cawan garam
5 cawan air
CARA MEMBUAT:
Masak air bersama garam hingga larut dan mendidih.
2. Padamkan api dan biarkan sejuk.
3. Susun telur di dalam balang plastik dan tuang air garam yang telah sejuk tadi.
4. Biarkan telur selama 2-3 minggu sebelum boleh dinikmati.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.