Sedapnya Serunding Halia Bilis. Kalau dimakan segar, memang susah nak dikunyah. Tetapi jika dijadikan serunding sebegini, rasa tentulah lebih enak. Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan Serunding Halia ni, boleh cuba resipi perkongsian CikAyu Masfaliza Ab Jaafer ni. Pasti anda sukakannya.

 

CARA MEMASAK SERUNDING HALIA BILIS YANG SEDAP & MUDAH

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap

BAHAN-BAHAN:

Halia tua (tip: cari halia yang tidak begitu tua dan yang berbentuk panjang supaya mudah untuk disagat.)
Ikan bilis beli online disini
Garam bukit beli online disini
Perencah hilal 
Minyak masak beli online disini

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan halia, kikis kulitnya dan sagat. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
2. Teksur halia selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dengan Serunding Halia ini.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
3. Selepas habis disagat, perah halia untuk mengeluarkan airnya. Ambil halia sahaja dan airnya boleh dibuang. (tip: Lepas proses perahan ni cepat-cepat sabun tangan. kalau lambat nanti pasti tangan anda akan rasa pijar.)

IKLAN

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
4. Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk Serunding Halia ni.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap

5. Untuk lebihan halia yang kecil, boleh tumbuk, kisar atau gunakan chopper. Proses masih sama, perahkan air halia hingga kering.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
6. Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
7. Bila agak-agak warna sudah keperangan seperti dalam gambar, angkat dengan segera.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
8. Hasil serunding yang telah siap digoreng. Tapis untuk membuang lebihan minyak.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
9. Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. Empunya resipi gunakan chopper je. Mudah dan pantas.

IKLAN

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
10. Selepas dikisar, gaul sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
11. Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dan sedia dimakan dimakan begitu sahaja.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
12. Kalau di rumah ada bawang putih / garlic crispy, boleh gaulkan bersama serunding tadi. Lagi enak rasanya.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap
13. Serunding Halia dengan bawang putih crispy.

Resipi Serunding Halia Bilis Garing, Tambah Garlic Crispy Lagi Sedap

Kredit resipi & foto: CikAyu Masfaliza Ab Jaafer

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tau Kua (Tauhu)

Resipi Paru Sambal Berlado Enak. Masak Sendiri Memang Puas Hati

Resipi Puding Jagung Lembut Bergedik, Lemak Manis Memang Sedap

Resipi Agar-Agar Santan Sedap Dengan Hirisan Isi Kelapa Muda

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI