Musim panas begini sesuailah buat ais krim ni.Mudah jer nak buat. Rajin atau tak saja. Hanya guna 3 bahan .Sedap pula tu. Bolehlah buat, gerenti anak-anak pun suka.
Aiskrim Nutella Homemade
Bahan-bahan:
Nutella
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
Ads
Cara membuat:
1.Masak susu pekat dengan susu cair,campur 3 tin air.Biarkan sehingga mendidih.Korang nak rasa manis lagi boleh tambah gula.
2.Bila susu dah mendidih, biarkan sejuk.
3.Isi nutella dalam plastik aiskrim.
Ads
4.Ambil susu tadi, isi dalam plastik aiskrim.Ikat simpul.
5.Siap.Masuk dalam peti ais beku. Tunggu beku dulu,baru makan.
Petang-petang macam ni, memang sedap kalau dapat makan kuih muih manis. Bagi anda yang gemar makan kuih muih asli tradisional, boleh cuba buat Bengkang TumisUtara hasil perkongsian saudara Are Peace. Nampak sedap dan cara nak masaknya pun mudah sahaja. Tak guna banyak bahan. Jom cuba. Pasti kena dengan selera.
RESIPI KUIH BENGKANG TUMIS UTARA
BAHAN A:
BAHAN B:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan A dan kisar hingga sebati. (guna blender je) 2. Masukkan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang merah hingga harum dan kekuningan.(jangan sampai hangit. Agak-agak layu je sebab nanti bila bakar, bawang akan hangit.
3. Tuang bawang tumis ke dalam loyang dan seterusnya tuang adunan yang dikisar tadi. Bawang tumis tadi akan naik ke permukaan bengkang.
4. Seterusnya bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. Guna api atas dan bawah.
Hari ni min nak kongsi 2 resipi istimewa dari dua benua. Dari Greece di Eropah dan Afrika Selatan. Menu ni hasil cetusan idea dari barisan Chef, tenaga pengajar Taylor’s University.
Kalau nak tahu apa keistimewaan rasanya, kenalah cabar diri buat resipi ni…
AGRO DOLCE BEEF CHEEKS WITH RED CAPONATA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Basuh dan bersihkan pipi lembu. Potong bahagian lemak pipi. Gaulkan pipi lembu bersama garam dan lada hitam.
2. Panaskan sedikit minyak zaitun dan goreng sekejap pipi lembu kemudian letak ditepi.
3. Gunakan lebihan minyak diatas, tumiskan bawang putih, bawang besar kuning, lobak merah, cederi, batang bawang cina, lada benggala, daun herba rosemary, daun herba thyme kacau sehingga warna
betukar menjadi perang.
4. Masukkan pes tomato dan sedikit air (untuk menggelakkan hangus)
5. Masukkandaging pipi lembu tadi.
6. Tambahkan air sehingga menutupi permukaan daging dan campurkan cuka dan gula nisbah satu per satu.
7. Renehkan daging pipi lembu sehingga masak 1jam
8. Masukkan garam dan lada hitam.
Cara masak sayur ‘Coponata’ Merah
9. Panaskan miyak zaitun, tumiskan bawang besar kuning, saderi, basil, zuchinni, gaul sehingga perang sedikit.
10. Masukkan terung, buah tomato bersama pes tomato dan buah zaitun tumiskan sehingga pekat sehingga 30minit.
11. Pecahkan keju fetta, Gaul bersama sayuran diatas, pastikan tutup api untuk menggelakkan dari keju menjadi cair.
12. Masukan garam untuk perasa
13. Setelah daging empuk, potong petak tebal.
14. Hidang bersama sayur ‘Caponata’ merah
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 1 jam 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Greece Keistimewaan : Sajian seimbang daging dan sayuran coponata
INFO CHEF :Mereneh daging menjadikan sajian lebih berperisa, pastikan bekas ditutup dan dimasak dengan api yang kecil.
Resipi oleh : Chef Zaishahrizal Zamani, Taylor’s University
MELKTERT
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit pastri :
Bahan untuk inti :
CARA MEMASAK : Cara masak kulit pastri :
1. Pukul mentega dengan gula halus hingga ringan.
2. Masukkan garam dan essen vanilla.Kacau rata.
3. Masukkan telor.Kacau hingga sebati .Akhir sekali masukkan tepung gandum
4. Uli hingga menjadi doh.
5. Simpan dalam peti ais lebih kurang 5 minit.
6. Akhir sekali tekankan doh dan ratakan di dalam dan keliling acuan tat dan bakar hingga masak 180°C selama 15-20 minit.
Cara masak inti :
1. Didihkan susu dengan kayu manis.
2. Di dalam satu mangkok ,campurkkan kuning telor ,gula dan tepung jagung .Pukul hingga sebati.
3. Satukan susu dengan campuran kuning telor tadi. Kacau rata. Keluarkan kayu manis .
4. Kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
5. Akhir sekali masukkan whip cream dan kacau hingga sebati.
6. Isi inti didalam acuan tat yang telah di masak tadi.Sejukkan
7. Hidangkan dengan hiasan serbuk kulit kayu manis, gula aising dan krim putar.
Saiz hidangan : 25 biji tat Masa memasak : 1 jam 15 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pencuci mulut, Afrika Selatan Keistimewaan : Sajian pencuci mulut moden yang disukai masyarakat setempat
INFO CHEF : Melktart adalah nama Afrika Selatan untuk milk tart atau tat susu. Kulit pastri manis dengan intinya lemak berkrim yang dibuat dari susu, tepung, gula dan teluk.
Resipi oleh : Chef Norrizan Ramudin, Taylor’s University
Terima kasih : CHEF MASSYITTAH OMAR, CHEF CHEF NUR SYIRIN MOHD SAID, CHEF ZAISHAHRIZAL ZAMANI, CHEF AZURALISDA MOHD GHAZALI, CHEF MOHD ZAMRI IDRIS DAN CHEF NORRIZAN RAMUDIN.
Alamat : Taylor’s University , Jalan Taylors, Subang Jaya, Selangor
https://university.taylors.edu.my/en.html
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Khasiat santan bukan sekadar menyedapkan masakan. Ketahui 5 manfaat santan untuk kesihatan termasuk membekalkan tenaga, vitamin, mineral, antioksidan dan membantu penyerapan nutrien apabila diambil secara sederhana.