Paru @ Kelempung Sambal Berlado tentunya digemari ramai. Pedas berperisa, dimakan pula bersama nasi putih hangat, memang mengundang selera. Sudah selera rakyat Malaysia yang sukakan masakan bercili begini. Anda tak makan paru? Jangan susah hati, boleh sahaja diganti dengan daging atau isi ayam. Cara masaknya sama sahaja, Cuma tukar bahan utama. Sedap tau paru yang dimasak begini. Kalau makan dengan nasi lemak pun sesuai. Nak cuba? Saudari Haznita Hadzmi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK PARU @ KELEMPUNG SAMBAL BERLADO
BAHAN-BAHAN:
Paru @ kelempung secukupnya Garam Serbuk kunyit – beli online disini 1 batang serai – dititik Gula dan garam secukup rasa Minyak masak
1.Bersihkan paru @ kelempung dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.
2. Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris. 3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.
5. Sementara itu, kisar kasar cili merah, cili kering, bawang merah dan bawang putih. Jumlahnya bergantung pada berapa banyak paru yang dimasak.
6. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, tumis serai yang telah dititik. 7. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar. Tumis sampai pecah minyak. Untuk rasa sambal yang lebih sedap, boleh masak guna api sederhana dan lama supaya lebih menaikkan rasa sambal.
8. Tambah gula dan garam dengan secukup rasa. 9. Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal.
10. Paru @ Kelempung Sambal Berlado sedia untuk dinikmati.
Tercari-cari menu yang mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM15, anda mampu menghasilkan lauk pauk yangs edap dan enak buat keluarga. Moga idea masakan ini boleh membantu anda. Selamat mencuba!
1. AYAM PERCIK KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
6 ketul kepak ayam | dipotong dua
5 tangkai cili kering | dikisar
1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai | dikisar
1cm halia | dikisar
1cm lengkuas | dikisar
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
1/2 biji kelapa | diambil santannya
5 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
4 tangkai cili kering | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.
Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.
Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
350gm hati ayam
1 biji bawang besar | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
3 tangkai cili kering | dikisar halus
5 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal
3. BERGEDIL DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar
250gm daging cincang
2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
1 labu bawang besar | dicincang halus
1 pokok daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm terung pipit
50gm ikan bilis
30gm cili padi hijau | dikisar
2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1cm belacan | dikisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
5. SOTONG REBUS SERAI
BAHAN-BAHAN:
400gm sotong segar
1 batang serai | diketuk
100ml air
3 biji cili padi | jika suka
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam periuk.
Kemudian tambahkan air dan didihkan. Jika sukakan kuah yang banyak, lebihkan jumlah air.
Masukkan serai dan cili padi. Biarkan sehingga sotong masak.
Perasakan dengan garam danserbuk perasa dengan secukupnya.
Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Menu sihat yang ringkas dan kaya dengan haruman serai
6. IKAN BILIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis
1 batang bunga kantan | dihiris halus
5 biji cili merah | dikisar
2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam dengan secukupnya.
Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan bunga kantan. Gaul seketika hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika mahukan rasa yang lebih pedas, tambah sedikit cili padi kisar.
Di Kelantan, bila tibanya bulan puasa, lauk pauk seperti Gulai Ikan Masin @ Ikan Kering yang guna kunyit dan lengkuas ni memang popular. Sedap dan punya rasanya yang tersendiri. Tak cair, tak pekat, sedang-sedang sahaja. Perangat 2-3 hari pun masih elok dan enak. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI IKAN MASIN @ IKAN KERING SEDAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Diperbuat daripada beras pulut, kuih lopes memang enak bila dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan. Boleh cuba buat sendiri di rumah, makan beramai-ramai bersama keluarga tercinta. Lebih puas hati bila buat sendiri. Jom kita cuba resipi kuih lopes yang dikongsi oleh Puan Sally Aqua.
RESIPI KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
2.5 cawan air
Pewarna hijau daun pandan
Satu sudu minyak masak
Sedikit garam
6 sudu gula merah
2 sudu gula putih
Kelapa parut untuk menggaul pulut
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk. Jika anda mahu gunakan beras pulut susu pun boleh. Tambahkan air dan letakkan pewarna hijau.
2. Kacau sebati dan masukkan daun pandan untuk bagi wangi.
3. Kemudian, masukkan minyak dan tanak bagi lembik sedikit.
4. Tanak sampai masak elok.
5. Kemudian, sediakan air gula. Masukkan gula merah dan gula putih ke dalam periuk.
6. Panaskan api dan masak sampai pekat.
7. Seterusnya, sediakan kelapa parut.
8. Bila pulut dah suam, letak dalam bekas atau Tupperware dan tekan pulut sehingga mampat.
9. Kemudian, ambil cawan plastik dan tekapkan ke atas pulut tersebut.
10. Angkat dan gaulkan bersama kelapa.
11. Siap! Bolehlah nikmati bersama air gula.
Anda sedang mencari ELECTRIC PRESSURE COOKER? Boleh klik DISINI.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.