Terasa nak makan Gulai Daging? Meh cuba resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung ni. Menurut empunya resipi; Mama Ayu Kitchen, ini adalah masakan versi utara. Wow! Tengok gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba!

 

GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA

BAHAN-BAHAN:

  • Daging cincang ( anggaran harga RM10)
  • 2 batang rebung ( warna kuning)
  • Santan secukupnya ( anggaran RM2)
  • 1 paket rempah kari pedas Babas
  • Garam & serbuk perasa secukupnya

 

IKLAN

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan cili boh
  • Sedikit belacan

 

IKLAN

BAHAN TUMIS:

  • 4 sudu makan minyak masak
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 tangkai daun kari

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.
  3. Seterusnya masukkan rempah kari.
  4. Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)
  5. Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.
  6. Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.
  7. Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.
  8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung Versi Utara. Sedap!

Kredit resipi & foto: Mama Ayu Kitchen ( FB: Ayu Ariana Erika Farisha)

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI