Nasi semalam ada lebih? Jangan dibuang! Inilah masa paling sesuai untuk tukarkannya menjadi sepinggan nasi goreng panas yang cukup menyelerakan. Ada banyak resipi nasi goreng mudah yang boleh dicuba hanya menggunakan bahan yang tersedia di dapur.
Setiap 20 September, National Fried Rice Day diraikan untuk meraikan antara hidangan nasi paling versatil dan digemari ramai. Sambutan ini diperkenalkan oleh Benihana pada 20 September 2018 dan terus diraikan sehingga hari ini.
Kalau di Malaysia, nasi goreng memang bukan menu asing. Boleh dikatakan setiap kedai makan ada versinya sendiri, daripada Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Belacan sampailah Nasi Goreng Tom Yam.
Paling menarik, hidangan ini tak perlukan bahan terlalu banyak. Dengan nasi sejuk, telur, bawang dan beberapa bahan yang ada dalam peti sejuk pun dah boleh jadi satu hidangan lengkap.
Jadi sempena National Fried Rice Day, apa kata cuba enam resipi nasi goreng ini.
Pedas, wangi ikan bilis dan ada sayur kangkung. Memang menu yang susah nak ditolak!
Tak pedas tetapi tetap cukup rasa. Sesuai untuk seisi keluarga terutama anak-anak. Antara resipi nasi goreng yang boleh dicuba kalau mahukan rasa lebih ringan.
Kalau suka nasi goreng yang aromanya kuat dengan rasa pedas yang membuka selera, resipi ini memang kena cuba.
Masam, pedas dan harum dengan aroma tom yam. Sesuai untuk yang sukakan nasi goreng dengan rasa lebih ‘kick’.
Bahan tak banyak tetapi aromanya boleh buat satu rumah rasa lapar. Kalau ada ikan masin di dapur, ini antara resipi nasi goreng yang mudah untuk disediakan.
Udang dan sotong memang pasangan terbaik kalau nak nasi goreng yang terasa lebih istimewa.
Nak nasi goreng yang cantik berderai seperti di kedai, sebaiknya gunakan nasi yang sudah sejuk atau nasi semalaman. Teksturnya lebih kering dan tidak mudah melekat ketika digoreng.
Pastikan juga kuali benar-benar panas sebelum memasukkan nasi. Goreng menggunakan api sederhana tinggi atau besar dan jangan terlalu banyak menggunakan sos kerana ia boleh menyebabkan nasi menjadi lembik.
Lebihan lauk dalam peti sejuk seperti ayam goreng, daging, sayur atau sambal juga boleh dimanfaatkan. Campak saja dalam nasi dan jadilah resipi nasi goreng versi sendiri.
Tak kiralah Nasi Goreng Kampung, Belacan, Tom Yam atau Seafood, menu ini memang antara hidangan paling mudah apabila tak tahu nak masak apa.
Jadi sempena National Fried Rice Day, bolehlah pilih satu daripada enam resipi ini untuk dicuba. Lagi-lagi kalau ada nasi semalam memang rugi kalau tak dibuat nasi goreng!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi Goreng Tomyam Padu & Wangi, Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar!
Nasi Goreng Seafood Sotong Paling Padu, Guna Perencah Segera Tapi Rasa Macam Restoran
Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!