Pernah merasai puding trifle ini dari pemberian jiran. Berwarna-warni , lapisan demi lapisan. Rasanya juga sedap sangat dengan gigitan buah di setiap kunyahan. Mulalah tercari-cari resipi membuatnya. Baru-baru ini ternampak resipi yang dikongsi oleh saudara Zaky Mat Ali tiba-tiba terasa nak buat, sebab nampak mudah membuatnya.
Puding Trifle
Bahan-bahan:
Lapisan 1
Kek Swiss roll -dipotong dan susun dalam bekas
Lapisan 2
1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula
1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah koktel (asingkan buah dan jus)
CARA MEMBUATNYA:
1.Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
2.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
3.Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek.
4.Tabur buah koktel.
Lapisan 3
10 gram serbuk agar- agar -BELI ONLINE DI SINI
1.2 liter air
3/4 cawan gula
3-4 titis pewarna merah-BELI ONLINE DI SINI
CARA MEMBUATNYA:
1.Satukan semua bahan.
2.Masak atas api hingga agar-agar dan gula hancur.
3.Curahkan ke atas adunan kastad.
4.Simpan dalam peti sejuk sebelum makan.
Kredit resipi: Zaky Mat Ali
ADA YANG NAK MEMBELI PERIUK KUKUS, BOLEH LIHAT DI SINI
Resipi Puding Horlicks Gula Merah Memang Sedap. Jika Dijual,Memang Laku Keras
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 4 Menu Sambal Ikan Cili Padi Pedas & Garing, Memang Power.
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, ia memang sedap dan terbaik. Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera. Tak Percaya kena cuba.
IKAN KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- 20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
- Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN SELAR SAMBAL CILI GARING
BAHAN-BAHAN:
- 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- 1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CAR MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan tutup api.
- Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis besar | basuh dan toskan
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih titik
- 2 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- Sedikit gula
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
- Tumis hingga wangi dan layu.
- Masukkan ikan masin. Kacau rata.
- Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Cara Masak Cokodok Pisang Sedap, Lembut & Tak Berminyak.
Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cokodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
- 2 sudu makan marjerin
- 5 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
Nak beli AIR FRYER tapi tak tahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Roti Goreng Lemak Manis. Sajian Minum Petang Terlajak Mudah.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Masak Lemak Cili Padi & Aiskrim Goreng, Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce
Minggu kedua Rasa Nostalgia Ramadan diserikan dengan kehadiran Ain Edruce bersama suaminya, Amirul. Memang lucu episod kali ini kerana ada sahaja idea Ain untuk mengusik suaminya sekaligus menceriakan suasana sebelum berbuka puasa.
Berbicara tentang menu yang mengimbau nostalgia Ramadan Ain, ayam masak lemak cili padi merupakan antara menu yang wajib dimasak oleh ibunya di bulan Ramadan.
Tidak lengkap rasanya jika tiada pencuci mulut selepas makan. Jadi, aiskrim goreng telah menjadi menu mereka pada hari ini. Memang sedap. Sejuk terasa di tekak.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
- 15 biji cili padi (campur hijau merah)
- Kunyit hidup (besar ibu jari)
- 2-3 helai daun kunyit
- 4-5 ketul ayam
- ½ kg santan
- 2-3 batang serai
Cara Memasak:
- Kisar cili padi dan kunyit hidup.
- Kemudian, masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan masukkan serai yang telah diketuk. Kacau rata.
- Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
- Masukkan juga santan. Teruskan mengacau supaya santan tidak pecah.
- Selepas itu, masukkan daun kunyit.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa.
AISKRIM GORENG
Bahan-bahan:
- Roti Gardenia
- Aiskrim (perisa coklat)
Cara Memasak:
- Ambil sekeping roti dan letak aiskrim secukupnya di atas roti tersebut. Letak di tengah-tengah. Ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
- Kemudian, ambil cawan atau gelas dan tekapkan pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi.
- Pastikan roti ditekap dengan kemas dan tiada lubang di tepi untuk mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu menggoreng.
- Lebih baik jika aiskrim disimpan di dalam peti dahulu sebelum menggoreng.
- Masukkan minyak ke dalam kuali dalam kuantiti yang banyak dan tunggu sehingga minyak betul-betul panas.
- Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan cepat kerana roti cepat garing.
- Angkat dan toskan minyak. Siap!
LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.