Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles ni untuk si kecil. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah si kecil makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.
POTATO SMILES
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang
- 4 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan tepung jagung
- 4 sudu makan serbuk roti
- 1 kiub pati ayam
- Garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk.
2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti.
3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat.
5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Kredit resipi & foto: Ayza Nur
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kentang Parmesan Rangup, Snek Mudah Buat Yang Suka Mengunyah
Resipi Kentang Parmesan Rangup perkongsian saudari Khadijah Jaafar ini sangat mudah disediakan. Ia sesuai dijadikan snek dan juga kudapan ringan pada bila-bila masa. Malah ia juga boleh dijadikan sajian sampingan untuk aneka hidangan panggang dan bergoreng seperti Ayam Panggang, Chicken Chop, Lamb Grill dan bermacam-macam lagi. Sangat mengenyangkan malah disukai kanak-kanak juga. Jom cuba! Pasti ramai yang sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KENTANG PARMESAN RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN
Ubi kentang – beli online disini
Keju Parmesan – beli online disini
Rosemary – beli online disini
Parsli – beli online disini
Serbuk bawang putih – beli online disini
Minyak zaitun – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kentang, kupas kulit dan potong dadu sederhana.
2. Gaulkan ubi kentang tadi bersama minyak zaitun dengan secukupnya. Pada masa yang sama panaskan ketuhar pada suhu 200C.
3. Masukkan keju parmesan, rosemary, parsli dan serbuk bawang putih dengan secukupnya ke dalam mangkuk berisi kentang tadi. Kuantiti mengikut citarasa sendiri. Gaul rata.
4. Lapikkan dulang pembakar dengan baking paper dan sapukan dengan minyak. Kalau nak mudah gunakan cooking spray boleh dapatkan di kedai bakeri.
5. Susun ubi kentang di atas dulang. Bakar di dalam ketuhar selama 40-45 minit.
6. Selepas 30 minit, balik-balikkan kentang supaya kedua-dua bahagian masak dan rangup sekata.
7. Kentang Parmesan Rangup siap disediakan dan boleh dihidangkan. Kentang tetap kekal rangup walaupun dah sejuk.
Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Mudah Buat Aiskrim Goreng Sedap Secara Homemade
Terasa nak makan aiskrim goreng? Kalau nak beli pun, susah jumpa gerai yang jual. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan sangat mudah malah lebih jimat. Boleh makan puas-puas! Jom cuba resipi perkongsian saudari Aisyah Azhar ni. Kalau tak habis, boleh juga bekukan dan nikmati bila-bila masa.
CARA BUAT AISKRIM GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Roti sandwic
- Aiskrim – perisa ikut kegemaran masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti dan sudukan aiskrim secukupnya. Letak di tengah-tengah. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
2. Kemudian ambil cawan atau gelas dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Jika ada cookies cutter berbentuk bulat pun boleh juga guna.
3. Hasil roti yang telah ditekap. Jika ada lubang dekat tepi, tekan supaya roti tertutup kemas. Ia bagi mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu digoreng.
4. Simpan aiskrm yang telah ditekap tadi di dalam peti sejuk beku paling minimun 1 jam. Lebih lama lagi bagus.
5. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan tunggu hingga minyak betul-betul panas.
6. Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan pantas kerana roti cepat garing.
7. Angkat dan toskan minyak. Nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Aisyah Azhar
Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng & Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba
Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang, anda wajib cuba resipi ini. Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap. Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia. Masak pula menggunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, memang terliur dibuatnya.
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
Bahan-bahan A:
- Kepingan taco secukupnya
- 150gm Perfect Italiano Mexican Style
- Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
- 800gram daging
- 5 batang serai – hiris
- 8 helai daun limau purut
- 1 cawan stok/air rebusan daging
- 1 cawan bawang goreng
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan kicap masin
- 3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
- 2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
- 1 cawan minyak
- 20 tangkai cili kering
- 10 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 4 batang serai
Cara-cara:
- Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
- Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
- Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
- Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CHEESY MINI PIZZA PRATA SAMBAL UDANG
Bahan-bahan:
- 4 keping prata segera
- 250gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
- Daun basil – cincang kasar
- Mentega Anchor (Unsalted)
Bahan-bahan B (Sambal Udang):
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan
- 1 biji bawang holland – potong bulat
- 6 biji tomato ceri – belah dua
- 10 tangkai cili kering – rebus dan toskan
- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukupnya
Cara-cara:
- Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, gula perang, udang dan garam secukupnya. Gaul sebati dan sejukkan sebentar.
- Sapu sedikit mentega Anchor (Unsalted) di dalam dulang pembakar, letak sekeping prata.
- Sendukkan sambal udang secukupnya lalu ratakan diatas prata. Susun hirisan bawang holland dan tomato ceri. Renjiskan sambal sedikit lagi.
- Tabur keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
- Tabur cincangan daun basil dan hidangkan segera.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Dada Ayam Tak Laku? Jom Buat PopCorn Ayam Paling Mudah, Sekejap Habis Sepinggan
Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: