Macam-macam makanan boleh dihasilkan secara homemade jika tahu bahan-bahan dan caranya. Salah satu yang puan-puan boleh hasilkan untuk anak-anak ialah Aiskrim Homemade resipi perkongsian saudari Norita Ahmad ni. Memang istimewa kerana anda hanya perlukan dua bahan sahaja untuk menghasilkan manisan yang sedap seperti aiskrim berjenama mahal ni. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

AISKRIM HOMEMADE GUNA 2 BAHAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm UHT Whipping Cream
  • 400gm susu pekat manis – boleh kurangkan jumlahnya

Cara Buat Aiskrim Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan.

IKLAN

CARA MEMBUAT:

1. Pukul whipping cream sehingga sedikit likat.

Cara Buat Aiskrim Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan.

IKLAN

2. Kemudian masukkan susu ( elok sejukkan dalam peti sejuk) dan pukul sebati. Jika nak tambah perasa, selepas menambah susu pekat manis, bolehlah tambah apa-apa perisa ikut citarasa. Antara yang boleh dimasukkan ialah kopi 3 in 1 (larutkan dengan 2 sudu makan air suam), coklat cip atau biskut yang dipatah-patahkan. Boleh juga menambah sos coklat, buah-buahan dan sebagainya.

Cara Buat Aiskrim Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan.

3. Siap dan boleh dimasukkan ke dalam bekas bersesuaian untuk disejukbekukan.

IKLAN

Cara Buat Aiskrim Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan.

 

 

Kredit resipi & foto: Norita Ahmad

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI