Resipi Kentang Parmesan Rangup perkongsian saudari Khadijah Jaafar ini sangat mudah disediakan. Ia sesuai dijadikan snek dan juga kudapan ringan pada bila-bila masa. Malah ia juga boleh dijadikan sajian sampingan untuk aneka hidangan panggang dan bergoreng seperti Ayam Panggang, Chicken Chop, Lamb Grill dan bermacam-macam lagi. Sangat mengenyangkan malah disukai kanak-kanak juga. Jom cuba! Pasti ramai yang sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KENTANG PARMESAN RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan kentang, kupas kulit dan potong dadu sederhana. 2. Gaulkan ubi kentang tadi bersama minyak zaitun dengan secukupnya. Pada masa yang sama panaskan ketuhar pada suhu 200C. 3. Masukkan keju parmesan, rosemary, parsli dan serbuk bawang putih dengan secukupnya ke dalam mangkuk berisi kentang tadi. Kuantiti mengikut citarasa sendiri. Gaul rata.
4. Lapikkan dulang pembakar dengan baking paper dan sapukan dengan minyak. Kalau nak mudah gunakan cooking spray boleh dapatkan di kedai bakeri. 5. Susun ubi kentang di atas dulang. Bakar di dalam ketuhar selama 40-45 minit.
6. Selepas 30 minit, balik-balikkan kentang supaya kedua-dua bahagian masak dan rangup sekata. 7. Kentang Parmesan Rangup siap disediakan dan boleh dihidangkan. Kentang tetap kekal rangup walaupun dah sejuk.
Cekodok atau jemput-jemput memang kegemaran ramai. Dah namapun cekodok jadi memang senang sangat membuatnya. Gula tu opsyen, tapi kalau dah ubinya manis, boleh aje kurangkan gula.
Kalau ikut Maisarahsidi , dia akan kurangkan sedikit kuantiti tepung gandum berbanding ubi ungu. Biar kuantiti ubi ungu lebih daripada tepung gandum baru terasa nikmat ubinya. Jom cuba resipi yang dikongsikan olehnya.
CEKODOK UBI UNGU
BAHAN-BAHAN :
Ubi ungu | biar kuantiti lebih dari tepumg gandum
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
1 sudu makan gula
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya: 1. Buang kulit ubi dan kukus hingga empuk.
2. Setelah empuk, lenyekkan ubi hingga hancur. 3. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas berisi ubi ungu yang telah dilenyek. 4. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang ngam (tidak begitu cair atau tidak terlalu pekat).
5. Setelah adunan sebati, jemput adunan guna jari atau sudu ke dalam minyak yang telah dipanaskan dalam kuali. 6. Goreng dengan api sederhana sehingga masak. 7. Sedia untuk dihidang.
Makan panas-panas dengan kopi atau teh memang nikmatlah. Buat minum petang pun sedap, buat sarapan pun okay sangat. Jom cuba, senang sangat ni.
Kanak-kanak dan coklat tidak boleh dipisahkan. Memang suka sangat! Untuk lebih sihat dan berkhasiat, anda boleh hasilkan sendiri coklat minda ni secara homemade. Bahan-bahan sunah yang digunakan boleh memberi manfaat kepada anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian MamaAlia dari blog penbirumama.blogspot.myni. Memang bagus!
COKLAT MINDA
BAHAN-BAHAN:
Kurma
Kismis
Kacang badam
Kacang pistachio
Kacang walnut
Madu
Minyak habbatusauda
Kapsul minyak ikan
Coklat bar
CARA MEMASAK:
Kisar kurma, kismis dan semua kekacang sampai jadi halus. Boleh pakai ‘food processor’. Jika tiada, boleh pakai pengisar kering dengan mengisar sedikit demi sedikit. Kurma kalau nak senang kisar, beli yang jenis lembut.
2. Kemudian campurkan dengan 5-7 titis minyak habbatusauda, madu dan kapsul minyak ikan. Untuk minyak ikan tu, pemilik resipi menggunakan1 kapsul saja sebab kalau lebih ia akan menyebabkan ‘unpleasant smell’ (bau ikan).
3. Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga menjadi doh. Kalau nak doh lebih rasa manis dari rasa kacang, lebihkan campuran kurma dan kismis.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak anda. Bila sudah sampai peringkat ini, ia sudah boleh di makan. Tapi untuk lebih menarik perhatian anak, bolehlah dicelup coklat.
5. Cairkan coklat bar secara ‘double boiler’. Langkahnya sama seperti proses mencelup biskut Almond London. Celupkan adunan yang dibulat-bulatkan tadi ke dalam coklat cair. Salut hingga rata.
6. Letak coklat di dalam dulang dan taburkan gula-gula manik. Biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.
Hormhok adalah hidangan otak-otak versi Thailand. Ia berbeza dengan otak-otak tempatan. Rasanya lebih pedas dan mempunyai rasa serta aroma daun limau purut.
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ikan tenggiri
1 sudu makan pes kari merah (seperti diatas)
150gm santan
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 biji telur
3-5 helai daun limau purut dihiris nipis
50gm kubis bulat | dihiris halus
10-15 helai daun selasih Thai (sweet basil)
1 biji cili merah (untuk hiasan)
Daun pisang untuk bentukan mangkuk
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
Kacau rata dan sebati.
Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga ¾ mangkuk.
Kukus selama 10-15 minit.
Sebelum hidang letak sedikit baki santan diatas permukaan Hormhok dan hias dengan sedikit limau purut dan cili merah di atasnya.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.