Pucuk rebung kantan sebagai pembuka selera yang akan buat anda bertambah-tambah nasi. Ditumbuk dengan cilu padi dan ikan bilis yang sudah digoreng.
SAMBAL TUMBUK KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 pucuk rebung kantan
- Cili padi kampung ikut kepedasan
- 1 biji bawang putih
- 3 biji limau kasturi perah airnya
- Segenggam ikan bilis-goreng rangup
- Garam
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali limau dan ikan bilis ke dalam lesung batu. Tumbuk lumat.
2. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk lumat.
3. Perahkan limau kasturi. Boleh tambah jika suka lebih masam.
4. Siap untuk dihidangkan.
INFO:
- Tambah cili padi ikut tahap kepedasan yang anda suka.
- Makan dengan nasi panas.
- Boleh juga tambah hirisan bunga kantan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nur Aisya
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/santan-tumis-berlada-masakan-terengganu-lama-resipi-arwah-nenek-boleh-tahan-sampai-3-minggu/
Sambal Belacan Goreng Blender Semua, Nampak Malas Tapi Sedap
Makan Dengan Sambal Cencalok Bunga Kantan & Serai, Mesti Orang Lalu Lalang Kita Tak Nampak
Perghh Merecik! Bertambah-Tambah Selera Dengan Sambal Belacan Thai Legend
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Gaya Masak Sambal Mudah Untuk Menu Ramadan
Mencari resipi sajian sambal tradisional Melayu yang sedap dan mudah dimasak? Nah, min kongsikan 5 resipi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap.
Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering | dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang | digoreng terlebih dahulu
BAHAN DIKISAR:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. Sedia untuk dihidang.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
NOTA: Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja. Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
NOTA: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah. Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) | dihiris kecil
5 ulas bawang merah
½ biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
15 biji cili kering | rebus & dikisar
200 gm petai | dibuang kulit & belah
1 asam keping
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
NOTA: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
BAHAN SAMBAL IKAN BAKAR:
220gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sudu makan belacan bakar
150gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 ½ sudu teh gula | atau secukupnya
3 biji limau kasturi | perah jusnya
2 batang serai | dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
PENCICAH SAMBAL BELACAN & BAWANG:
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
½ cawan air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Sambal ikan bakar: Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar-benar masak dan garing. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
5. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
6.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
7.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
8. Memanggang ikan: Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
9. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal di atasnya.
10. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
11. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
12.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
NOTA: Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya. Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering | yang telah dikisar
5 biji bawang kecil | ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa | diperah bersama 1/2 cawan air
1 biji bawang besar | dihiris nipis
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan sedia untuk dimakan.
NOTA: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Guna Resipi Sama 30 Tahun, Memang Menjadi Buat Biskut Almond Chocolate Chip
https://www.rasa.my/resipi-bahulu-comel-berwarna-pasti-anak-anak-suka/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Sambal Mangga Kelapa, Gerenti Makan Nasi Bertambah
Sambal mangga kelapa ini gerenti buat makan nasi bertambah-tambah.
Bayangkan, di celah-celah rendang dan aneka lauk pauk hari raya lain, terselit sambal mangga ini. Gerenti ini yang akan jadi tumpuan. Dapat pulak makan dengan nasi panas-panas. Memang tak perlu lauk lain dah. Rendang pun dah boleh ‘duduk tepi’.
Ada orang tak suka sambal mangga ini diletakkan kelapa parut. Tapi sebenarnya ia menambah rasa lemak pada sambal. Sedap tau. Tapi, terpulang pada selera lah ye.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zuraidah Ali ini. Selamat mencuba.
Sambal Mangga Kelapa
Bahan-bahan:
2 biji mangga saiz sederhana (racik halus)
Sedikit cili padi kampung (terpulang pada kepedasan yang kita nak) – boleh beli online di sini
2 ekor ikan goreng (ambil isinya)
Sedikit kelapa muda parut (tak perlu sangai)
½ inci belacan (bakar sekejap) – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Cara Membuat:
Satukan semua bahan dalam lesung batu. Kemudian tumbuk. Tapi jangan terlalu hancur ye.
Kemudian bolehlah letakkan di dalam mangkuk. Siap! Mudah je kan?
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Tempoyak Bilis Petai Super Sedap. Boleh Berpeluh Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
4 Resipi Masakan Sambal Mudah & Sedap, Wajib Cuba!
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan.
Sebagai perkongsian bersama, jom kita cuba empat resipi berasaskan sambal yang sekali makan, memang boleh menghabiskan dua pinggan nasi!
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek
3 papan petai muda| kikis kulit ari & potong dengan kulit-kulit
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menggoreng & menumis)
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
BAHAN KISAR KASAR:
20 biji cili padi – beli online di sini
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih – beli online di sini
Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa. Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek
6 biji jering tua | hiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
6 ulas bawang merah | kisar kasar
2 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
5 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan.
2. Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu. Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi.
5. Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah garing dan cukup rasa, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
1 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3 biji cili merah | kisar
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
TONTON jagOH RASA BABA’S Menggegarkan Pata Timo!
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin kemudian toskan. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos.
2. Keluarkan minyak tinggal sedikit. Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa. Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam.
4. Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api. Kacau rata dan tutup api. Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia | siang, cuci bersih & tos
½ biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak (secukupnya untuk menggoreng & menumis)
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
TONTON Dapur Rasa Live bersama Abang Brian
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng.
5. Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: