Roti adalah salah satu makanan yang sangat sedap kalau kita kreatif mengolahnya. Makan roti bersama telur dan kepingan daging juga sudah cukup mengenyangkan. RASA kongsikan cara membuat roti dengan telur hancur dan kepingan daging.
ROTI DENGAN TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang Sedap Cinnamon Rolls & Waffle, Resipi Ala English Yang Mudah
Bila makan di café, mesti teringin juga nak menu yang sama di rumah. Sebenarnya, kita boleh buat resipi seperti di café.
Dua resipi pastri, cinnamon rolls dan waffle oleh Eyla Osman ini, memang sedap dan mudah saja untuk membuatnya.
Bolehlah santai petang dengan menu mudah dan simple ini dengan black brewed coffee (pour over) bersama keluarga.
CINNAMON ROLLS WITH CREAM CHEESE FROSTING
BAHAN DOH:
2 cawan fresh milk suam
½ cawan gula –beli online di sini
½ cawan mentega cair – beli online di sini
1 pek yis – beli online di sini
5 cawan tepung (saya guna high protein) – beli online di sini
1 sudu teh baking powder
CARA MEMBUAT:
Masukkan bahan-bahan cair dulu, kemudian bahan kering. Akhir sekali, baru masukkan yis ke dalam bread maker. Pilih setting doh.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN FILLING:
2 sudu besar serbuk kayu manis
100gm gula perang – beli online di sini
100gm mentega
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua untuk diratakan atas permukaan doh yang dah dicanai empat segi.
2. Doh digulungkan memanjang dan potong doh yang digulung tadi dengan benang (jangan guna pisau, nanti tak berapa menarik).
3. Biarkan sekejap selama 10 minit bagi kembang lagi. Kemudian boleh bakar sehingga warna golden brown.
BAHAN CREAM CHEESE FROSTING:
100gm cream cheese
100gm gula ising – beli online di sini
2 sudu besar mentega
Esen vanilla
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMBUAT:
Mix kan bahan ni sampai kembang. Kemudian sapukan pada cinnamon roll yang dah siap masak. Siap!
BELGIAN WAFFLE
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
⅓ cawan minyak
2 cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMBUAT:
1. Kacau bahan-bahan kering sampai sebati.
2. Kemudian, masukkan bahan cecair kecuali putih telur. Kacau-kacau sampai tak berketul.
3. Putar putih telur sampai soft peak/ meringue, kemudian masukkan dalam adunan tadi. Bakar dengan menggunakan waffle maker. Siap.
Kredit resipi: Eyla Osman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Sendiri Roti Kukus Viral, Lagi Puas Hati & Boleh Pelbagaikan Filling
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Mudah Masak Roti Benggali Sedap Secara Homemade.
Roti benggali homemade memang berbeza dengan yang dibeli. Bila buat sendiri ni memang lagi sedap. Macam yang biasa kita beli dan makan waktu kecil-kecil dulu. Homemade dan bukan buatan mesin. Kini anda pun boleh hasilkan sendiri roti ni. Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri roti benggali pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Memang sedap!
RESIPI ROTI BENGGALI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1000gm tepung high protein
- 80gm gula
- 50gm susu tepung
- 12gm yis
- 10gm bread improver
- 2 biji kuning telur
- 550gm air
- 18gm marjerin
- 10gm garam
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan ke dalam mesin penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
- Sapu marjerin pada keseluruhan loyang dan susun doh-doh tadi. Biarkan seketika supaya doh naik sekali lagi.
- Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit atau hingga bahagian atas roti keperangan.
- Keluarkan, sejukkan diatas redai dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.
Lebihan Roti Jangan Dibuang, Boleh Buat Roti Sedap Seperti Resipi Ini
Waktu pandemik ni kita kenalah sentiasa berhemah dalam mengendalikan perbelanjaan rumah. Mana yang boleh jimat, kita jimat. Contohnya ada makanan yang tidak habis dimakan, boleh diolah semula menjadi hidangan yang enak buat seisi keluarga.
Jika ada roti yang kebetulan nak luput tarikhnya, jangan pula dibuang. Potong dadu dan kepal-kepal lalu digoreng. Boleh juga dibuat kudapan untuk anak-anak makan sambil layan kelas online.
ROTI SEDAP
Bahan-bahan:
12 keping roti
1 biji bawang merah- dipotong dadu
2 ulas bawang putih- dicincang
daun sup – hiris halus
2 biji telur
3 sudu makan secukup rasa
bread crumb*-BELI ONLINE DI SINI
3 batang sosej- potong dadu*
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Roti Pintal Kurma
Cara buat:
1.Satukan semua bahan dan kepal-kepal membentuk bulat.
2.Kemudian digaul ke dalam bread crumb. Kalau tak nak pun boleh terus goreng saja. Tapi kepal hingga padat. Kalau tak nanti tersengih pulak roti-rotinya.
3.Kemudian dah boleh goreng hingga warna perang.
Yang bertanda * tu just option. Nak letak boleh, tak letak pun tak apa. Nak letak daging cincang ke, isi ayam cincang ke boleh je.
Kredit: Shida Idayu
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.
Cara Buat Thai Bread Creamy Chicken. Sangat Sedap & Tak Muak
Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland. Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je